Body Shop Haul lagi


Sebenarnya, macam tak patut nak letak perkataan "lagi" kat tajuk di atas. Sebab, bukannya baru last week atau last 2 weeks aku ada shopping kat Body Shop, tapi ada lah dekat 2 bulan dah kot aku tak shopping apa-apa kat body shop. Satu record baru yang agak mengejutkan untuk diri aku sebenarnya.


Hari tu aku pikir, "lantak lah.. dah lama sangat tak shopping untuk diri sendiri. Beli Body Shop lah" Gaya macam nak beli francais Body Shop je pulak kan, padahal nak beli sebotol body cream aje.


Body Shop ni aku cakap kat korang, memang berhantu. Sekali kau masuk dengan niat suci murni nak beli seketul cream kaki, ha amik... entah camana tah boleh jadi terambil 5 ketul. Walaupon kau masuk dengan bajet konon 60 hengget je, akhirnya bil kau mesti jadi 250 hengget. Berhantu sungguh kan?


Jadi haritu, inilah barang-barang yang "important gila" yang aku beli dari Body Shop.



Logik lah kan.. dah berapa lama aku tak shopping barang keperluan diri. (ceh alasann~)



ni body butter duo. Produk baru dari body shop. Dah lama aku memerhati produk ni kat website body shop. Memang tak tertahan lah nak membelinye



Soft hand kind heart cream. Range ni tak ada diskaun rasanya, sebab 15% dari hasil jualan akan disalurkan kepada ECPAT ( Human trafficking is the 3rd largest and fasted growing criminal industry in the world. A percentage of the profits from the sale of this product will be donated to our global NGO partner ECPAT* International and national members of the ECPAT network,whose work aims to help protect children and young people from sex trafficking. *ECPAT stands for End Child Prostitution, Child Pornography and Child Trafficking. ) Kiranya membeli sambil beramal lah kununn kannn~ ehahaha



Intensive foot rescue. Aku ada range ni kat rumah, yang scrub buat gosok kaki sekali dengan batu biru buat sental kaki tu (bahasa.. darat sangat jahh). Kiranya aku beli ni sebagai pelengkap lah (alasan baik punya lagi). Lagipon, aku memang conscious pasal kondisi kaki aku yang serupa nenek berusia 60 tahun ni. Bukan aku cakap eh, dah berapa ramai dah tegur kaki aku yang tak sepadan dengan muka ni~ -__-' Tapi memang aku sedar diri pon... kaki aku memang huduh....


Review sikit:
So far baru beberapa hari pakai ni, dah nampak effect positif, memang puas hati! Sebelum ni aku pernah cuba Schol punya krim cracked heel, Rosken punya cream cracked heel.... semua tak jalan. Bukan tak jalan ape, dengan rasa sticky nya, dengan kesat-kesat nya... ntah lah, tak reti nak explain. Tapi tak best lah perasaan dia bila lekat kat kaki. Tangan yang apply cream tu pon jadi tak selesa je rasa. Tapi Body Shop ni punya memang best. Harga pon lagi berbaloi dengan kuantiti dia. Dah tu, boleh pakai satu kaki, bukan kat tumit aje.



ha, ni dia foot scrub dengan batu sental yang aku cakap tu.



Deodorant. Kebetulan memang deodorant aku dah habis. Dan kebetulan sangat aku cari brand deodorant yang biasa aku pakai tu takde pulak kat Tesco. Nak gi Guardian malas. Dah alang-alang sampai bodyshop kan... beli je lah.. Lagipon bau dia wangi. Tak bau macam ubat ketiak. Aku memang tak leh la pakai Rexona ke Nivea tu, bau ubat ketiak kuat sangat. Tenggelam bau perfume dan losyen ai tawww~~~


Review sikit:
B4 this aku pakai Sanex. Hui~ memang best. Tak berbau langsung. Ni cuba Body shop punya, so far wangi je. Tak pernah kantoi bau ketiak lagi. Yang bestnya, bau dia tak kontras dengan bau perfume dan losyen aku. Sebati aje.. Tak de lah bau ubat ketiak overshadow segalanya.



Honey Bronze powder. Hui, range baru keluaran Body Shop jugak ni. Pon aku dah skodeng sejak di launch lagi... Bila dah di depan mata, memang terus sambar lah!


Perasan tak... macam-macam cream aku beli kan... nampak nau kulit aku bermasalah. Masalah TERLALU KERING!



Sesi photoshoot barang body shop ini terhenti kerana budak bulu tebal ni nak menempel...



Sekian.




~ dah lama kan tak de entry shopping dan haul
~ oh ya, lepas beli ni haritu, dapat pulak redeemable coupon RM40 untuk next purchase. Yay~ terpaksa lah membeli kat Body Shop lagi bulan ni... ape eh nak redeem.....

Comments

AinSaniah said…
redeem honey bronzer untuk aku ler, ape lagi wuahahahha

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku