Posts

Showing posts from October, 2011

Persaingan antara ibu-ibu

Bila ada banyak group dalam FB ni, kadang-kadang macam-macam hal pulak yang timbul. Kalau zaman dulu, masa raya adalah gelanggang yang terbaik nak membandingkan pencapaian anak dan usaha sang ibu. Masing-masing kemain hebat lagi nak explain betapa bagusnya teknik didikan dan sekolah anak masing-masing. Sampaikan yang mendengar tu pon ternganga-nganga mendengarnya. Paling koman pon bandingkan result exam anak-anak. Serius, sebagai anak memang tension gila bila makcik-makcik dah start bertanya dapat berapa A. Nak-nak bila ada sepupu yang sebaya kita, pergh... abislah kena compare gila-gila.

Laa ni, sebab ada group dalam FB, makanya ligat lah bercerita dalam group. Yang bagusnya, masing-masing kongsi cerita dan pengalaman yang berbeza. Misalnya, ada ibu yang kena approch dengan grolier, then dia tanya pendapat mommies lain. Of course lah ada mommies yg pernah cuba grolier ni dan bagi komen positif. Tapi ada juga yang pernah cuba, tapi bagi komen negative, x berkesan pada anak mereka misal…

Janji

ini adalah entry private. Password adalah diperlukan. Kalau berani mintak lah password. Kah kah kah!!!!!


Show encrypted text

Keliru

banyak betul group kat facebook. Group "ibu mengandung" la, group "ibu breastfeeding" lah, group "ibu-ibu bekerja" lah, banyak group untuk ibu-ibu ni. Kalau yg suka kucing pulak, ada group "pencinta kucing". Tak cukup group "pencinta kucing", ada pulak sorang lagi buat group "saya sayang kucing.. miaww... miaww". Tak cukup jugak, ada lagi yang buka group "kucingku kesayanganku". Masing-masing nak buka group, masing-masing nak jadi admin.

Yang aku tak paham tu, tajuk group "pencinta kucing" tapi post kat wall semua pasal penderaan kucing lah, orang myanmar makan kucing lah, kat cina orang bunuh kucing berjemaah lah, pompuan pijak anak kucing sampai mati lah, pengkid bunuh kucing lah... Mak confuse nokkk~~! Sampai dah banyak orang komen baru lah ada kurang sikit orang share benda-benda kejam camtu.

Sama lah juga dengan group yang dulu hot tu, "saya benci tindakan orang yg buang anak" or something li…

Tensi

Belakangan ini tak banyak event atau benda aku boleh review kan. Hidup aku seperti biasa, seperti kebanyakan orang lain yang berkerjaya, berkeluarga, dan ber-haiwan kesayangan. Hehe~

Oh, 2 minggu rumah aku tak bersapu, tak berkemas (perlu ke aku blog pasal ni? Sebab tak ada event maka aku cerita perihal sapu menyapu). Biasanya aku buat spring cleaning/ house chore ni hari sabtu ahad. 2 hari tu lah aku pulun basuh baju, sidai baju, sapu sampah, vacuum, mop, semua lah! 2 hari yang bagi aku sangat berkualiti.

Tapi hari minggu lepas aku balik kampung. Sudahnya kini rumah aku memang sebiji rupa tongkang pecah. Eh, silap, bukan macam tongkang pecah. Barang-barang tak berterabur bersepah pon, tapi berabuk ya amat!!!! Dengan bulu lulu yang lekat kat kapet pon aku tak sempat lagi nk vacuum!

Aku nasihatkan, kalau korang nak datang rumah aku better inform 3 hari sebelum. So, esoknya aku boleh amik off day untuk membersih rumah. Jadi masa korang datang tu rumah aku dah berkilat tanpa sehelai bulu p…

Serabut

Lama betul tak kemaskini blog. Sibuk memanjang. Bukan sibuk menebas atau bertani, tapi sibuk meng-google. Dah seminggu aku jadi hantu google. Sampai mata jadi berpinau-pinau, kepala jadi sakit dibuatnya. Haish... letih!

Aku sekarang ni ada projek terbaru, tapi belum boleh reveal lagi. Orang kata ni hobi orang kaya. kaya ke? Rasanya bukan hobi orang kaya, tapi aku boleh kata ini hobi orang gila. Ahahaha~~ Sebabnya aku tak kaya pon wei... tapi gila tu ada sikitttt lah. ahahaha~~

Sebab baru nak berjinak-jinak dengan prosedur dan regulation tu semua, jadi memang pening sikitlah (or maybe pening banyak!). Lagipula ni 1st time, so banyak persoalan dan kemusykilan melanda diri ini. Banyak betul benda nak kena studi!! Makin aku gali, makan banyak benda aku tak tau, makin gali makin tak paham... Paham tak maksud aku? Lantak lah hai...

Semoga projek baru aku ni berjalan lancar. Suspen betul menunggu... hai... bulan 12, cepatlah datang...


############################################################…

mau potong kaa tak mau potong????

OK. harini cerita pasal memandulkan kucing (spay / neuter).

Rasanya rata-rata dah sedia maklum, terutama yang memang ada memelihara kucing dirumah tahu memandulkan kucing itu hukumnya HARUS.

Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".

Harus ye, tuan-tuan sekalian. Bukannya haram sampai berdosa kalau dimandulkan. Kang ada pulak yang kata, kesian lah kat kucing tu. Dia pon nak merasa kahwin, nak merasa ada anak. berdosa tau halang nafsu dia.. Wel…