salute to the nature

salute to the nature

Monday, August 1, 2011

1 hari di hari ramadhan

Salam 1 ramadhan untuk semua. Harini macam sunyi je suasana... padahal lunch hour nih. Patutnya, kalau tak de lunch pon, kena lah keluar gak dari opis ni, ye tak? takkan nak terperuk aje dalam air-cond membesarkan punggung? Patutnya keluar lah ambil udara segar, jalan-jalan barang 30 minit kat taman SUK nun.. bukan nye jauh nau~ Tapi tu lah... time ni le aku tetiba rasa nak buat blog. Ahaha~ Kalau rajin jap lagi aku keluar, jalan gi klinik haiwan jap. Nak tanya ada kosong lagi tak pet hotel untuk raya nih.


Yang seronoknya bulan ramadhan ni, kami boleh balik pukul 4 lebih. Gila awal~ hehe ada sebab kenapa balik awal:


1. kononnya tak ada lunch tengah hari, jadi save 1 jam di situ untuk kerja dan kerja. hihi


2. kononnya pagi masuk office awal, sebab bangun pon dah awal kan (sahur), then tak ada breakfast dah... terus je masuk office. hihi


3. kononnya sebab bulan puasa ni, kena banyakkan ibadah lah ye dak... kurang kan sikit perihal duniawi ni. hihi


4. Entah kenapa bulan puasa ni semua orang macam dalam fasa slow mo sikit. Jadi probably job memang tak sebanyak bulan lepas yakni sebelum puasa. Maka memang ada banyak masa free kat pejabat. Oleh itu, apa salahnya masa tu dari terbuang kat office, baik buang kat rumah aje. hihi


5. Orang kat jalan raya macam gila sikit time nak dekat buka puasa tu. Jadi seeloknya lah balik rumah sebelum tiba masa orang naik gila tu. hihi


6. kesian pulak bila fikirkan Juwita dengan cikgu taska dia. Mesti cikgu cikgi dia nak buka puasa dengan aman, ye dak? takkan Juwita nak OT sampai pukul 8 malam pulak bulan posa nih. hihi


7. mesti ibu dan isteri ada hajat nak masak masakan yang enak untuk berbuka puasa. Jadi perlu lah balik awal untuk memasak. hihi


8. Masti lah sesiapa pon dah pasang hajat nak bertarawikh penuh di masjid bulan ini. Niat baik tak elok di halang. hihi




Cukuplah 8 alasan kenapa bulan puasa ramai majikan (terutama muslim) mengambil keputusan untuk membenarkan pekerjanya pulang awal. Aku ingatkan nak fikirkan alasan sampai 10, tapi sampai 8 je otak dah tepu.


Owh, by the way... korang sahur apa pagi tadi? aku minum air milo, makan nugget tempura dan biskut ping pong je jahh~ memang enak sekali di makan ketika mamai! (korang jangan pikir aku lambat bangun sahur pulak. Aku bangun hokey, siap masakkan hubby dan adik ipar aku siakap stim lagi. Tapi aku bukan pemakan nasi pon... jadi apa ke mimpi lak aku nak makan nasi lak pepagi buta tu?)


Iftar pulak. Korang plan nak makan apa? atau nak masak apa? atau nak gi makan kat ner? atau nak iftar dengan siapa? Hihihi~ aku iftar kat rumah je. Petang ni (sebenarnya dari tengah hari tadi) dah berkobar-kobarnya perasaan aku ni nak masak Baked Pasta with meatball. yawww~ hari pertama iftar, sekali western daaa~ geli ai~ hihihi





~ korang apa cerita apa harini?

1 comment:

saniaa said...

baru balik dari bazaar, iftar dengan otak-otak n kebab jahhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails