salute to the nature

salute to the nature

Tuesday, July 5, 2011

gila application

sejak ada gadget baru, blog pon dah ketinggalan kan..


sekarang ni tengah gila mengupload segala tok nenek application yang free. Entah sampai bila agaknya kegilaan ini akan pudar, aku pon tak tahu. Mungkin sampai semua application aku dah cuba kot. Ahahaha~


Bila ada benda free banyakkkkkkk gila, kenapa eh nak beli application berbayar? PDF reader pon free, game pon banyak free, bamboo paper pon free (kecuali kalau nak upgrade ke pro kena lah bayar, tapi yang free pon cukup kot bagi aku, buat masa ini)


Mungkin aku belum sampai tahap extreme lagi sampai nak donlod application berbayar. Oh, tapi ada application berbayar yang sangat bagus! Free nya takde pulak ditemui. Tapi buat masa ni aku tak rasa ia terlalu penting, dan tak rasa macam perlu sangat untuk beli. Jadi abaikan dulu.. sampai tiba ketika perlu sangat-sangat application tu, baru aku fikirkan semula.


Aku pernah dengar la orang cakap, sekali ko dah ada barang Apple, ko akan terus masuk dalam lubang Apple. Contoh; kalau ko ada ipod touch (macam kes adik aku). Dah cukup lengkap ipod tu, boleh dengar lagu, boleh wifi, boleh facetime... tapi ada jual pulak accessories dia.. iaitu dock yang boleh jadi speaker. Owh.. tiba-tiba masuk wish list dock tu walhal kalau nak kata benda tu wajib ada, memang tidak.


Paling koman la, mesti nak beli dia punya sarung (silicone case), pastu nak kena ada screen protector. Ok barang-barang tu semua ada je yang bukan original Apple punya, brand china mari melambak dijual, tapi hati mesti rasa macam nak jugak-jugak yang apple punya kan... entah kenapa. Kena virus Apple lah tu.


IPad case/ cover, banyak brand ada buat dah. Tapi mesti tertanam di hati nak jugak yang original Apple punya smart cover yang boleh lipat-lipat tuh. Bila dah ada smart cover, nak pulak ada cover belakang sekali.. ye la kan.. takkan nak belakang ipad calar balar pulak kan? haruss la cari yang boleh pasang sekali dengan smart cover tu. hadoi...la...


Bila ada application Bamboo, terasa pulak nak ada stylus. Oleh kerana stylus untuk screen apple tak sama dengan yang lain-lain dipasaran, kena jugak lah beli soft touch stylus yang khas untuk Apple. Kalau boleh, nak juga beli yang apple punya, supaya betul-betul ngam (kalau ada la). Walhal brand lain pon ada buat soft touch stylus, banyak je dijual kat All IT.


Ape-apelah kan... macam aku cakap lah...Dah masuk lobang, tak boleh keluar dah. redha je nokk~~~ hihihi..







~ setting blog aku dah bercelaru lah sejak last update semalam. font pon dah tak betul dah... hadoilaaaa

~ malasss je nak masuk gambar. Lantak la

1 comment:

bujal X said...

saya trade in ipad2 saya dengan asus eeepad~~ble main angry birds full version~he~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails