ke Matta Fair menaiki public transport

12 August 2011.

semuanya semata-mata kerana ini.....

Inilah kisahnya.


Dipendekkan cerita, aku ke PWTC menaiki kenderaan awam. Apa lagi kalau bukan Komuter, Putra LRT dan STAR. Ya. 3 kali tukar train. Pertama sekali dalam sejarah hidup aku aku buat benda nih. LONE RANGER ok... diulangi, LONE RANGER.


Perjalanan merangkumi: dari stesen komuter Shah Alam ---- KL Central (interchange link) ---- Masjid Jamek (PUTRA LRT) ------ PWTC (STAR).


Dari Shah Alam aku naik komuter pukul 11, sampai PWTC pukul 12.30. Tu pon sebab kat KL Central aku sesat -__-' (cari LRT tak tau), pastu sampai Masjid Jamek sesat lagi (cari terminal ke PWTC tak jumpa. Rupanya kena melintas jalan.) Sampai terminal PWTC, kena jalan pulak sikit baru sampai depan PWTC. Phew~~~~


Tapi perjalanan pergi ini tidaklah sehebat mana kalau dibandingkan dengan pengalaman pulang dari PWTC.....................


Ini kesahnya..........................


Pukul 4 lebih sikit aku dah mula gerak keluar dari PWTC. Dapat lah sikit2 info yang aku nak kan...cukup le. Aku bukan nak terus confirm pakage kat situ, tapi nak survey harga, dan paling penting nak ke booth rasmi Tourism Thailand tu sendiri untuk collect sebanyak mungkin info berguna.


Bercakap dengan wakil hotel di Thailand yang betul-betul datang dari Thailand, memang lebih meyakinkan berbanding berbincang dengan wakil travel agency yang bahasa melayu dan inggerisnya pon tunggang langgang. Sekurang-kurang nya, aku faham lah kalau orang thai tu cakap english sedikit berbau thai. Tapi ni orang cina Malaysia lah! Dah la cakap melayu macam tak pernah sekolah, bahasa inggeris pon macam baru belajar 2 hari sebelum MATTA. Ke kau selama ni duduk China?


Walau bagaimana pon, aku pulang dengan hati puas dan agak confident. Puas dapat jugak jejak kaki ke MATTA FAIR dengan daya usaha sendiri. Lantak lah orang taknak hantar ke ape, aku nak pergi, aku mesti pergi.


OK. Perjalanan pulang.


Dari PWTC pukul 4 lebih, naik STAR, naik PUTRA LRT... so sampai KL Central pukul 4.30 petang. Cepat kan? Wah wah wahhh aku dah mula membayangkan betapa mudahnya perjalanan pulang ni. Ye lah kan... dah tau jalan, dah tau kat mana nak tunggu, nak beli tiket semua. Dengan jangkaan train yang akan tiba pada pukul 4.50, aku estemet akan sampai Shah Alam lebih kurang jam 6 petang lah. Echeeh~~


TAPI!!!!!


Malas aku nak cerita. Memikirkan ia semula pon membuatkan aku letih dan jerih!. Tapi ini lah yang berlaku.....


3 kali tak dapat masuk train. Orang berebut, bertolak, bergaduh, menjerit, mengamuk, merayu... ada 2 kali aku dah betul-betul depan pintu train, tinggalnya memang dah jamm pack sangat dah. Nak himpit pon tak boleh lagi. Ok fine, bajet nya next train boleh terus masuk je ni. Dah kita depan sekali kan...


Sekali bila next rain sampai, pintu terbuka hok tempat lain pulak! 2 kali macam tu. Nak nangis rasa tau!


Akhirnya aku berjaya menaiki train. Itu pon train ke-5 (lepas ambil kira sekali shutter train ke Klang yang tiba 10 minit sebelumnya, dimana ia juga penuh sesak) yang tiba pada jam hampir 7 malam. Berbuka air liur aku dalam train.


Sampai stesen komuter Shah Alam pukul 8.15. Pukul 8.45 hubby sampai. Sempat aku tertidur di tangga.


Sampai rumah lepas minum air dan makan kurma, aku tertidur sampai pukul 10 lebih. Bangun dari tidur, mandi, pastu masak nasi dan buat ayam kung pao. Pukul 12 malam makan malam merangkap sahur.


Memang hari yang sangat meletihkan. Segalanya semata-mata untuk "percutian tahun hadapan".




"Ya Allah, permudahkan lah urusan ku ini. Semoga tidak berlaku apa-apa di luar kawalan ku, ya Allah~~ jangan kau beri aku apa yang tidak aku ingini, dan jangan kau uji aku dengan apa yang tidak mampu aku tangani. Jayakan lah perancangan percutian aku kali ini, ya Allah~~Aminnn~~"

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....