persediaan mana yang perlu

Sana sini sibuk orang buat persediaan. Tapi betul ke persediaan kita tu? Mana satu yang perlu didahulukan, mana satu yang lebih penting..


1. Orang sibuk buat persediaan untuk majlis perkahwinan. Persediaan menempuh alam rumah tangga bagaimana pula?


2. Orang sibuk buat persediaan kelahiran anak pertama. Persediaan diri nak jadi ibu dan bapa macam mana pula?


3. Orang sibuk buat persediaan kenduri doa selamat nak pergi haji. Persediaan diri dan niat ke tanah suci bagaimana?


4. Orang sibuk buat persediaan itu ini nak pergi bercuti. Pengisian percutian itu pula bagaimana?


Kadang kala kita terlepas pandang perkara yang jauh lebih penting kerana khayal dengan luaran yang indah-indah. Tapi sebenarnya, isi di dalamnya itu yang perlu kita persiapkan betul-betul, bukan hanya takat cantik molek di luar sahaja.


1. Jangan majlis perkahwinan sempurna, tapi rumah tangga cacat cela

2. Jangan anak disambut girang gembira, tapi akhirnya hantar orang tua jaga

3. Jangan kenduri hebat mengalahkan raja, tapi haji entah kemana

4. Jangan packing baju beriya-iya, tapi percutian penuh hampa.


Orang kata, "rancang perjalanan anda."


Tapi aku rasa lebih tepat kalau kita kata, "Rancanglah dahulu, persediaan mana yang lebih utama."





~ bermadah pujangga pula aku di petang khamis nan hujan ni. hik hik hik~ (gediks)

~ Ingatan untuk diri sendiri, sebab seringkali kita sendiri alpa dengan cantiknya warna pelangi, sampai lupa pulak nak angkat kain di ampaian... hujan panas...

~ Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai (ada kena mengena ke???)

Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?