salute to the nature

salute to the nature

Tuesday, June 14, 2011

cirit birit, vaksin, maharaja lawak, Nabil bosan, Jozan menjadi-jadi, Langkawi vacation

Harini aku agak lumpy sebab kena cherry berry. Aku syak sebab malam tadi aku makan 3 ulas cili api. Cheh, aku makan tak rasa pedas ape ponnn... rupanya pukul 5 pagi tadi dia mula... mula memulas dan sehingga sekarang, rekod adalah 5 kali ke bilik kecil. Tapi dah ada perkembangan positif. Contraction yang kerap pagi tadi dah kurang kekerapannya, dan tahap kesakitannya pon dah kurang (kurang, tapi still berkerut-kerut juga lah muka menahan sakitnya). Hehehe~ contraction? ye, aku menyamakan contraction dengan kepedihan cirit birit (bukan memulas ye). Tak banyak pon bezanya. Lebih kurang je rasa... cuma benda nya lain-lain. Cukup.


Pagi tadi, mau tak mau, terpaksa juga proceed dengan vaksin dan dewormed Lulu Lola. Kalau tak buat, makanya kena ulang balik dari mula. Jadi aku gagahi jua diri membawa perut yang lara ini ke vet. haish~~~ Nasib baik ada kurang sikit la masa tu. Selesai vaksin dan dewormed dalam anggaran 5 minit termasuk sedikit konsultansi. 6 minit lagi masa menunggu, sebab ada customer lain semasa aku tiba dengan masalah kucingnya yang agak teruk O__O.


Lulu budak baik. Tak meronta, tak panik, tak protes. Akur sahaja dengan keadaan. Suntik dan suap ubat. Doktor cakap-cakap, dan kemudian aku bayar. Habis cerita. Next month datang lagi untuk vaksin terakhir. :) :) :)


Kerana perut aku meragam, hilang mood nak buat segala benda. Lepas hantar Lulu pulang ke rumah, aku masuk office semula. Pastu, main Angry Bird kat google chrome. Bosan, aku tengok Maharaja Lawak kat Youtube. Aku tengok Jozan dengan Nabil aje. Nabil makin bosan. Jozan menjadi-jadi. Habis sampai episod 9, aku dah mati kutu.


Owh, sebab TERtengok schedule, maka ternampak la yang rupanya bulan depan kami ada family vacation ke Langkawi. Wah!!!! tetiba fefeeling excited kan~ terus google penginapan, tempat menarik untuk dilawati serta pakage-pakage island hoping dan aktiviti yang boleh dibuat di sana. WOW! Terus mood nak bercuti datang. Buat beberapa jam, sakit perutku hilang entah kemana. Mungkin sebab terlebih excited. -__-'


Bila dah berpinau mata, baru aku stop. Eh, aku kalau google pasal percutian, penginapan, pelancongan ni semua... jarang aku booking terus online tau. Google tu untuk reference aje. Sekadar untuk mendapat gambaran harga, lokasi, suasana, dan melihat-lihat kawasan aje, sebelum diterjah kemudian hari. As usual, laki aku suka konsep terjah menerjah dari booking membooking. hahaha~


Apapon, tiket flight wajib la booking setahun awal kan... ehahaha~!


Itulah aktiviti aku hari ini, membawa perut yang lara sambil gigih menulis blog jua adanya. Sekian, terima kasih.





~ sampah sangat entry aku
~ amikk kau tajuk. Semua nak tulis~ tu namanya caca marba.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails