Posts

Showing posts from June, 2011

What's in your bag?

Image
Sometimes i wonder, bila tengok orang keluar jalan-jalan bawak purse kecik aje. Ada yang bawa handbag, tapi alaaahai, setakat muat wallet dan sepeket tisu je kot. Kenapa aku pelik? Sebab aku kalau keluar, macam-macam benda nak kena bawa. Even my LC satchel pon (u know lah kan LC punya satchel bukanlah kecik sangat, nak kata besar pon tak le besar mana. Standard size lah) buncit aje sebab penuh dengan isi. Kalau keluar dengan satchel ni, kiranya paling minima lah tu barang yang aku bawa. Itu pon rasanya dekat 2kg juga beratnya.

Seriously, aku tak bleh la dengan beg-beg kecik nih. Dulu, masa Juwita baby lagi lah pulak kan. Aku ni bukan jenis suka bawak beg baby, beg napkin segala. Semua aku nak sumbat dalam beg aku jugak. Laaagilah bertambah berat. Sekarang ni, Juwita dah tak baby sangat pon beg aku tetap menten besar.

Pernah, aku cuba untuk minima kan lagi barang yang aku bawa dalam beg. Masa tu saje je gatal nak pakai henbag kecik. End up hari tu adalah total mess bagi aku. Aku kena ma…

Jawab telefon biar betul beb.....

Situasi 1

" hello, reservation please" (aku fefeeling omputih)
" yes, speaking"
" saya nak booking 1 bilik deluxe pada 10 julai. Boleh check ada kekosongan ke tak?" (tetiba jadik melayu balik. kang aku speaking kang dia ingat aku dari denmark pulak kan...)
" cik tinggalkan nombor telefon, nanti kita get back to you?"
" ok, nombor saya 01*-******."
" ok thank you for calling G*** V*** Resort"

sampai ke sudah tak de sesapa wakil resort tu call aku. Hampeh.



Situasi 2

" Hello, saya call dari ***. Ni syarikat bas T***** kan?"
" haah~~"
"boleh ke saya tahu bas nombor XYZ1234 dah sampai terminal ke belum?"
" mana saya tahu. kita bukan pakai GPS nak detect bas dah sampai mana~!? dia bertolak dari mana? ke mana?"
" owh, bas tu dari X ke Y. boleh ke saya tahu dia bertolak pukul berapa?"
" ............................................................................................................…

'undescribe-able' feeling~ totally overwhelm

excited.


right now, all i need is
: tote bag : flipper : sunglasses : long ruffle skirt / kain pario : xtra swimming suit

we are going to hooooooolidaayyyyyyyyyyyyyyyyy~~~ yay~yay~

and.. oh...! mai oh mai.... did i tell you that...

I LOOVVVVEEEEEE "BEFORE-VACATION-SHOPPING HAUL" SESSION~~~!!!!

Muaxs~

kehendak belia masa kini

Makin aku perhatikan golongan muda masa kini, jauh beza dengan golongan yang lebih berusia (read: ibu bapa, serta golongan berusia 35 tahun keatas) dari pelbagai aspek. Bukan nak cerita pasal cara pemakaian, gaya bahasa, penampilan dan gaya hidup, tapi lebih kepada cara berfikir.


Kahwin muda.

Habis belajar dulu aku kerja dekat 2 tahun. Pastu aku kahwin. Hehehe~ kahwin muda. Masa zaman aku kahwin tu, tak ramai orang kawin muda. Tapi laa ni, aku tengok ramaaaaaiiiii orang kahwin muda. Dah jadi trend pulak untuk orang masa kini. Kalau aku pergi makeup sana sini tu, borak-borak dengan pengantin, ada pengantin tu masih belajar. Bakal suami studi oversea. Dia sendiri pon belajar lagi. Cool aje mak pak bagi green line anak mika kawen.

Heh, aku gerenti lah, perkara ni takkan terjadi masa zaman mak aku muda mudi dulu. Selagi kau tak habis belajar, jangan berani kau sebut perkataan kahwin. Dah habis belajar pon belum tentu ada keberanian nak pinang anak orang. At least kena kerja barang setahun d…

Rutin seorang pembela kucing jenis longhair

Image
Rutin seorang pembela kucing longhair.

Pagi antara pukul 7 ke 7.30, Lulu dah ketuk-ketuk pintu sambil mengiau-ngiau depan bilik kami kat atas. Kejutkan lah tu.... ajak main, nak makan... hihihi.

Aku turun bawah, isi bekas makanan dia. Lulu makan dengan rakus, kadang tu sambil bunyi-bunyi pulak tanda konon lapar sangat lah tu (kalau aku turun lambat). Air aku tukar. Sambil dia makan, aku belai-belai dia.

Masa dia makan jugak, aku kemas bekas pasir dia. Buang poo dalam tu, kemas area tu dari pasir-pasir yang terkeluar, sembur kennel wash (disinfect area tu la)

Lulu akan berhenti makan sekejap sebab dia nak main. So, main sekejap dengan dia sampailah dia termengah-mengah. Kadang tu sampai terjelir-jelir lidah kepenatan. hahaha~ Aku suruh dia minum, pastu aku pastikan dia pee dan poopoo sebelum dia boleh masuk bilik tidur aku. (kalau tak, habislah tilam dia pee kan kat situ)



Sambil aku mandi, Lulu main kat dalam bilik. Kadang main dengan hubby, kadang main dengan Juwita. Kadang dia main dalam …

perkara utama sekali yang saya nak buat masa holiday adalah....

Perkara pertama sekali yang saya nak buat masa holiday adalah......


1. Jump on swimming pool dan berenang 20 laps (mampoo ke.. ehaha).
Oleh itu, mulai sekarang, saya perlu ikat perut sket, dan buat push up hari-hari. Tak mo la pakai swimming suit nanti nampak boroi plak kan. Mesti lah nampak 6 pax, baru lawaaaaaa~ (tengkorak mu)

Kalau sempat, mesti pergi pusat maritim sekali dua untuk asah semua skill berenang ku yang kian pudar iteww. Gile lah, dekat 2 bulan tak swim. Entah jadi entah tidak aku buat breaststroke, freestyle semua. Kalau dapat master freestyle gaya total immersion alangkah endahnya dooniaa~~

2. tidur sepuas-puasnya
Seboleh-bolehnya, percutian kali ni taknak pack sangat. Nak rilek-rilek aje.. satu hari ada satu ke dua aktiviti pon cukup. The rest of the day, saya nak bergelumang dalam selimut (selain bergelumang dalam air klorin lah kan....

3. Berendam dalam bathtub
Hihihi~ kalau boleh nak berendam lama-lama, hari-hari. Seronoknya.... (nak bawak la milk bath aku. boleh bu…

Wong Solo

Image
Ini kan, bila punya makan-makan tah. Ada satu malam tu, mati kutu tak tau nak makan apa, dok pusing-pusing dalam Shah Alam akhirnya jumpa Sekinchan Ikan bakar. Ye, kat Shah Alam dah ada satu cawangan dia. Tak payah nak gi Sekinchan dah nak makan. Tapi.................................

Kitorang bukan makan kat Sekinchan Ikan Bakar tu. Hehehe~~~ Kitorang makan kat Wong Solo. Pon dah ada cawangan kat Shah Alam gak. Kalau tak silap sebelum ni ada kat Bangi Kot... kot la.. aku agak aje. hihi~

Wong Solo ni restoren ayam penyet. Lebih kurang dengan Waroeng Penyet la... tapi tak boleh celen jugak Waroeng Penyet punya sambal yang super howt tu. Tapi ayam dia sedap, panasssss~~~kicap dia pon best. Authentic dari seberang. Owh, baru aku teringat, ayam penyet paling tak sedap, kat ayam penyet AP. hahaha~

Lagi satu, perasan tak lauk terung kat gambar atas tu? Sedap wooo~~~ rasa unik yang sedap sebab aku syak dia letak cekur. (standard la masakan belah sana banyak pakai cekur. Maid mak aku dulu pon suk…

cirit birit, vaksin, maharaja lawak, Nabil bosan, Jozan menjadi-jadi, Langkawi vacation

Harini aku agak lumpy sebab kena cherry berry. Aku syak sebab malam tadi aku makan 3 ulas cili api. Cheh, aku makan tak rasa pedas ape ponnn... rupanya pukul 5 pagi tadi dia mula... mula memulas dan sehingga sekarang, rekod adalah 5 kali ke bilik kecil. Tapi dah ada perkembangan positif. Contraction yang kerap pagi tadi dah kurang kekerapannya, dan tahap kesakitannya pon dah kurang (kurang, tapi still berkerut-kerut juga lah muka menahan sakitnya). Hehehe~ contraction? ye, aku menyamakan contraction dengan kepedihan cirit birit (bukan memulas ye). Tak banyak pon bezanya. Lebih kurang je rasa... cuma benda nya lain-lain. Cukup.

Pagi tadi, mau tak mau, terpaksa juga proceed dengan vaksin dan dewormed Lulu Lola. Kalau tak buat, makanya kena ulang balik dari mula. Jadi aku gagahi jua diri membawa perut yang lara ini ke vet. haish~~~ Nasib baik ada kurang sikit la masa tu. Selesai vaksin dan dewormed dalam anggaran 5 minit termasuk sedikit konsultansi. 6 minit lagi masa menunggu, sebab ada …

Sekitar cuti sekolah bersama Maksu Ain

Image
(entry balas dendam... banyaaaakkkk gambar. Harap maklum)

Haih... cuti sekolah masih bersisa 2 hari. Jadi aku rasa masih valid lah untuk aku sambung penceritaan pasal girly-girly outing aku dengan dear sis Ain last week. Yelah, last entry pasal ni tak de gambar sebijik pon. Harini aku post gamba sekali. Baru puas hati nak cerita kan =)

Ain sampai hari Khamis. Tapi Khamis tak buat apa pon. Makan kat mamak, lepak kat office. Petang balik rumah. Malam tengok TV. Cheh.. aku tulis ni pon nampak bosannya ya hamat. haahaha~!

Jumaat, lepas hantar Juwita gi taska (which is as usual Juwita kena morning sickness. haha) kitorang masuk office jap, sebab aku nak mekap-mekap dulu. Pukul 10 gerak gi Aeon Bukit Tinggi. Dijangka akan sampai pukul 10.30 laa.... TAPI harapan. Aku sesat barat nak gila, sampai Aeon pukul 11.45. BAYANGKAN!!!!!! sejam 45 minit nak ke Bukit tinggi?? Apa jadah tah... boleh sampai Jusco Melaka kot~~~

Sampai je terus tak buang masa. Jalan je laju-laju sebab haus hahaha~ Pastu teru…

Anak yang super pemalu = low confident level

aku tak pasti berapa ramai parent kat 1Malaysia ni mengalami masalah yang sama dengan aku, iaitu anak perempuan umor 3 tahun yang tersangatlah pemalunya sampaikan kita naik geram sebab bila dia taknak get well dengan masyarakat, dia akan nampak rude gila especially bila berdepan dengan mak-mak sedara, atok nenek, uwan dan segalanya. (well, bangsa kita kan penuh budi bahasa, sopan santun dan hormat menghormati. Mana-mana aku pergi orang akan expect budak kecik tu akan baik, shake hand, terus rapat mesra alam dengan orang yang baru dia jumpa tu, especially kalau dengan atok atau neneknya lah)

Bagi aku, secara peribadi, aku kenal anak aku. Aku tahu Juwita sangat pemalu. Dan aku tak paksa dia. Slowly lah kan, benda ni mana boleh jadi serta merta. Budak tu 3 tahun kan... Takkan nak expect dia tahu semua. Mana yang rude mana yang tidak pon dia belum habis katam. Tapi aku search jugak berkaitan dengan 3 year old behavior ni. Aku search lagi pasal preschooler social skill, perangai, sikap, pe…

Cuti sekolah. Layan je lah~~

Betapa lamanya aku tak update blog ini. Haish~~~

Adik aku Ain datang rumah aku, school holiday kan... so dia bercuti sakan lah. Kitorang pi shopping, jalan-jalan, naik komuter, naik LRT... wahahaha~! kenangan betul! Dengan hangkut Juwita sekali naik public transport, memang pengalaman betul. Juwita lah paling excited, naik Chuggington katanya~~ thee hee hee~~~ Sampai rumah semua orang pengsan. Bayangkan, pergi naik keta hubby hantar, took about 45 minutes aje. Balik naik public transport, 3 jam lebih!!! Kira sekali setengah jam lepak kat Starbuck KL Sentral, genab 4 jam perjalanan pulang. Hamikkk!!

Afterall, bagi aku naik public transport ni fun (LRT, Komuter, Taxi dan bas express maksud aku. bas perantara tidak di kira) Komuter pon better dah sekarang. Sejak dah ada Ladies Coach ni aman tenteram lah nak masuk dan duduk dalam tu. Tak de lah risau jantan gila kaki raba dan kaki gesel. LRT pon ok... tapi jangan peak hour lah... hehehe. Tapi, walaupon fun, tak bermakna aku akan menjadikan …

Mini chicken pie

Image
Last Saturday aku buat Chicken Pie Mini. Actually, aku cadang nak buat chicken pot pie, tapi dok termenung kat dapur memikirkan alatan, baru sedar rupanya aku tak ada so call 'pot' nak buat chicken pot pie tu. Kalau nak buat chicken pot pie, at least kena ada oven proof mini bowl baru boleh masuk oven nak masak kan =) So, proceed dengan chicken pie mini aje.

Tengah hari tu, gigih drive ke Tesco Setia Alam beli barang yang perlu. Hubby ke office walaupon demam teruk O__O. Bayangkan, dia dengan demam dan sakit kepalanya, kena juga siapkan kerja hari sabtu tu. Antara sebab la juga asalnya kenapa nak buat chicken pot pie kan, tapi dah tak jadi haha~

Jadilah minum petang hari Sabtu kami adalah pie ayam. Aku buat 4 ketul, Juwita makan seketul. Aku makan 2 ketul. haha~ hubby tak makan pon sebab hilang dah selera dia petang tu. His demam getting worse dengan tekak pahitnya, kepala sakitnya... so aku suruh dia tidur aje lepas makan beberapa suap nasi, ubat dan 100 plus. Eh? 100 plus? ha…