apalah sangat...


Last week (kalau tak silap aku lah) maksud aku minggu lepas balik dari Langkawi tu, ada job makeup lagi. Wah~ dari pagi sampai ke tengah hari berkampung kat rumah pengantin. Pagi tu aku makeup 4 orang ahli keluarga. Pastu semua orang pergi masjid untuk majlis nikah. Aku stay kat rumah. Hohoho~ macam tuan rumah pulak. Kekok betul rasanya kena tinggal sorang dalam rumah orang asing. hihihi~


Pukul 11.30 pengantin balik, aku siapkan pengantin pulak. Alhamdulillah, by 12.30 siap dah pengantinnya. Mereka semua terus shoot ke tasik sebab pengantin kena naik bot mengelilingi tasik ke restoran untuk majlis resepsi. Meriah kan? Aku bayangkan lah meriah.. sebab lepas habis makeup tu, husband aku jemput terus balik. On the way balik kami lalu depan tasik, tu yang nampak suasana meriah. Wah wah wah~ penuh bangga aku tunjuk kat hubby yang aku le di balik tabir majlis tu (walhal aku tukang mekap aje... bukan event management pon kan. wahahaha~!)


Seminggu lepas majlis berlangsung, aku dapat comment kat facebook gaya gini...




Berbunga hati mak nokk~


kadang-kala, apa lah sangat dengan nilai tiga empat ratus yang kita dapat berbanding dengan penghargaan yang orang kenang sampai bila-bila.


dan,


Apalah sangat tiga empat ratus yang dilaburkan oleh bakal pengantin kalau dibanding dengan hasil yang memuaskan di hari bahagia untuk dikenang sampai bila-bila....


khennnnn~~~

Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?