salute to the nature

salute to the nature

Thursday, August 11, 2011

Kompilasi menu iftar


Haiseh. betul-betul kering idea dah nak buat entry apa. Akhirnya aku akur dan buat kisah berbuka seadanya.


1st week ramadhan, memang tiap-tiap hari berbuka kat rumah aje. Menu wajib adalah Nasi + lauk utama + sayur + sambal tempoyak. WAJIB hokey~ Walaupon aku tak makan nasi, haruslah aku ikut tekak-tekak lain yang nak makan. Kalau ikut aku sorang aje, memang jimat habis! hahaha~


Menu nasi dan lauk pauk tak payah la aku tunjuk. Tak ambil gambar pon. Cuma kadang-kadang tu ada menu tambahan. Ha... menu tambahan yg aku nak tunjuk.


Ni 1st ramadhan, aku buat baked pasta with meatball. Overall, aku je beriya makan. Orang lain tak begitu teruja pon.



Di samping tu ada juga aku buat nasi goreng (lebih nasi masa sahur) dengan ayam goreng. Letuce tu makan dengan baked pasta tu.



Ni pulak aku buat macam kebab la.. dalam isi adalah mince meat dengan melted mozarella cheese. Pita pocket bread tu kita grill sampai dia keras rangup sikit lepas isi mince meat dan mozarella cheese tu. Memang sedap di makan ketika panas.

( lampu kat ruang makan aku kejap hidup kejap tak.. ni time amik gamba ni tak hidup pulak dia. tu yang gambar kelabu asap tu)


2 hari tu je lah aku masak beriya. Hari lain macam biasa je kot. Sebab aku pon dah malas nak buat macam-macam. Baik aku masak benda yang confirm orang makan, ye tak? (kalau rasa nak mencuba resepi Anna Olsen ke, Jamie Oliver ke, Martha ke... simpan aje lah hasrat tu Dayah... bukan laku pon).


Paling kuat pon sekarang, aku just tambah samosa or nuggget tempura je buat bahan sampingan (merangkap makanan utama aku). Itu memang confirm habis. Maybe next time, aku tambah pon, chicken drummet, popiah, atau benda ringan-ringan lah.. makanan berat biar lah proceed dengan nasi dan lauk je.


Hujung minggu lepas pulak balik kampung, 1 hari iftar kat Jasin, 1 hari iftar kat Palong, 1 hari iftar dalam kereta. Hehehe~~~ Dalam kereta tu yang paling tak boleh blah. Minum air kelapa, roti john sepotong. Sepotong je larat jahh~ sungguh laaaaaa.... TAK SEDAP! Hadoila... redha je mak nokk~


Minggu ni pulak, haritu aku masak bihun sup yang mana supnya boleh dimakan bersama nasi. Hah! senang cerita. Masak 1 benda je, boleh 2 way kan.... sapa nak makan nasi, makan lah sup ayam tu dengan nasi, sapa taknak, makan bihun sup. Senang, semua orang puas hati.


Aku rasalah, kalau ada masa terluang, aku nak try buat nasi ayam ke... laksa ke... spaghetti dah tentu la kan. Spaghetti aku ni ada peminat setia. Confirm habis punya kalau aku buat. Hihihi~


Owh, semalam kami 1 opis semua beriftar kat Laman Grill. Wah wah wah~~~ kemain! memang puas hati lah makan kat sana. Makanan macam tak tau nak habis! Itu lain kali lah cerita eh.


Ok, daa~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails