Tini's Spa



Haritu, seminggu sebelum Ramadhan, aku dengan Noural dah booking untuk buat spa. Sebenarnya, Tini's spa ni 1st time aku cuba. Tu pon sebab nampak kat Milk A Deal, then terus beli kupon tu. Kalau tak silap harga kupon tu RM48.


Sebab dah nak puasa kan, jadi bergegas lah juga nak redeem kupon ni. Lagi pon dah nak expired. Jadi hari Khamis lah kami ke sana.


noural


Interior? bersih aje. Dia tak bawak imej bali ke, thai ke, tradisional ke hape, tapi dia bawa imej bersih. Kaler hijau dan putih. Ye lah kan, lagipon Tini's Spa ni carry brand dermalogica untuk facial care. Harus lah nampak bersih dan kemas. Tak perlu kerawang-kerawang semua tu.


Dalam kupon Milk A Deal tu, kitorang akan dapat foot soak + body massage + body toning + facial + complimentary drink. Paling aku nanti-nantikan semestinya body massage. Mana-mana spa pon aku pergi, mesti aku looking forward untuk body massage dulu. Scrub, ke lulur ke hape ke semua tu aku tak pandang sangat.


Lagi satu benda yang aku nak sangat cuba dalam ni adalah semestinya facial lah. Aku tak pernah cuba facial lagi sepanjang hidup aku. So, nak sangat cuba ni. Lagipon dia pakai brand dermalogica. Berani lah sikit aku nak try


Jadi, gambar di bawah adalah ketika menunggu di ruang hadapan. Gambar ketika treatment tak ada lah kan.. kang jadi lain pulak nanti kalau aku letak gambar aku dan Noural sedang berkemban, hua hua hua~ oh ya, sebelum treatment start, kena buat questionnaire dulu tau~ questionnaire ni berkaitan kulit, badan, muka dan kesihatan. Ye lah kan, sebelum mula treatment, kena lah tahu latar belakang dan kondisi badan dulu.. ye tak?





Overall, aku rasa kupon ni sangat-sangat-sangat bebaloi. dengan 5 benda yang aku dapat (seperti di nyatakan di atas) dengan harga RM48... memang tak de komen punya.


Lepas treatment, kami dikehendaki untuk menulis sedikit review/ komen berkenaan treatment yang kami dapat. Lepas tu dia bagi kupon free milk bath yang sah selama sebulan. Tapi memandangkan sekarang ni bulan puasa, ape ke mimpi pulak nak berendam dalam susu lama-lama kan? tak pasal terbatal pulak puasa nanti. Kalau nak berendam ketika "cuti puasa" pon macam tak kena. Kang merah pulak jadinya air susu tu. ewww~


Lagi satu kupon yang diberi adalah kupon 30% off untuk next treatment. Ni valid selama 3 bulan. Bagus. Memang aku suka kupon ni. Lagipon aku bercadang untuk datang lagi next time, sebab aku rasa massage dia memang best. maybe lepas ni aku akan ambil pakage body pamper RM198 tu, so dapat diskaun 30% dah memang berbaloi-baloi!


Oh ya, kupon diskaun 30% off tu aku dapat setelah aku recommend 2 nama dan no phone rakan pada mereka. Jadi, pada sesiapa yang 'ter' dapat call dari Tini's spa, aku harap korang tak yah la melatah. Sebab aku rasa spa ni ok, boleh la korang cuba next time. Lagi pon harga dia pon berpatutan gak. (jangan marah aku sebab bagi no phone korang~)


Antara sebab mengapa perlu cuba Tini's Spa:

1. Harga dan service yang berbaloi

2. Suasana yang bersih dan nyaman, sedap mata memandang. (clean deco)

3. treatment yang pelbagai. Ada badan, ada facial care, ada toning dan slimming... pilih je mana satu pilihan anda

4. Facial care dia guna dermalogica.

5. massage dia sedap~~~

6. ruang dalaman (decorasi) yang kemas dan tersusun. Bilik-bilik treatment pon teratur aje



ok, siapa lagi pernah mencuba Tini's spa ni? macam mana pula dengan pengalaman anda? best ke tak best?

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku

Bermalam di Concorde Hotel Kuala Lumpur

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)