sambutan hari ibu Juwita

Ok. Semalam hari Isnin kan. Aktiviti Juwita kat taska adalah membuat kad ucapan selamat hari ibu. Tiap-tiap kelas lain-lain kad ucapan. Ada yang buat kad besar dengan cop kaki masing-masing kat kad tu, dengan nama tiap orang budak kelas tu. Aku rasa tu kelas budak umur 4 tahun. Ada jugak yang buat lukisan. Kelas Juwita pulak, kelas budak 3 tahun, buat individual card dengan teknik kolaj.


Ye, sekali pandang pon aku dah tau teacher dia tolong 70%, dan Juwita buat 30% aje. Ahahaha~ tapi sangatlah aku tersentuh~! ish~~~


Hati ibu kan, bukannya susah sangat nak di sentuh. Hanya dengan DIY card yang sangat simple, dengan tulisan Happy Mothers Day, pastu kat bawah tulis Juwita... cukup buat hati aku cair secair-cairnya. (tapi boleh bagi kredit kat aku sebab aku tak berjurai-jurai dan melalak ok. Aku menten je cool walaupon dalam hati dah kembang semangkuk)


Tak perlu makan malam sedap, tak perlu hadiah besar, tak perlu iphone4, hanya senyuman ikhlas dan sinar mata dibalik kad manila sebesar A4 itu cukup untuk menghilangkan lelah dan amarah.


Tidak ada apa yang lebih membahagiakan seorang ibu selain dari kegembiraan di mata anaknya. Dan tidak ada yang dapat menghilangkan kegusaran hati seorang ibu apabila melihat anaknya kecewa.


Dan, melihat kemesraan seorang anak dan bapa, adalah hadiah yang paling bermakna buat seorang ibu.


Terima kasih tuhan kerana kau memberikan aku nikmat menjadi seorang ibu. Tidak cukup dengan itu, kau berikan anakku seorang bapa yang penyayang dan lembut hatinya. Maka tidak ada apa lagi yang mampu ku pohon dari mu ya Allah, selain dari menjaga hati kami untuk terus saling cinta mencintai serta sayang menyayangi. Dan jauhkan lah diri kami dari bisikan syaitan dan perasaan benci.


Ku sujud syukur padamu ya Allah... kau mekarkanlah cinta kami ini sehingga ke hujung nyawa. Aminnn~~





Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku

bon voyage!!

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Bermalam di Concorde Hotel Kuala Lumpur