Selamat Hari Raya, Selamat bercuti, Selamat berpulun sebelum raya

Kawan-kawan sekalian (walaupon tidak pasti aku ada ke kawan kat sini, entah-entah selama ni aku tulis sendiri, baca sendiri), mungkin ini adalah entry ke-2 terakhir sebelum kami sekeluarga pulang berhari raya. Di kampung bukan tak ada inernet, tapi kebarangkalian untuk mengupdate blog adalah sangat tipis sekali. (lagipun, laptop tak ikut balik kampung)


Kami akan pulang ke kampung halaman (tahun ni beraya di belah aku. yay~) samada Jumaat malam, atau sabtu pagi. ai ya yai~~ hati ni memang dah meronta-ronta dah nak balik, jasad je tinggal kat office ni ha...


Rupanya aku kena juga tutup akaun esok. Adoii! Ingatkan bos bagi le cuti dulu, naik kerja 5hb nanti baru tutup akaun, rupanya kena tutup juga. Nampak gaya berpulun lah aku esok ni *sigh* Nasib baik bulan puasa ni rilek sikit, job pon kurang dari biasa.. hopefully tak de lah pening sangat nk close esok.


Apa pon, selamat hari raya kepada semua yang membaca blog ni.


Andaikata ada entry saya sebelum ni menyinggung hati dan perasaan kalian semua, saya pohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Seingat aku le, tak pernah la aku kutuk mengutuk blogger lain kat sini, tapi kutuk restoren tak best atau kutuk customer servis yang hampeh tu kerap lah jugak. hihi~


Selamat hari Raya, Hati-hati di jalan raya. Semoga anda semua selamat tiba ke destinasi hendaknya.


Kepada rakyat Malaysia yang beragama selain agama Islam, Semoga korang pon enjoy dengan cuti raya yang panjang ni bersama keluarga dan rakan-rakan.


daaa~~

Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?