kehendak belia masa kini

Makin aku perhatikan golongan muda masa kini, jauh beza dengan golongan yang lebih berusia (read: ibu bapa, serta golongan berusia 35 tahun keatas) dari pelbagai aspek. Bukan nak cerita pasal cara pemakaian, gaya bahasa, penampilan dan gaya hidup, tapi lebih kepada cara berfikir.



Kahwin muda.


Habis belajar dulu aku kerja dekat 2 tahun. Pastu aku kahwin. Hehehe~ kahwin muda. Masa zaman aku kahwin tu, tak ramai orang kawin muda. Tapi laa ni, aku tengok ramaaaaaiiiii orang kahwin muda. Dah jadi trend pulak untuk orang masa kini. Kalau aku pergi makeup sana sini tu, borak-borak dengan pengantin, ada pengantin tu masih belajar. Bakal suami studi oversea. Dia sendiri pon belajar lagi. Cool aje mak pak bagi green line anak mika kawen.


Heh, aku gerenti lah, perkara ni takkan terjadi masa zaman mak aku muda mudi dulu. Selagi kau tak habis belajar, jangan berani kau sebut perkataan kahwin. Dah habis belajar pon belum tentu ada keberanian nak pinang anak orang. At least kena kerja barang setahun dua, dah ada jawatan dalam kerajaan, ada motor atau kereta... baru lah kau boleh pinang anak orang. Tapi itu duloooooooo~~~ zaman sekarang tak dahhhhh. Kau nak kawen? ok je. bapak sponsor Pakage Diraja Pak Ungku.




Young and educated "Stay at home mom" (SAHM)


Owh. Ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat yang aku kenal, kawan-kawan aku, rakan FB, sana sini yang aku jumpa, adalah ibu muda (ye lah kan, dah kawin muda), yang berijazah di universiti terkemuka, yang berhenti kerja semata untuk menjaga sendiri anak mereka. Ini aku bukan cakap random, tapi memang serius ramai. Menjadi Stay-at-home-mom (SAHM) telah menjadi pilihan favourite untuk ibu-ibu muda masa kini. Mengapa? Kalau kau tanya aku, aku boleh list kan sampai 10 alasan mengapa aku pilih untuk menjadi SAHM at the first place.


Antara sebab general? Wang dan pangkat bukan lagi satu perkara yang digila-gilakan. Tambahan lagi, bila si ibu muda perlu memilih komitmen antara kerja dan keluarga, obviously mereka akan memilih keluarga. Itu beza orang zaman sekarang dengan orang zaman ibu bapa kita. Cara pemikiran sudah berubah. Menjadi graduated stay-at-home-mom bukanlah sesuatu yang memalukan keluarga, bangsa dan agama lagi. Tapi ia telah menjadi satu 'option' oleh wanita yang bergelar ibu dan dipandang murni serta dihormati segenab pihak (bagi orang yang terbuka mindanya. Ada juga segelintir yang masih ditakuk lama yang masih memandang serong ibu yang tidak bekerja. Lebih-lebih lagi jika si ibu ada ijazah)


Aku kenal seorang ibu yang ada master in graphic & design. Dia dah jadi senior designer kat company, malah kesayangan bos lagi. Tapi dia quit untuk jaga anak sendiri. Katanya, "satu hari, aku jemput anak aku dari nursery. Anak aku tengah tidur. Pengasuh tu cerita lah, harini anak aku dah boleh cakap mamama, dah pandai itu, pandai ini, gigi macam dah nak tumbuh... aku terpikir... eh, kat mana aku masa anak aku membesar? Sikit pon aku tak rasa joy. Kenapa orang lain yang kena bagi tahu perkembangan anak aku?" Terus dia quit job dia, jaga anak sendiri, semata nak tengok anaknya membesar depan mata.




Self employ


Bila si ibu sudah tidak bekerja, sedikit demi sedikit dia akan gain income sendiri. Lama-lama dia jadi work-at-home-mom (WAHM). Bekerja dengan diri sendiri, manage masa sendiri, sambil menjaga anak sendiri.


Si ibu yang aku cerita kat atas tu, akhirnya dia buka sendiri daycare. Sebab sepanjang dia jaga anak sendiri, dia banyak buat research pasal children development. Lepas tu dia terus tertarik pada bidang itu, dan terus apply buat daycare. Sekarang ni, dia dah ada banyak pekerja (daycare dia berdaftar ye. Semua pekerja ada sijil dan menepati syarat rumah asuhan kanak-kanak), dia sambung belajar sarjana muda, berkaitan berkembangan kanak-kanak.




Belajar tinggi-tinggi tak semestinya last kena makan gaji kerja bidang yang berkaitan.


Hohoho~ ini pon macam dah jadi pattern pulak sekarang. Kalau kau jumpa sorang member kau yang dah kerja, cuba kau tanya dia kerja apa. Mesti tak de kaitan pon kursus yang dia ambil tu dengan kerja dia sekarang. (Kecuali lah kalau kau memang tau dia ambil kedoktoran, dan sekarang dia dah jadi doktor pakar. Takkan lah ambil architecture boleh jadi doktor pulak kan). Bidang macam doktor, jurutera, arkitek tu semua bidang yang khusus. Kau takkan boleh ambil degree lanscape, tapi akhirnya kau jadi doktor bedah.


Zaman sekarang ni, perkara biasa kalau kau dengar orang tu ada ijazah kedoktoran, tapi buat tanaman cili fertigrasi. Si anon tu pulak, ada master dalam electrical engineering, tapi buat perusahaan kambing. Anak si polan-polan, dulu belajar kat oversea architecture, balik sini bukak cafe jual red velvet dengan kopi expresso. Biasa dengar bukan?


Ni aku nak cerita, course aku masa final sem tinggal 6 orang walhal kitorang start masa part 1 dengan 45 orang. Sudahnya yang betul-betul jadi interior designer? Boleh kira dengan sebelah tangan je weih~ Selebihnya? Ada yang kerja belakang tabir dengan Astro, ada yang jadi stewardess, jadi coach horse riding, makeup artist, Internet Marketing, usahawan kecil sederhana, peniaga, self employ, freelance, business man........ so? nak kata apa? Nak kata mereka tak berjaya, bila reunion masing-masing kereta hebat-hebat....





Fenomena dah berubah. Zaman dah tak sama. Cara belia masa kini berfikir pon dah tak serupa dengan cara ibu bapa mereka fikir. Mungkin lah, akan ada percanggahan pendapat dan idea antara orang baru dan orang lama. Tapi percayalah, kami ini lah belia generasi baru yang akan menentukan masa hadapan negara.


Have some faith in us, kerana apa yang kami perlukan adalah peluang dan ruang untuk kami menunjukkan potensi diri kami. Mungkin apa yang biasa pada golongan lama sudah tidak releven lagi pada generasi masa kini. Jangan lah terus menentang, tapi berilah lami peluang untuk membuktikan, bahawasanya kami ini layak mendukung amanat bangsa dan negara. (kenapa perenggan penutup aku ni berbaur syarahan hari belia?)








~ kenapa tah aku merepek tajuk nih.
~ sekadar berkongsi pendapat sendiri.

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku