Posts

Showing posts from July, 2011

Perancangan atau ketentuan

Kemungkinan ini adalah entry terakhir saya sebelum masuk Ramadhan. Kemungkinan besar Ramadhan jatuh pada hari Isnin (1hb ogos 2011).

Alhamdulillah, setakat ini segalanya berjalan seperti di rancang. Thank you most to Allah sebab memberi aku peluang untuk meneruskan perancangan...atau mungkin rencana Allah itu selari dengan perancangan aku.. wallahu alam~ Hanya Dia yang maha mengetahui segalanya, sedangkan kita hanya mampu merancang sebaiknya.

"Dalam sehari, berapa jam masa berkualiti kamu dengan anak-anak?"

woh~ aku termenung bila memikirkan soalan Dr. Fadhilah Kamsah ini. hehee...Bukan lah Dr. tu tanya aku direct depan-depan, dia tanya dalam buku... sebab aku sedang membaca buku tulisan beliau sekarang ini.

Ok, pagi bangun, aku mandi, bersiap, kejut hubby kejut Juwita, masak air, siapkan beg Juwita, siapkan Juwita (jika perlu). Kadang kala hubby mandikan Juwita, kadang kala aku mandikan, kadang kalaa dia nak mandi sendiri, kadang kala dia taknak mandi! jadi tak fix benda tu.…

selamat atau tidak

(perihal wanita dan keluarga. kanak-kanak dinasihatkan mendapat bimbingan dari yang lebih tua)

Jarang sangat pula update blog belakangan ini. Sibuk sangat atau kekeringan modal bercerita. Sejak balik bercuti haritu tak ada kisah hangat inign diperkatakan. Hanya kerja kerja dan kerja. Maklumlah, aku kan nak kumpul duit untuk next vacation. Hadoi la~ sangat-sangat berharap tidak berlaku sesuatu diluar jangkaan. Sangat-sangat aku nantikan tahun hadapan.

Sebenarnya aku dalam keadaan kekeliruan. Atau mungkin boleh dipanggil confius kot. Begini kisahnya:

1. Aku pasang Implanon 3 tahun lepas (siapa tak tahu implanon sila google sendiri. Orang dah kawin biasanya mesti tau implanon tu apa.. secara logiknya lah). Aku pasang selepas habis pantang dan tarikh expired Implanon aku adalah pada 26 jun 2011 (seperti tertulis pada kad)

2. Aku tak remove lagi implanon itu walaupon tarikh expired dah sebulan lebih.

3. Kerana aku curious dan risau, jadi aku google. Jadi sekarang ni ada banyak fakta yang berc…

apalah sangat...

Image
Last week (kalau tak silap aku lah) maksud aku minggu lepas balik dari Langkawi tu, ada job makeup lagi. Wah~ dari pagi sampai ke tengah hari berkampung kat rumah pengantin. Pagi tu aku makeup 4 orang ahli keluarga. Pastu semua orang pergi masjid untuk majlis nikah. Aku stay kat rumah. Hohoho~ macam tuan rumah pulak. Kekok betul rasanya kena tinggal sorang dalam rumah orang asing. hihihi~

Pukul 11.30 pengantin balik, aku siapkan pengantin pulak. Alhamdulillah, by 12.30 siap dah pengantinnya. Mereka semua terus shoot ke tasik sebab pengantin kena naik bot mengelilingi tasik ke restoran untuk majlis resepsi. Meriah kan? Aku bayangkan lah meriah.. sebab lepas habis makeup tu, husband aku jemput terus balik. On the way balik kami lalu depan tasik, tu yang nampak suasana meriah. Wah wah wah~ penuh bangga aku tunjuk kat hubby yang aku le di balik tabir majlis tu (walhal aku tukang mekap aje... bukan event management pon kan. wahahaha~!)

Seminggu lepas majlis berlangsung, aku dapat comment ka…

Holiday 2011: Langkawi island. (sinopsis)

Setelah memikirkan yang entry berkenaan langkawi ini akan mengambil masa yang lama, memerlukan beberapa entry untuk habis, dan gambar tersangat banyaknya, maka aku telah arrange entry ini terbahagi kepada 5. Ya kawan-kawan, 5 entry (tidak termasuk entry ini) untuk aku bahagikan holiday trip lepas berdasarkan 5 hari kami di sana. Jadi, 5 hari = 5 entry.


Tapi korang tak perlu risau andaikata malas nak baca karangan yang panjang berjela. Aku tak akan tulis karangan. Hanya short notes, dengan info yang selengkapnya untuk panduan orang lain yang ingin ke sana kelak. Dan.. gambar aku akan pastikan ada BANYAK ye kawan-kawan. Sebab kebanyakan masa, gambar lebih mudah untuk berbicara dari tulisan.

(mungkin entry pertama ini sahajalah yang paling banyak tulisannya.)

Sedikit info tentang holiday kami kali ini:
1. Telah dirancang sejak tahun lepas lagi. Tiket Air Asia ditempah tahun lepas ketika Promo. Dapat tiket berharga RM1 seorang sehala. Kami cuma bayar total RM161 untuk return flight (pergi…

Langkawi Island Part 1: dari LCCT ke Langkawi Seaview

Image
Tarikh: 7/7/2011 Day 1




Flight sepatutnya pukul 10.20 pagi. Dah check-in. pukul 10 dia cakap delay 3 jam. Adooyai. Jadi flight kami pukul 1.20. Kerana itu, Air Asia telah memberi setiap penumpang Burger Mc Chicken dan air mineral. Jadilah... buat alas perut. At least takde lah rasa nak marah sangat sebab perut masing-masing kenyang. Punggung aje sengal, lama sangat duduk. nasib baik ada Ipad, jadi Juwita behave aje sepanjang masa tu.



Flight ambil masa dalam 50 minit. Sampai sana driver Langkawi Seaview dan tunggu dengan sepanduk. Terus masuk kenderaan dan shoot ke hotel. Hotel Langkawi Seaview ni terletak di pekan Kuah.

info: One way Airport pick up ni aku tambah dalam pakage tu. Additional RM20/person per way. jadi aku tambah RM40 untuk diorang pick-up kami di Airport.

bilik delux ada 2 balcony besarrrr!

Aktiviti petang ke malam hinggalah pagi esok:
1. Tido. (letih wooo.... flight delay)
2. main Ipad
3. Swimming. (hotel ni ada swimming pool, walaupon tak besar mana, tapi jadilah..)
4. Di…

Langkawi Island Part 2: half day city tour

Image
8/7/2011 Day 2


Hari ke-2 di Langkawi. Aktiviti kami adalah City Tour by car yang telah di arrange oleh pihak hotel.

Pakcik driver aka pemandu pelancong. Dia ni taxi driver juga.

Pakcik driver sampai pukul 9 pagi, dan kami terus gerak tanpa membuang masa. Dalam perjalanan, pakcik driver arrangekan perjalanan kami. Jadi kami setuju dengan rancangan berikut:
1. Oriental Village, Cable Car
2. Beras terbakar
3. Makam Mahsuri


Oriental village.
Boleh nak jalan-jalan dalam ni. macam-macam kedai dan aktiviti ada... tapi kami proceed terus ke cable car. lagipon pagi lagi, tak banyak kedai dah bukak.



Cable Car
Mengikut kata pakcik pemandu pelancong, kalau tak naik cable car, macam tak ada maknanya datang Langkawi. A Must Try. Jadi, Letak tanda Wajib kat cable car yeh. Tiket berharga RM30 untuk dewasa, Juwita kena RM20. Kalau datang time happy hour (pukul 5 -7 petang) dapat separuh harga.

Gambar dalam cable car diambil oleh couple arab dari Lebanon. Honeymoon kot, lupa pula nak tanya. Aku tengok wife dia …

Langkawi Island Part 3: Island Hopping

Image
9/7/2011 Day 3

Aktiviti hari ke-tiga adalah Island Hopping by boat. weeehuuuu! naik bot!! Island Hopping ni termasuk dalam pakage yang kami ambil. Jadi tak perlu nak beratur beli tiket lagi kat jeti.


Seperti semalam, lepas breakfast kami tunggu tour guide kat lobby hotel. Pukul 9 tepat pakcik driver datang bawak kami ke jeti. Tunggu kat jeti kejap, pukul 9.30 baru naik bot. Speed boat hokey~

silau la...
Juwita tak puas hati sebab dapat jacket besau. Nengok le handbag dia tu. tak tinggal!
happy lepas ajak main air kat tepi bot...

Pulau-pulau yang kami cover adalah:
1. Pulau beras basah
2. Pulau dayang bunting. Pergi tasik dayang bunting
3. Watch eagle feeding. Dalam 10 ke 15 minit.
Semua aktiviti ni mengambil masa 4 jam dari start gerak dari jeti Kuah sampai lah pulang semua ke jeti Kuah.


Pulau Beras Basah. - 1 jam stop untuk mandi manda atau picnic

Ambil masa dalam 30 ke 40 minit jugak nak ke pulau ni walaupon bot kami tersangatlah laju. Jauh juga dari Jeti. Tapi sampai sana memang berbaloi-ba…