salute to the nature

salute to the nature

Tuesday, September 27, 2011

Shopping wishlist wanita sekarang

1. Ipad 2

2. DSLR

3. Designer handbag

4. dream wedding comes true

5. iPhone/ BB





Tak boleh blah kan?





mana perginya barangan seperti....

1. set barangan pyrex, corelle, arcopal dan seangkatan dengannya

2. koleksi kain ela

3. kain batik

4. tikar


Mungkin kena usia menjangkau 40-an kot baru ada rasa nak minat itu semua. Atau mungkin sebab wanita sekarang dah pandai main gadjet, apa lah nak pandang pada tikar, kain batik, pinggan mangkuk, dan periuk belanga lagi. Baik kumpul barangan Apple! Tak pon kumpul application kat app store. Lagi syiok


Tapi list aku sekarang lain sikit dari biasa. Aku nak...


1. Evo cat food utk Lulu

2. litter box yang besar

3. blackwood untuk stray cat

4. microwave

5. tukang lipat baju





boleh?

Monday, September 26, 2011

Masih ada yang sayang~ mode gembira

Ingat lagi tak pada entry yang lepas ini? aku cerita pasal seekor kucing jiran yang dibuang tuannya. memang sedih betul masa tu. Kalau ikutkan hati, nak aje aku confront depan-depan dengan budak-budak sebelah ni... tapi itulah... aku ni kadang kadang menulis aje berani, bila nak cakap depan-depan tersekat-sekat. haiyayai~~


Oh, lepas aku buat entry tu, aku ceritakan kisah kucing tu kat page online adoption KTAJ kat facebook. Aku open la... kot-kot ada yang baik hati dan boleh terima kucing ni. Kalau aku mampu aku dah adopt dah.. tapi sebab aku tengah expected anak Lulu kan.. so tak dapat la nak nolong...


Sehari aje. Lepas panjang lebar orang cerita, simpati segala, akhirnya ada yang volunteer nak pick up kucing ni. Terima kasih sangat-sangat pada kakak itu yang sanggup datang dari jauh, bertemankan GPS sabtu lepas, sampai juga ke opis aku kat seksyen 6 shah alam ni.


Borak sikit-sikit, pastu terus masukkan kucing dalam carrier yang akak tu bawa. Nasib baik juga akak tu bawa carrier, kalau tak susah juga. Bersungguh juga lah kucing tu nak lari. huhuu~~


Harini dapat update dari kakak tu kat FB, kucing tu dalam cage. Dia garang betul dengan kucing-kucing kakak tu. Tak biasa lagi agaknya. Dah la asyik nak meloloskan diri aje -__-' Harap-harap dia tak cuba lari.. kang tak pasal-pasal satu hari dah tercongok aje dia depan pintu opis sebelah ni tiba-tiba. Mau tak terkujat aku. Haha~


Oh ya, kakak tu namakan dia Mimi.


Dear Mimi... berbahagialah di rumah baru ye. Rumah yang lama jangan lah di kenang lagi. Kat sana ada orang yang lebih menyayangi kamu, kawan-kawan pon ramai... jangan nakal-nakal tau~!



~ Happy aku sepanjang minggu. Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk aku berbuat sedikit kebaikan pada makhluk tuhan yang lain. Syukur aku cukup kuat. Dan syukur aku tak terlalu emo dan melulu dalam menyelesaikannya.

Thursday, September 22, 2011

Apalah manusia ni..... sampai hati buat macam tu



Ini kucing jiran office ku. Aku ingat lagi, budak sebelah ni ambil kucing ni dari kecik lagi. Sebenarnya, kucing ni asal dari stray cat kat bawah office ni jugak. Dia pernah cerita, masa kucing ni kecik, dia ada beberapa adik beradik yang lain. Adik beradik dia yg lain semua dia dah adoptkan pada kawan-kawan yang lain. Kiranya baik dan bertimbang rasa jugaklah budak sebelah ni... dia pikirkan masa depan anak-anak kucing tu semua. Kalau nak dia bela semua anak kucing tu memang lah tak mampu. Silap-silap office ni jadi zoo pulak kang.


Pastu, dalam aku sedar tak sedar, sejak lepas cuti raya haritu aku tak dengar lagi bunyi ngiau kucing ni dari opis sebelah. Aku ingat tak ada apa lah kan... sebab kucing kalau tak ada hal, dia tak bunyi.


Tapi harini, aku jumpa sekor kucing, rupa sebijik macam kucing budak sebelah ni. Manja pulak tu... sebijik macam kucing budak sebelah ni. Bezanya cuma kucing ni tak ada collar loceng.


Aku sampai pintu office, kucing ni ikut. Aku bukak pintu, dia masuk ngiau-ngiau. Sah! Mesti kucing budak sebelah. Aku tanya dia, sesat ke? Eh? nape takde loceng?? Pastu, adik ipar aku cakap lah, ni memang kucing budak sebelah, dia dah lepaskan kat bawah. Dagggg!!!!!


Aku macam... WHATTT??????????


Ada hati perut ke tak?




Aku tengok kucing tu dah kurus. Dulu semagat badan dia. Pastu dulu wangi je.. bau syampu baby, sekarang ni bau busuk. Dia termenung aje kat kaki lima office tu. Aku tengok mata dia... aku sedih!




Perasaan aku terbelah bahagi. Aku paham perasaan kucing tu. Mesti dia sedih, merana... tuan dia buang dia macam tu aje. Dia sejak kecik di beri makan, mana lah dia tau nak cari makan sendiri kat pasar belakang tu. Silap haribulan kena lenyek je dengan lori ikan. Tak pon kena main dengan budak madrasah kat bawah. Budak madrasah tu pon satu hal. Nama je budak madrasah. Tapi tak reti nak hormat hidupan lain. Ustazah tak ajar agaknya.


Bila tengok keadaan kucing tu hati aku hiba. Hiba sangat-sangat. Semudah itu dia buang kucing tu. Tanggal collar, terus kucing tu jadi buangan.




Aku pergi 7E belikan friskies. Dah itu aje yang ada kat 7E tu kan. Aku mana lah bawa cat food kemana sahaja. Lainlah kalau aku ada poket doremon. Aku panggil dia dari kaki lima, dia datang. Aku buka pintu, dia masuk. Aku bagi makanan atas kertas. Menggelupur dia makan. Gelojoh! Confirm dah beberapa hari tak makan ni. Sian dia. Kejap-kejap, kucing tu macam nak muntah. Maybe sebab perut dah lama kosong. Aku pesan kat dia, makan sikit-sikit, nanti muntah... Pastu aku bagi air.




Kucing ni nak ikut aku. Asyik nak gesel je kat aku. Dia nak aku usap dia. Aku tau, dia tengah rindukan belaian tuannya. Tapi nak buat macam mana, dia kini tak bertuan. Dia kini adalah kucing terbiar!


Dalam kesian, aku mungkin boleh faham tindakan budak sebelah yg buang kucing ni. Kucing ni dah besar, dah tak secomel masa dia kecik dulu. Aku ingat lagi, budak tu cerita, masa dia amik kucing ni dari jalanan, bulu kucing ni macam kembang. Tapi bila dah bela ni, rupanya dia kucing biasa!


Wah~ jadi kalau kucing ni bulu kembang agaknya budak tu tak buang lah kot....tuih!


Lagi satu. Budak ni bela kucing ni sorang. Tapi officemate dia ada beberapa orang. MAYBE lah.. kan... office mate yang lain tak suka kat kucing ni. Tak sanggup nak bela, nak hidu taik kucing hari-hari, nak marah kucing naik atas meja hari-hari, nak dengar ngiau-ngiau kucing tu tiap hari. Ada orang tak tahan. Akhirnya yang jadi mangsa keadaan, si kucing ni lah. Kena buang begitu sahaja.




Mungkin aku boleh faham situasi budak tu, tapi aku tetap tak boleh terima tindakan budak tu. Bagi aku walau apa pon alasan dia, ia tetap salah! At least, kalau terpaksa sangat, sampai officemate lain nak pulaukan ko ke ape, ko carilah adopter baru dulu. Iklankan kat internet ke... takkan semudah itu aje buang kucing ni kat bawah? Akal ada?


Jadi kat sini, aku nasihatkan manusia lain kat luar sana...


1. Sebelum terpikir nak bela haiwan, pikir dulu, yang kau tu komited ke tak nak jaga haiwan tu? Jangan separuh jalan dah give up, tak sanggup... last-last kucing tu kena buang begitu sahaja. KEJAM OK!


2. Tolonglah jangan membanyakkan lagi populasi stray cat kat luar sana. Kalau taknak kucing beranak pinak, tolong lah spay/ neuter. Kalau kau nak bela tak apa. Ini orang suruh spay ko takmo, bila kucing ko beranak ko buang pulak anak dia. Apa jenis manusia lah kau ni.


3. Sebelum ko volunteer jadi fosterer atau adopter, ko kaji dulu diri ko dalam-dalam. Ko MAMPU ke tak nak bagi kediaman dan suasana yang baik pada haiwan tu? Aku bukan kata mewah, tapi at least yang secukupnya. Aku paling pantang bila dengar orang buang kucing dengan alasan dah tak sanggup nak bela, tak mampu, dia beranak pinak, budget dah lari, kucing tu perangai macam haram.... wei! itu sepatutnya ko pikir sebelum ko amik kucing tu!



Cuba kalau ko, anak yatim gelandangan. Satu hari ada orang amik ko bawak balik. Mandikan ko, bagi makan sedap-sedap, bagi pakai lawa-lawa... tiba ko dah besar sikit, rupa ko dah tak secomel mana. Pastu nakal sikit pulak tu, suka kacau mak abah angkat ko buat kerja (sebenarnya ko nakkan attention, tapi diorang ingat ko ni nakal). Lalu mereka rasa ko ni tak lebih dari menyusahkan dan menghabiskan beras semata. Jadi satu hari mereka bawak ko ke tempat dia kutip ko dulu, dan mereka tinggalkan ko sebatang kara.



Apa kau rasa?


Wednesday, September 21, 2011

duit ke daun ni? senang nye terbang!

Dalam sekejapan duit boleh habis begitu sahaja. Zaman sekarang ni, letak duit kat mana-mana pon mesti boleh habis.


Masa zaman aku sekolah asrama dulu, mak aku bagi duit belanja sebulan sekali. Aku bagi cikgu homeroom tolong pegang. Sudahnya sampai aku tamat belajar pon tak terguna-guna juga duit tu. Sampaikan bila aku masuk menengah atas, cikgu homeroom tu datang sekolah aku nak pulang duit aku dulu. Ada RM250, bersamaan dengan duit belanja aku 5 bulan.


Itu zaman dulu. Tak pandai guna duit dan ada tempat simpan duit yang selamat.


Sekarang ni, duit kat dalam akaun pon boleh guna di hujung jari je. Duit yang memang dalam poket apatah lagi. Memang tak lekat. Mengalir je macam hingus. Sikit-sikit dia hakis. Kejap beli jeruk RM5, kang beli pisang goreng RM2, pastu beli air RM1.20...bayar parking RM2.. sedar tak sedar habis sepuluh hengget tak sampai 12 jam.


Duit dalam akaun pon, bukan boleh lekat lama. Beriya lah aku dulu siap berjanji berikrar pada diri sendiri, duit dalam akaun mebeng belanja macam mana pon tak boleh baki kurang 2K. Hampehh! Habis cuti raya je duit tinggal 1.5K. Pastu buat ikrar baru, tak boleh kurang 1K, sebab duit tu adalah duit tabung cuti-cuti Phuket (echechehhh), buat bayar booking hotel dan ground arrangement. Pon hampehh!!!


Baru beberapa hari lepas aku terbeli samsung galaxy mini. Dari asal bajetnya nak cari henfon under Rm450, amik kau, terus terbeli henfon RM580. Balik tu aku menyumpah diri sendiri dalam bilik air sambil hantuk kepala kat singki. Dalam bilik air la beb, kat luar kita kontrol macho je~~ lagak macam duit berkodi-kodi. hak tuih!


Tak habis dengan tu, semalam aku tersambar pulak silicone case untuk cik pad putih tu. Rm179. Gila betul regenya. Aku rasa aku kena sampuk la masa beli tu. Menononggggg je bayar. Tanpa second thought!


Dalam pada membeli tu, memang phuket entah ke mana, lupa terus pasir kucing yg dah habis, Evo nak kena topup, besday Ain dah dekat..... Lupa daratan!


Sejak 2 hari lepas aku memang takut betul nak check akaun. Kadang tu berharap agar duit tu kembali balik masuk akaun aku. Macam sirih pulang ke gagang la... Terbang je dia datang. Aku tak mintak banyak, bukan aku minta duit juta-juta pon. Just pulangkan semula 2K aku je...


Boleh?


Tak pon kembalikan aku kepada masa sebelum aku habiskan duit aku. Please~~ Aku nak nasihat diri sendiri yang tak sedar diri tu supaya tak buat kerja gila. Macam tu baru lah aku bahagia sekarang.



-__-'





~ menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna.

~ sangat tepat peribahasa itu. -__-

Thursday, September 15, 2011

Lulu dan masalah Hairball, 1st time on-heat dan bulu gugur



Belakangan ini Lulu kerap muntah. Kerap bagi aku di sini bukanlah bermaksud setiap hari atau tiap kali makan dia akan muntah. Mungkin aku boleh simpulkan sebulan 2 kali dia akan muntah. Bagi aku itu macam kerap juga, sebab sebelum ni dia jarang muntah. Jarang pula bermaksud dalam sebulan dua baru sekali dia muntah. (-paham ke tidak maksud aku ni?)


Ok. Bila Lulu muntah, entah kenapa dia akan pilih port baekkk punya. Mesti kat atas karpet bulu di ruang tamu. Ada pernah sekali dia muntah di alas kaki yang gebu. Entah mengapa. Tak nak pula dia cuba muntah di lantai sahaja. Kan senang sikit nak bersihkan.


Sebenarnya, tidaklah susah nak bersihkan muntah Lulu ni. Sebabnya muntah dia lebih berbentuk gumpalan atau ketulan. (Bukan muntah cair macam muntah tuannya ni -__-'). Bentuk muntahnya adalah seperti tahi nya je.. haa... macam tu le bentuk dia. Tapi kadang-kadang ada lah sedikit yang agak berair. Itu perlu dibersihkan sehingga hilang. Yang gumpalan tu boleh kutip aje. Bau pon tak busuk.


Aku suspek Lulu ni kena hairball. Sebab tu dia muntah. Kalau kucing kena hairball, mesti dia rasa tak selesa. Rasa ada benda melekat kat tekak. Kalau kita pon tercekik tulang atau ada benda melekat kat tekak, mesti tak selesa kan?


Ada juga beberapa effort yang aku buat untuk tangani masalah ni. Antaranya aku beli lubricant untuk hairball yang bernama Laxatone. Laxatone ni aku beli online je kat Petshack sebab masa tu tak ada masa nak singgah pet shop. Patut kena bagi tiap hari kot...(lupa pula arahan pemakanannya), tapi aku kadang-kadang terlupa. Berselang seli lah bagi. Kadang bagi, kadang tak bagi.


Aku rasa, masalah hairball ni bersangkut paut dengan masalah lain. Bila pikir balik, kenapa baru sekarang kena hairball, dulu tak de pulak masalah ni? Kenapa baru sekarang? dulu pon bulu dia panjang tu jugak...

Lulu dengan Juwita. macam adik beradik.


Jawapannya, bulu Lulu belakangan ini lebih kerap gugur berbanding dulu. Mungkin faktor cuaca, mungkin faktor hormon, stress, atau aku sendiri!


Dulu tiap malam aku sikat bulu Lulu, sekarang ni dua tiga hari baru sikat. Yeah, salah aku le tuh. Minggu ni pon, dah berapa hari sibuk, tak sempat nak mengandam Lulu. Semalam, sampai rumah terus collapse kat sofa. Tau-tau terjaga dah dekat pukul 12 malam!! Letih punya pasal.


Faktor lain, adalah hormon dan stress Lulu. Dia haritu baru je kena on-heat buat pertama kali (pada usianya 8 bulan. Dah anak dara anak bulu aku ni... huhuhuuu). Ada lah dalam seminggu dua ni, dia termenung jugak lah... stress lah tu.. tak jumpa Pak Tom. Tu yang berguguran bulu-bulunya tuh... especially bahagian dekat dengan ekor dan bawah perut belakang. Confirm stress. Kesian...


Lulu tak tahan lagi.


Jejaka pilihan Lulu yang ku namakan Pak Tom Jasin (abah ku panggil dia cecak). Berangka besar, bermuka bulat. Walaupon mak keciwa, tapi mak redho nakk~~


Faktor cuaca aku rasa tak. Sebab Lulu ni duduk indoor, ber air-cond lagi. Pemakanan pon tak. Seimbang aje aku rasa, dengan Royal canin nya, Evo nya, siap supplement Brewer's yeast nya... confirm bukan sebab pamakanan.


Jadi kesimpulannya, faktor yang mengundang Lulu kena hairball adalah kerana bulu dia gugur lebih sikit dari biasa (aku tak kata banyak gugur, cuma lebih dari biasa). Kucing ni, habit dia adalah menjilat bulu. Itu memang kaedah dia membersihkan diri. Jadi bila banyak bulu gugur, bulu tu semua dia telan, lalu melekat kat kerongkong.


Jadi sebenarnya, Faktor yang menyebabkan Lulu kena hairball adalah:

aku yang dah tak kerap sikat bulu Lulu + dia stress kena 1st time on-heat


Jadi, kaedah menyelesaian adalah:

1. Rajinkan diri walaupon penat mana pon untuk sikat bulu dia tiap malam. Tolong lah si Lulu ni bersihkan bulu gugur dia tu....

2. Teruskan bagi Lulu makan Laxatone supaya kerongkong dia clear dari sebarang hairball. Laxatone membantu kucing untuk menyahkan bulu dari kerongkong. Kucing akan membuang bulu itu melalui najis.

3. Paling penting, hilangkan stress Lulu. Solusinya adalah samada spay kan terus, atau ambil injection birth control, atau pon carikan stud. Pilih lah mana satu.


Nombor 3 tu paling penting sekali, cumanya aku tak pasti lagi mana satu nak buat. Sebab aku tak sure lagi Lulu akan pregnant ke tak. Kan balik raya haritu dia dah kawen dengan Pak Tom Jasin? belum dapat dipastikan samada dia preggy atau tidak sehingga bulan hadapan. Oleh itu, keputusan nak buat apa kat Lulu ni kena tangguh sampai sure dia mengandung atau tidak dahulu.


Ok. Problem solved! Cuma tinggal untuk dilaksanakan aje. Kalau setakat bincang gegar-gegar, idea membuak-buak, solusi gempak-gempak, tapi pelaksanaan tak ade... itu hampagas namanya!


Lulu yang sentiasa mendapat perhatian ramai. Overshadow the puan seri berseri


Lulu dan yours truly puan seri berseri. Tertunduk malu plak dia

Wednesday, September 14, 2011

Jamuan tertutup


Hari Ahad lepas aku buat makan-makan kat rumah. Aku tak kata ia adalah rumah terbuka, sebab aku tak buka pon kehadiran kepada public. Siapa pula lah aku nak buat rumah terbuka.. bukannya pak menteri yang semua orang menghegeh mintak duit raya, mahu pon pengetua kolej yang semestinya semua orang hormati, apatah lagi artis yang semua orang gila-i. Nak kata femes kat fesbuk pon tak, sebab rakan aku tak lebih 150 orang pon. Jadi tak payah gile glamer nak bukak public event kat facebook ajak semua orang datang rumah waima tak kenal sekali pon.


Sebenarnya aku buat makan-makan ni cadangnya simple sangat je. Untuk budak geng AP117, budak satu course masa kat U dulu. Ni kiranya macam gather-gather lah. Supposedly sepetang tu lepak kita-kita je lah.. macam gather-gather sebelum ni.. cumanya buat kat rumah aku instead kat taman. Dah alang-alang nak buat, aku ajak la juga kaka ipar aku, adik aku, jiran, dan kawan husband join sekali. Tu pon tak ramai. Cukup lah ada wakil tiap kategori.


Belah-belah keluarga tu settle je. Diorang datang before zohor. Jiran dan kawan husband pulak datang lepas maghrib. Cantik je planning. Tapi geng-geng aku ni pulak... sorang datang 2.30, sorang muncul pukul 4. Pukul 5 dah ada yang balik, pukul 5.30 muncul lagi sorang. Alaaaahaiiii~~~~~


Penat aku nak explain, ni makan-makan lepak-lepak gather-gather... untuk kita-kita aje. Aku berharap sangat semua datang sesama... at least ada one time semua ada... baru meriah. Ni kalau sorang datang sorang balik, ape ke namanya gathering tu?


Pendek kata, aku simpul kan plan aku kali ini kurang berjaya, seperti ops sikap 2011 lah jugak gamak nya...


Apapon, layan je lah sebahagian makanan yang ada pada hari itu. Ada beberapa lagi makanan tidak sempat di snap. Maklum le, aku bukan mem besar hari tu, aku jadi tukang masak. Jadi sangat bizi jahh~keh keh keh~


jeli aku tuh ada ramai pulak peminatnya... kui kui kui~ jeli je kott
Nasi dengan ayam tu nasi arab dari de arab cafe. Aku buat spageti, nasi impit, kuah kacang dan lain-lain kudapan je~


nengok le... sampai keluar lah tikar sakti merah itew~~ itu tandanya beriya le tuh.. habis kosong perabot semua aku tolak tepi. hahaha~ mak jadik hulk dulu sebelum jadi chef.


kek ni aku tak buat. aku order je. Resepi rahasia.


Ade laaa beberapa lagi menu yang tak tertayang kat sini. Tak berapa ingat nak amik gamba segala. Sibuk dengan preparation je. Apa pon, terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi hadir ke majlis makan-makan aku tu. TQ lah sebab sudi datang dari jauh ye~ maafkan tuan rumah atas segala kekurangan dan kekhilafan.


Lulu layan tetamu yang hadir. Seem like she loves all the attention she got!


Alarm yang tiba awal dan setia menanti


Selamat hari raya~~



Friday, September 9, 2011

perkara kecil yang annoying

Ada sesetengah benda atau perkara kecil yang sangat annoying bagi aku kalau ia terjadi. Mungkin bagi orang lain ia tidak apa-apa, tapi bagi aku pula sebaliknya. Perkara itu adalah:


1. Makan kat kedai, meja sebelah hisap rokok. Nak-nak kalau anak aku ada. Nak je aku cucur puntung rokok tu kat lubang hidung dia. Boleh tak, kalau nak rosakkan paru-paru, kau buat sorang-sorang? Jangan libatkan orang lain terutama kanak-kanak?


2. Orang paksa-paksa makan. Kalau aku tak nak, maknanya aku tak lapar, atau tak minat, atau aku x boleh makan benda tu. Aku malas la nak terangkan panjang lebar banyak kali kenapa aku tak makan itu tak makan ini, kenapa aku tak usik lauk tu semua. Kalau aku dah tolak, cukup la. Tak perlu suruh-suruh juga sampai aku terpaksa makan. Masing-masing ada pilihan dan tolong lah hormati.


3. Bersepah. Aku sangat pantang sekali dengan keadaan bersepah. Kalau tempat bersepah memang boleh buat aku sakit jiwa. Malangnya aku selalu je tinggal dengan orang yang suka buat sepah. Sejak zaman sekolah lagi. Aduhh~~~~ memang boleh bikin tensi!!!


4. Barang hilang. Ni ada kaitan dengan perkara nombor 3 di atas. Bila tempat tu bersepah, mula lah ada barang yang hilang. Tak jumpa itu, tak jumpa ini. Aku pantang betul kalau orang guna barang apa-apa, pastu tak letak balik kat tempat dia ambil. Please la, kalau ambil dalam almari, letak balik dalam almari la, boleh? jangan lah letak merata-rata. Nanti orang lain nak guna dah tak jumpa benda tu.


5. Orang usik barang aku sesuka hati. Ni paling pantang. Sebab aku ni sedikit obses dengan barang aku. Jadi kalau barang aku tergerak walau seinci pon aku boleh tau, mesti ada orang usik punya. Kalau aku letak beg kat situ, jangan lah memandai nak alih, confirm aku menyirap. Tak boleh ke tanya dulu sapa punya beg, boleh ke tak nak alih? Ini memandai je kan....dalam rumah aku tu, budak yang suka usik barang aku adalah si Juwita tu le... ei.. memang menyirap je aku nengok losyen aku tak bertutup, mekap aku beralih. Ok lah sekarang ni dia dah pandai mintak permission. kadang-kadang aku bagi le, kadang-kadang aku tak bagi. hik hik hik




Wednesday, September 7, 2011

Petknode hell dan owner nya yang bodoh tahap dewa


Terpanggil hati untuk menyuarakan perasaan terhadap isu "petknode" ini. Bagi yang tidak tahu cerita, eloklah masuk ke link KTAJ. Ini pula berita dari Awani https://www.facebook.com/photo.php?v=10150284127088517


kucing yang ditemui sadis


kucing yang ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Kini dirawat di hospital, kena masuk drip.


*sigh* tak tahu dari mana nak mula, sebab ketika menaip ini pon perasaan aku bercampur baur. Marah, terkilan, sedih... semua ada. Cukuplah semalam seharian aku menangisi nasib kucing-kucing yang diperlakukan sekejam itu di Petknode hell. Dengan 16 ekor yang mati, yang selamat pon ada yang tinggal rangka dan kulit, kebanyakan kucing mengalami trauma, masalah kesihatan yang teruk, hampir mati, kelaparan dan menyedihkan.


Cuba tengok gambar dan review dari pemilik kecing ini, anda akan paham sendiri https://www.facebook.com/media/set/?set=a.279232818757832.84888.100000133484790


Banyak kali aku cuba berfikir, "apa sebenarnya di dalam kepala otak 2 ekor manusia bodoh itu?" 2 ekor manusia bodoh, yang aku fikir tidak selayaknya dipanggil manusia pon. Kalau betul dia manusia, dia memang bodoh tahap dewa. Macam mana dia boleh terfikir nak tinggalkan 300 ekor kucing jagaannya selama seminggu di dalam sanggar kecil (malah ada yang ditempatkan dalam carier sahaja!!!) di dalam premis tanpa makanan dan penjagaan kebersihan? Si bodoh mana yang akan terfikir bahawa kucing yang menyusu anaknya boleh hidup tanpa makanan selama 1 minggu? weih, anak aku 3 tahun pon tau tiap pagi kena bagi kucing makan la... kalau kau lah, manusia bodoh yang gemuk, tahan ke kalau tak makan 3 hari? baru 3 hari, bukan seminggu tau! Pastu, cuba kau kena tidur atas berak dan kencing kau sendiri. Aku rasa cukup seminggu kau 2 ekor pon boleh jadi kurus macam Takuya Kimura.


Lagi satu yang menguatkan kenyataan bahawa 2 ekor ni bodoh adalah hakikat yang mereka ini menjalankan perniagaan menjaga haiwan (pet boarding), tapi boleh pula buat keputusan paling bangang iaitu meninggalkan premis cat boarding mereka yang menempatkan 300 ekor kucing! Takkan lah 2 ekor ni tak terpikir, yang kucing tu semua adalah milik orang lain! orang hantar kat kau untuk kau jaga sementara. Owner bukan suruh buat amal tau, owner tu bayar untuk kau jaga kucing mereka!!!


kucing terselamat dan berjaya kembali kepada owner. Gambar kredit pada rakan-rakan di facebook


Itu tak masuk lagi kisah yang kononnya kau bagi kucing tu semua makan Royal Canin, Blackwood segala, hakikatnya kau bagi kucing tu semua makan frieskies je kan? Well, aku jamin, kalau owner provide kibbles sendiri pon untuk kucing mereka, aku tak rasa kau akan bagi kibbles tu kat kucing owner tu. Sebabnya, kau sebenarnya tak bagi pon kucing tu makan!!!


Habis air mata aku menangisi nasib kucing-kucing tu semua. Sekarang ni, yang tinggal dalam hati aku cuma perasaaan marah aje pada korang. Betul kata orang-orang dalam KTAJ facebook tu, kau memang akan kenyang sepanjang hidup, kenyang dengan sumpahan dan kejian dan laknat orang. Minta maaf konon. Nota minta maaf kau sebijik macam ucapan hari raya dari ketua kampung. Kau ingat orang pandang ke maaf kau yang tak seberapa ikhlas tu? Setelah apa yang berlaku, kau boleh buat ucapan maaf macam tu?


Cukup pasal 2 ekor manusia bodoh ni. Makin aku ulas, makin sakit hati pulak rasa.


Dalam pada itu, macam-macam respond pula yang diterima dari orang luar. Orang luar disini
bermaksud,

= orang yang tidak tahu keseluruhan cerita pasal kes ini, tapi ada hati nak komen.

= orang yang bukan pencinta haiwan dan tak pernah pon mempunyai haiwan kesayangan, tapi nak jugak komen

= orang yang memang suka komen dan kondem

= orang yang menangguk di air yang keruh

= orang yang akan mempolitikkan semua perkara

= orang yang akan tunjuk alim dan dia sahaja yang betul


Nak buat macam mana, rakyat Malaysia ni memang suka bagi pendapat. Jadi kita dengar aje lah apa pendapat orang ramai, walaupon ada ketikanya pendapat mereka-mereka di atas ni berbaur sindiran, sinisan, kondem-an, kutukan, hinaan, dan sebagainya.


Kita perlu faham, mereka ni tak berada dalam situasi kita, maka mereka tidak akan faham. Kita juga perlu sedar, mereka ni mungkin tergolong dalam manusia yang bukan pencinta haiwan. Kita juga perlu ingat, tak semua orang ikhlas untuk membantu dan menyumbang, kerana masing-masing ada agenda tersendiri untuk kepentingan periuk nasi mereka. Mungkin juga, ada di antara mereka sekepala dengan 2 ekor manusia bodoh tu, makanya mereka tidak nampak apa salahnya perbuatan hina tersebut.


Satu comment yang aku baca kat youtube,

HEY MALAYSIA PET OWNER! KALAU TAKDE KOMITMEN JANGAN BELA HAIWAN LANSUNG LAH BODOH!. SENANG2 JE LEPASKAN TANGGUNGJAWAB KAT PETKNODE TU. JANGAN PERCAYA LAH SERVIS2 MCM NIH. YANG JADI MANGSA, BINATANG2 TUH JUGAK.



Aku jamin, bdkkecoh ni mesti tak pernah bela haiwan, sebab tu dia buat kenyataan bangang macam ni. Kita sebagai pencinta haiwan dan pembela haiwan tegar tak perlu lah melatah dengan kenyataaan bodoh macam tu, sebab dah sah-sah bdkkecoh tu tak ada ilmu langsung pasal pembelaan haiwan kesayangan ni. Kalau dia bela haiwan, mesti dia takkan buat kenyataan membodohkan diri sendiri tu.


Untuk pengetahuan bdkkecoh, petboarding ni adalah benda normal dan sinonim bagi pemilik kucing dan haiwan kesayangan. Ada banyak petboarding di Malaysia ni. Masing-masing menawarkan perkidmatan penjagaan haiwan kesayangan untuk pemilik haiwan yang akan bercuti atau travel lama. Ini kerana, tidak semua hotel menerima haiwan, dan kadang-kala agak sukar untuk travel jauh jika membawa haiwan. Pet owner sedia maklum akan hal ini. Ia seperti menghantar anak ke boarding school atau summer camp ketika cuti sekolah.


Menghantar kucing ke pet boarding bukanlah melepaskan tanggung jawab seperti yang anda katakan, tapi atas dasar tanggung jawablah mereka menghantar haiwan kesayangan mereka ke pet boarding. Ini kerana, kebiasaannya, pet boarding akan menjaga haiwan dengan baik sekali. Kucing akan diberi makan setiap hari, di bersihkan sangkar, litter sand akan ditukar, dan kucing akan dimandikan jika tinggal lebih seminggu. Tidak lupa juga, sekali sekala kucing itu akan dilepaskan ke ruang untuk bermain selama sejam setiap hari. kadang kala, ada juga pet boarding yang turut membelai, menyikat bulu dan menyayangi haiwan itu seperti tuan mereka sendiri.


Malangnya, ia tidak berlaku di Petknode. Walaupon iklan mereka sangat gempak, website mereka gempak, service mereka digembar-gemburkan sangat hebat, tapi itu lah hakikatnya. 16 ekor kucing mati, selebihnya sakit, tinggal rangka dan kulit.... dan ada lagi beberapa ekor kucing yang belum ditemui.


Oleh itu pencinta haiwan sekalian, jangan kondem bkdkecoh ni, dia bercakap tanpa ilmu di dada. Menjadi tanggung jawab kita untuk memberi sedikit sebanyak ilmu pada dia supaya dia tak mengulangi kesalahan ini. Pada bdkkecoh, lain kali buat research dulu sebelum kondem. Kalau tak, memang kau nampak sangat bodoh.


Habis bab yang ni.


Dalam pada itu, aku sebenarnya rasa bersyukur sangat. Sebabnya, sebelum raya haritu aku pernah terfikir nak hantar Lulu ke Petknode ni. Ye lah kan, dengan iklan mereka yang gempak, siap ada review baek punya kat forum petfinder (mereka 2 ekor tu pernah aktif dalam forum petfinder), jadi aku pon terfikir macam owner yang lain-lain jugak, mesti tempat ni ok, sebab ada review dan mereka ni pon biasa nampak kat petfinder. Rupanya..... haish~~


Aku akhirnya bawa pulang Lulu beraya di kampung. Walaupon Lulu tidaklah seceria di rumah (ye lah kan, dengan environment baru, tempat baru, orang ramai dia tak kenal, shock jugalah dia 2 hari pertama), tapi at least aku nampak dia depan mata. Dia tak lalu makan pon aku tahu, dia makan banyak pon aku tahu, dia tengah on-heat pon aku sedar, dia mating pon depan mata aku -__-' huhuuuuu~~~


Kepada owner kucing-kucing mangsa kekejaman Petknode, aku doakan korang semua kuat kemangat dan jangan cepat patah hati. Korang kena kuat untuk menyumbat 2 ekor manusia bodoh tu ke kandang penjara. Jangan putus asa. Kembalikan hak anda dan kucing-kucing anda.


Dan kepada semua pencinta dan pembela haiwan yang lain, jadikan lah ini sebagai pengajaran dan peringatan untuk memudian hari. Mungkin kejadian ini adalah satu titik tolak untuk membuka mata kerajaan dan penggubal undang-undang akan perlunya satu hukuman yang lebih berat untuk manusia yang mengabaikan kabajikan haiwan. Mungkin ini yang diperlukan untuk membuka mata kerajaan betapa seriusnya perkara ini perlu di timbang.


Sekian dari saya,


Hidayah dan anak bulus ku, Lulu Lola





credit:
~ semua gambar adalah dari facebook KTAJ dan myanimalcare.org
~ link KTAJ dan yang berkaitan ada di atas.

note:
~ TQ kpd anon (kak mas?) yg comment dan membetulkan sedikit berkenaan tulisan di atas. Caption pada gambar kucing tersebut telah diperbetulkan.

Tuesday, September 6, 2011

Aidilfitri 2011



Dah seminggu lebih beraya barulah ada chance nak blog pasal raya. Harini pon ala-ala lemau biskut marie aje aku kat office. Blur-blur je lagi. Mood kerja belum mai, mood raya dah rasa nak termuntah. Gitu lah kalau cuti lama sangat... 10 hari nokk cuti raya tahun ni.


Dipendekkan cerita, tahun ni beraya di belah aku.


Raya pertama seperti biasa ke Batu Pahat, Johor. Ni kampung abah aku. Petang tu beraya ke rumah atok (lupa nama atok tu, tapi adik beradik dengan atok aku le..)


Aktiviti selepas sembahyang raya adalah makan raya. Selepas makan raya adalah sesi bergambar wajib. WAJIB tau! Tiap tahun tak pernah berubah.



Dalam keta ke Batu Pahat...


punyalah lama perjalanan tak sampai-sampai...hubby ambil mood sebagai passenger.


Raya ke-2 ke Rembang Panas, N9. Kampung mak aku. Petang tu ke rumah wan acik (adik beradik dengan uwan aku). Kerana terlalu asyik beraya, tak ada lah gambar. hihihi~


Malam raya ke-2, lepas refresh kat rumah, pukul 9 lebih kami gi umah Mak Betah (mak pengasuh/ mak angkat aku)


raya ke-3 aku dah malas mekap... sedia maklum lah kalau balik kampung...tapi baju ni lah yang cik Noural Huda nak tengok sesangat tue~ 6 million dollar dress kau!! waahahahaha!!!


Raya ke-3 balik Palong. Sebelum balik Palong, pergi rumah terbuka Paklong kat Rembau. Petang tu kat Palong sambung beraya ke rumah Pak Chik, rumah Kak Long (kakak ipar aku) dan rumah Angah (abang ipar aku). Tamat lawatan pada pukul 10++ malam. Pengsan.


Raya ke-4 tak gi memana seingat aku.

Raya ke-5 mak aku buat open house kat jasin. Sebelum ke Jasin kami singgah Senaling, rumah kawan lama. Alhamdulillah, makan tengah hari kat sana. Raya ke-5 ni, aku dah repeat baju raya pertama dah...


Open house rumah mak aku, ada spagetti, satay, ketupat, rendang ayam, kuah kacang,.... erm... sedap.. sedap..


Bermalam di jasin for another night, sebelum pulang ke Bukit Raja keesokan harinya.


Raya ke-6, dah gerak balik Bukit Raja. Lepas pekena Nasi Arab kat De' Arab Cafe, layan TV... heavennyaaa lah kan kat rumah sendiri.... lupakan sikit mood raya tu, jalan-jalan kat Jusco Bukit Raja, beli DVD, makan Nandos. Nyaman sungguh!


Raya ke-7, cuti. Duduk rumah, kemas rumah, mandi wajib kan si Lulu Lola. (ade ke patut dia ber-mating pulak balik raya haritu). Adekah Lulu dan aku akan pregnant? my oh my... kena tunggu bulan depan baru boleh tau. Harap-harap tak lekat lew~~~


Raya ke-8, start kerja lite-lite. ahaks~!


akhir kata,

Selamat Hari Raya dari kami di Bukit Raja~!!!









~ pandai Juwita senyum depan kamera. Cantik muka dia... nengok le sape mak nya... hihi

~ baju oren purple tu kena hantar dry clean!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails