salute to the nature

salute to the nature

Monday, May 30, 2011

Nasi Diva Juwita


Juwita kalau makan nasi, tak ada maknanya dia nak makan kat pinggan biasa. Mesti kat pinggan dia yang colorful tuh, tak pon dalam mangkuk seramik minnie mouse dia. Kalau pinggan colorful tu yang jadi pilihan, pastikan kau tanya dulu nak pakai kaler ape. Kang tak pasal kau dah isi nasi lauk segala, tiba dia nak makan terus mangamuk. Sebabnya dia datang mood nak pakai pinggan purple, kau pulak main tibai bagi pinggan yellow. Ah, parah-parah. Memang diva sungguh!




Pastu, kanak-kanak ni, memang unpredictable. Semalam elok dia gatah telur dadar, harini entah datang angin mana, tak suka pulak telur dadar. Tengah hari tadi dok bertambah nasi lauk ayam, tiba dinner, sesuap ayam pon takmo pulak. Nak nasi carrot aje. Sesungguhnya jadi ibu kepada kanak-kanak yang sedang membesar memang menduga keimanan dan ketakwaaan ya amat! Kalau tak cukup sabar, tu yang melenting sana sini tu.


Aku pernah melawat seorang kawan yang sedang berpantang dan mendengar dia kata, "cepatlah baby ni besar. Senang sikit nak jaga. Tak larat dah." Aku senyum. Tak tau nak komen apa, sebab aku tau, memang susah pon masa pantang ni. Nak jaga diri, jaga baby. Baby pulak bukan 44 hari behave. Ada ketika melalak sepanjang malam. Ada ketika kembung, merengek, taknak tido. Kalau masa baby elok pon, tidur kita takkan cecah 4 jam straight. 3 jam sekali nak kena bagi susu badan. Jadi aku tak komen apa-apa.


Well, aku pon pernah dengar gak orang cakap, "cepat lah boleh jalan budak ni. Senang tak payah dukung lagi" well, aku gelak je dalam hati. Sebab, aku pon pikir macam tu gak dulu. Tapi bila Juwita dah lepas fasa belajar berjalan, dia takmo jalan pulak. Dulu masa tak pandai jalan, sibuk nak jalan. Tak bagi orang pegang. Marah kalau orang dukung. Sekarang dah boleh jalan sempurna, takmo pulak jalan, Berduuuuuukungggggggggggg aje. Jalan sikit, dah mengadu penat. haish~~ Jadi aku gelak dalam hati aje. Biarlah si ibu itu tau sendiri. Kalau aku cerita pon, macam lah dia boleh terima sangat.


Pada suatu ketika yang lain, aku mendengar keluhan seorang ibu pada hari pernikahan anak perempuannya, "cepatnya masa berlalu. Terasa macam baru semalam aku susukan dia dalam pangkuan. Besar ni je kepala dia dulu (sambil tunjukkan tapak tangan dia) Nak kawin dah rupanya. Cepatnya rasa" Tersentuh aku di situ. Terkesima dan terkedu.






~ hargailah masa kini kerana ia tak akan berulang kembali.

~ Saat anak-anak membesar adalah saat yang paling berharga bagi seorang ibu. Sekali kita terlepas, ia takkan datang kembali.

~ Kurangkan mengeluh kerana kelak sendiri akan menyesal kerana kurang menghargai

~Just cherish the moment.

Friday, May 27, 2011

Sale sedang di mana-mana

Nak kata apa pon katalah. Aku ni cheapskate ke hape, tapi aku memang pencinta sale tegar. Well, my friend, aku rasa memana manusia pon suka lah bila time sale menjelma. Nak nak lagi bila brand kegemaran kita yang sedang sale. Wuiiii~~~~ sanggup amik cuti woo pi terjah sale!


Tapi satu lah masalah aku. Time sale tu lah duit aku tak berapa nak banyak. Time aku tengah banyak fulus taknak pulak dia buat sale. Adoii~


Oh, antara pelaburan ketika sale yang paling berbaloi adalah tahun lepas. Aku beli skincare set Shu Uemura red juvenus. Kalau ikut normal price, mau dekat RM800 duit aku habis. Tapi sebab aku beli time sale, warehouse sale lagi, total up dalam RM400 aje. wah~~~ sangat mengagumkan!


Sekarang ni aku dalam keterujaan. Sebabnya Bodyshop tengah sale. Tapi aku tak menyempat lagi nak terjah apa yang patut. 70% off ok. Tambah 10% off kalau guna maybankcard. Lepas tu, Nichii sale pon up to 70% jugak. haish~~~ gila betul la...


Aku dok kira-kira, shower gel nak kena beli. Tapi baju pon dah lama jugak aku tak beli belah baju sendiri. Pastu teringat pulak, hujung minggu ni balik kampung. Nak kena hantar Lulu ke boarding lagi. Tak banyak, dalam 30 hengget aje. Tapi dalam keadaaan sempit ni, 30 hengget pon duit weii!!! Aku baru plan nak hantar Lulu pi grooming. Biar kembang sket bulunya tu kena blow. Kat rumah tak bleh nak blow, dia takut bunyik hair dryer manusia tu.


Konon nak tunggu si Ain tu datang sini, hampeh bilanya. Malas dah aku nak tunggu. Ah, buat kerja lagi baik. Nak siapkan kerja nih. Job ohhhh job... masuk lah lagi... biar banyak sikit duit bula depan~~~~~ lalalalalala





~luahan rasa seorang shopaholic yang kesempitan uwang. -__-' wuwuwuwuwuuu

Tuesday, May 24, 2011

Kisah anak-anakku; eh, aku ada ramai anak ker..?

Hari ni nak cerita pasal anak kandung ke anak bulus eh.... anak kandung la.. eh anak bulus lah... ala.. citer je lah dua-dua. Dua-dua pon anak aku kan~


Ok, mula dengan kisah anak kandung dulu. Si Juwita kena serang kutu le plak~! Adoi mak~~~ 1st taim nih kene kutu. kalau ikut emosional tahap nasional aku, memang aku zasss je terus rambut dia tu. Tapi aku cuba untuk bertoleransi dan bersabar, akan kucari sikat kutu dan syampu kutu untuk dia. Aiseh... ntah sapa la kawan dia kat taska tu yang bawa kutu nih...


Pasal kutu ni, telah pon aku inform pada teacher taska dia. Kata teacher dia, seminggu sekali memang dia syampukan budak2 ni semua dengan syampu kutu. Ntah le... Mungkin seminggu sekali kurang berkesan kot.. kena 3 ke 4 kali seminggu le. Aiseh, kalau susah sangat nak mainten, memang aku potong pendek je lah rambut Taylor Swift Juwita tu. Tak jadilah Taylor Swift dah lepas ni, jadi rambut Bruno Mars pulak..har har har~


Kat rumah ni, aku le paling berisiko kena jangkitan kutu ni. Alamak~~~ nampak gaya aku pon kena syampu kutu sekali. Pastu aku kena potong rambut pendek lah.. Sharing sikat? A BIG NO-NO. Aku share bantal tido memalam pon agak seriau jugak nih. Tapi aku redha jahh~ dah anak sendiri, takkan nak kuarantin habis kan~~(walaupon logiknya memang patut buat gitu). Dah la aku memang pantang betul dengan kutu mengutu nih.


Berkenaan anak bulus pulak. My furkid si Lulu Lola tu. So far so good. Makanan dia sekarang adalah Royal Canin + Evo. Sekali sekala aku bagi le vitamin Brewers Yeast. Oh, aku baru je sumbatkan dalam tong sampah sekotak Whiskas yang aku beli masa awal-awal dulu. Actually whiskas ni pon adelah dalam sekali dua je penah bagi Lulu makan. Masa tu baru adopt Lulu, tak menyempat lagi nak gi pet shop sambar premium food. Masa tu, takkan nak biar dia berlapar pulak kan semalaman. So, beli la sekotak kecik kat speedmart buat bekal sementara ibunya ni belikan premium food yang bagus sket.


Lepas beli sepeket RC, terus aku tak bagi langsung dah Whiskas tu. Sikit demi sikit aku buat research dan google pasal the best premium food. Lama-lama makin banyak info dan ilmu aku dapat. Makin terbuka minda aku tentang pemakanan yang bagus untuk feline. Sedikit pesanan untuk pembela kucing di luar sana, kalau boleh elakkan le bagi W****s atau F***s (atau apa-apa commercial brand) kepada kucing anda. Kalau budget tight sangat, premium food yang paling murah adalah Blackwood. 2kg baru Rm36. Tahan lama pulak tu. Much better dari jenama commercial yang dot dot dot di atas tu.


Kalau nak cerita pasal Premium food untuk feline, kebaikan keburukan, side effect, nutrisi dan gizi semua, aku rasa entry ni tak sesuai. Pasal itu sahaja kena bukak satu entry khas "pemakanan kucing" sahaja. Aku pon malas nak la elaborate panjang lebar kat sini. Let see kalau ada orang tanya baru aku explain, boleh? (ade ke orang berminat nak tau?)


Tapi apa yang boleh aku bagi tau kat sini, W***** dengan F***** tu umpama Dindang dengan Tora lah... ko nak ke anak korang makan Dindang dengan Tora tiap hari? Paling teruk jadikan Tora sebagai makanan ruji. Ko sanggup ke? Kalau aku, sebulan sekali pon aku berat jahh nak bagi Juwita makan Dindang. Itu perumpamaan. Kalau paham, paham lah... kalau tak dapat tangkap pikir lah dalam sikit. Kalau tak paham jugak walau dah pikir, baru tanya aku. Boleh? hahahaha~~~~






Friday, May 20, 2011

macam kembar






Juwita dengan Lala. Kadang kadang kalau bawak jalan berdua, memanglah nampak macam adik beradik, walaupon sorang pipi terlambak sorang lagi muka runcing, sorang kerinting sorang lagi lurus. Tapi macam ada chemistry tau 2 budak ni. Tinggi pon lebih kurang, padahal sorang 3 tahun, sorang lagi 5 tahun.. haha~ kalau bawak jalan berdua, mesti ade je yang tegur ibunya ni.. "mudanya.. anak dua dah..." ai gelak je lah.. hihihihii. Malas nak explain. Kang 2 hari 2 malam tak habis cerita cerekarama tu. =)




Bila time Juwita demam, ibunya ni mesti call uwan dia kat kampung tanya ubat (dah berzaman pakai pon tak ingat-ingat lagi nama ubat -__-) So, uwan akan cakap... "ha, Lala pon baru elok demam ni" tak pon uwan akan cakap " Lala pon tengah demam" Eh budak ini kan, macam tau-tau je kan, sorang demam sorang lagi pon nak demam ke?




Makan pulak, dua-dua suka nasi ayam dengan air milo. Kalau jumpa 2 eko ni, memang gamat lah rumah dengan jerit hilai-hilai nya... adoyai~~


Kalau tengok perangai, Juwita ni kadang-kadang macam Lala je perangainya. Ye la, budak umur gitu memang la fussy sikit kan. Mengada, manja, nak orang bagi attention kat dia aje. Kadang kala degil, taknak dengar kata... haish~~~ tak kena gaya memang jadi singa aku. Uwan kata Lala ni kadang kat rumah memang tak makan saman. Boleh naik darah ke kepala dibuatnya.




Tapi tak tau lah, sebab Juwita pon sebaya Lala jugak, so aku rasa perangai diorang lebih kurang. Lagipon Lala bukan tinggal dengan aku, aku bukan penjaga dia sepenuh masa. So tak boleh komen lebih-lebih la kan.. Sebab aku tak nampak perangai dia hari-hari. Kalau orang tanya pasal Juwita boleh la aku cerita panjang lebar, sebab aku ibu dia.


Tapi apa dan bagaimana pon latar belakang budak itu, pada usia 3 ke 5 tahun, apa lagi yang diorang minta, selain dari perhatian dan kasih sayang dari penjaga/ ibu bapanya. Nakal tu biasalah kan... kalau nakal dah lebih sangat, lepuk je sebijik. Biar dia sedar sikit. haha~~





~ 3 hari dah mild fever. selesema + batuk. Alahai, ni la jadinya bila dah lama tak bersukan. Badan pon jadi lemah aje.

~ Berjangkit dengan Juwita lah ni... Bila tanya dia, ada kawan yang selesema ke? dia kata ha... kawan hingus, pastu bersin kena juwita -__-' alaahai anak aku~~~

Thursday, May 19, 2011

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)


Kat seksyen 9 ni ada 2 petshop tau. Satu nama Jingle, satu lagi Haiwanku. Yang Jingle ni kali kedua lah aku datang. Owner dia indian guy (aku rasa dia lah owner), manakala kedai Haiwanku ni Chinese yang jaga (tak tau owner sapa). Haiwanku ni baru harini 1st time cuba masuk.


Review? OK jom kita check:

Kedai Haiwanku

1. ada jual repack food.

Repack tau ape? alaa... cat/dog food yang seguni besar tu, dia pack-pack kan dalam plastik kecik-kecik sekilo-kilo. Ada advantage and disadvantage jugak produk repack ni. Ada kemungkinan makanan boleh jadi lemau kalau terdedah lama/ pembungkusan yang kurang kedap. Kadang-kadang tu orang kedai tu repack sebab makanan tu dah lama/ dah nak expired/ dah berbubuk, so, dia tapis balik dan repack. Takde la nampak macam dah nak expired kan~


TAPI, aku tak cakap pon Kedai Haiwanku tu buat sebab gitu. Advantage makanan repack adalah makanan tu jadi murah. Ye lah, cat food yang seguni besarrr breeder bag 25kg tu jauh lebih murah dari beli original packaging 1kg (kalau dikira bahagi semula). Tapi kau mampu ke nak beli 1 guni 25kg tu? Sebab tu ada petshop yang ambil inisiatif untuk repack semula. So, baguslah juga sebab kita dapat beli makanan premium dengan harga yang sedikit murah. =)


2. Ada jual brand high end super premium seperti evo :) :). Tapi tak ada holistic food. Aku cari orijen tak ada :( brand-brand lain aku tak pasti / kurang familiar. jadi aku abaikan pada pemerhatian pertama aku.




Brand premium food lain yang dia carry adalah Blackwood (femes nih), royal canin, dan beberapa brand lagi yang aku kurang periksa.


3. Barang keperluan haiwan macam biasalah... harga pon biasalah.. haha~~ (apa punya review tah) Tapi dia tak mesra soalan sangat. Kalau ko datang nak beli then terus bayar dan blah memang sesuai. Kalau nak kongsi cerita or tanya pasal penjagaan haiwan baik batalkan aje niat tu.


ok, kedai makanan haiwan Jingle pulak


1. Tak jual repack food. Semua original packaging untuk pembelian pengguna. Dia pon tak provide repack service nih. Kalau nak beli breeder bag seguni, ha kau beli lah 1 guni tu terus. Mana main beli separuh-separuh. nanti lagi separuh jadi hal pulak nak kena simpan elok2 kan...


2. Ada jual holistic premium food yang rare seperti golden eagle :) :) (bagus ke eh golden eagle ni eh.... rare tau. susah nak cari kat sini. Tapi top gak la kat oversea)




Tapi brand paling banyak dia carry adalah royal canin. Well, royal canin, korang pi la tercampak kat tanah mana pon, mesti ada orang jual punya.. cuma tu lah, harganya tu yang tak bleh blah tu. Walhal ada je brand lain, super premium lagi, ingredient lagi bagus dari royal canin, harga lebih kurang je.. tapi masalahnya susah nak cari lah. Sebab tu orang pilih Royal Canin. Super premium dan holistic food ni rare sangat.




Blackwood dia tak jual pulak. Science plan dan Iam ada jual.


3. Barang keperluan haiwan pon semua ada. Kalau tak sure boleh tanya aje owner tu. Dia senang hati je nak jawab pertanyaan korang. Boleh juga share pasal kucing korang dengan dia, sebab dia pon bela kucing. So, apa yang dia promot secara dasarnya adalah benda yang dia sendiri pakai kat kucing dia. Yang bagus dia kata bagus.




Kesimpulannya, kedai Jingle labih mesra pengguna dan dia willing to share some tips and story about penjagaan haiwan ni. Kekurangan dia, tak carry banyak brand cat food. Blackwood takde, evo takde, orijen takde... tapi entah kenapa golden eagle ada pulak. haha~


kedai Haiwanku pulak, bagusnya ada repack food. Ada orang suka beli repack sebab jimat banyak, especially kalau kucing dah belas-belas ekor kan.. mau sengkek kalau beli royal canin tiap bulan. Yang best lagi kedai Haiwanku ni sebab dia ada brand Evo. Evo ni memang lah susah nak jumpa. High end punya brand nih. Actually lagi bagus dari Royal Canin.


Eh, dari nak review pasal petshop jadi entry review cat food pulak. Ape-apelah labu~~~


Actually, aku try beli Evo ni 1kg tadi. Nak campur dengan royal canin dia. Orang kata buat ratio 2 : 1 dengan kadar evo 1, royal canin 2. Kalau ok cantik sangat lah tu. Boleh lah continue beli lepas ni. Tapi Evo ni, sukatan kena bagi betul. Tak bleh bagi lebih, nanti perut kucing upset. Sebabnya, kandungan protein dia tinggi.



eh.. dah lebih-lebih pulak cerita pasal makanan kucing. Itu next time lah aku cerita. Atas ni Orijen. Brand ni holistic. Kalau compare ingredient dengan Royal canin, dia lagi bagus. Harga pon dia lagi murah. Tapi susah nak jumpa.



Ok, cukup dulu. Lain yang aku nak review, lain yang ter review. Lulu pon dah dekat sebulan dengan aku. So far, alhamdulillah~~ eye infection dia dah ok. ear infection dia dah ok. cacing dia dah takde. Vaksin pertama dah selesai. Kita tengok bulan kedua macam mana. Adakah berjaya aku menggebukan Lulu?


Sama-samalah kita nantikan~~~

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Kenangan sewaktu sekolah rendah AA.


Ada seorang cikgu bahasa inggeris, cikgu tu perempuan, muda, belum kahwin pon lagi masa tu. Kononnya dia cantik dan lawa lah. (budak lelaki yang cakap macam tu, sebab masa tu aku tak pandai pon nak nilai pompuan cantik macam mana). Kita panggil dia Cikgu H. Cikgu H memang rapat dengan budak lelaki, sebab tu budak lelaki suka dia. Cikgu H tu juga rapat juga dengan budak perempuan yang lawa-lawa (pada pandangan aku bermakna putih melepak, dan muka comel serta nampak macam anak orang kaya)


Pada pandangan aku, Cikgu H tidak menyukai aku. Dalam kelas, bila aku angkat tangan nak jawab, walaupon aku duduk betul-betul depan dia, dia tak nampak pon. Satu hari tak ada sesiapa angkat tangan untuk jawab kecuali aku. Maka terpaksalah dia bagi aku jawab. Aku ingat lagi Cikgu H cakap, " ha, kalau tau sangat cuba lah jawab...kalau salah jaga awak"


Aku pon jawab la dengan tepatnya. Sebab aku memang tau jawapannya. Terkesima cikgu H kat situ. Tapi aku tak dapat pula gula-gula macam budak lain dapat kalau jawab dengan betul. Aku tak kisah pon, sebab bukan gula-gula yang aku nak. Aku puas dapat jawab dengan betul.


Pada hari yang lain, cikgu H telah menyingkirkan aku dari kumpulan koir sekolah walaupon esok adalah hari pertandingan. Padahal aku adalah kumpulan A, kumpulan yang nyanyi note tinggi. Aku di barisan hadapan sekali dalam susunan koir itu. Tiba pada rehersal terakhir petang itu, cikgu H panggil aku keluar barisan, dan suruh aku balik rumah dengan pesanan, " Awak boleh keluar sekarang. esok tak payah datang"


Blur aku masa tu. Tapi aku ikut juga kata cikgu H. Sementara menunggu mama jemput aku kat bawah pokok ketapang, aku asyik memikirkan perkara itu. mengapakah cikgu H membuang aku? Apa salah aku? Sedangkan cikgu muzik yang train kami selama ini pon tergamam dengan keputusan cikgu H itu.


Malam itu aku nangis bawah bantal. Sedih diperlakukan oleh cikgu H. Jika anda semua membaca blog aku ni, mesti korang juga rasa betapa sakitnya perasaan aku ketika itu. Sehingga kini aku tetap tidak dapat melupakan perbuatan cikgu H. Kepada cikgu-cikgu di luar sana, jangan lah anda double standard kan anak-anak murid anda. Cuba bayangkan jika ia berlaku pada anak anda pula. Apa perasaan anda ketika itu?


Mungkin perbuatan cikgu H kecil sahaja pada mata orang lain. Tapi orang yang terkena, akan ingat sampai mati!




Kenangan sewaktu sekolah rendah BB


Darjah 5 aku berpindah dari sekolah di tengah bandar ke sekolah kawasan perumahan aku. Dekat sikit, boleh pergi sekolah naik basikal. Aku byangkan dapatlah aku merasa naik basikal gear yang popular ketika itu, namun hampa. Basikal tua yang abah aku belikan. Jadilah...


Kat sekolah baru ni aku jumpa dengan cikgu O. Cikgu O sangat garang. Dia guru kelas dan ajar matematik dari darjah 5 sampai darjah 6. Masa darjah 5, matematik aku sangat lah lemah. Kiranya tiap kali ujian markah aku mesti 50++ aje. Start masa ni lah, aku mula takut kat cikgu O. Sebabnya, tiap kali kelas dia, semua orang kena berdiri. Siapa dapat jawab soalan matematik dia baru boleh duduk. Sapa yang tinggal last akan kena cubit atau ketuk ketampi. Owh.. sangat lah memalukan kalau jadi orang terakhir.


Lepas tu, kerja rumah dia memang sangat banyak. Sehari tu dekat 20 muka surat buku text kena buat. tak kira latihan yang di bagi dalam kertas lagi. menangis-nangis aku buat sampai larut malam. Dengan jawapan yang asyik salahnya.. memang menyiksakan!


Masa aku darjah 6, aku berdoa agar guru kelas cikgu lain. Tapi aku dapat jugak cikgu O. Apa nak buat, terpaksalah redha. Punyalah takut kat dia, lagi 500 meter cikgu O nak sampai pon dah boleh bau gudang garam dia tu. Lepas tu semua orang jadi tikus, duduk senyap aje.


Tiap kali kelas matematik mesti ada ujian. Maklumlah, dah nak UPSR. Tiap kali ujian, siapa yang tak dapat A akan dikenakan rotan 3 kali. Maka mulalah zaman aku kena rotan. Tiap kali kelas, tak pernah aku tak kena rotan. Memanglah kan, aku tak pernah dapat A. Masa tu, markah untuk dapat A adalah 80/100.


Sampai lah dekat 2 bulan lagi nak UPSR, aku rasakan semakin mudah pulak soalan-soalan ujian cikgu O. Cepat pulak tu aku siapkan. Kalau dulu nak siapkan pon payah. Sekali masa ujian tu, aku dapat 84/100. Punyalah girang hati aku, sebab aku rasa aku tak kena rotan hari tu. Tapi cikgu O lagi pandai dari aku. Dia dah round dan tengok markah aku. Lepas tu dia buat pengumuman. "ujian harini senang sangat. Siapa dapat bawah 85 keluar sekarang untuk terima hadiah rotan"


what???? aku geram betul masa tu. Ingatkan dapatlah aku lepas kali ni. Ciss betul. Bila tiba time aku untuk di rotan, cikgu O gelakkan aku. Dia kata, "ooo.. kau ingat kau tak kena rotan ye... minggu depan sapa bawah 90 kena rotan" wuuuwuuuwuuu~~~ lepas dia rotan tu cikgu O senyum kat aku. Dari senyuman dia aku tak nampak dia benci aku pon. Aku nampak senyuman kepuasan seorang guru yang berjaya.


Beberapa minggu sebelum UPSR markah ujian aku 90/100. cukup-cukup. Pon cikgu O boleh nak rotan aku lagi. Katanya, aku patut dapat 95 sebab soalan senang. Masa itu dah tak ada perasaan takut pada cikgu O lagi. Yang ada hanyalah satu perasaan hormat, sebab aku rasa dia ikhlas nak aku berjaya.


Bila keputusan UPSR aku keluar, cikgu O lah orang pertama yang aku jumpa dan ucap terima kasih. Kerana dia adalah cikgu yang tak mengenal letih mengajar aku dari markah matematik aku 50/100 kepada 95/100. Walaupon cikgu O garang, aku sering kena rotan, kena marah, kena buat kerja rumah sampai larut malam, namun cikgu O tidak pernah pilih bulu. Siapa tak buat kerja rumah confirm kena rotan, siapa markah rendah confirm kena rotan. Dia tak pandang pakaian pelajar itu biru ke putih ke kuning, dia tak pandang budak tu putih melepak ke berkepam. Yang dia tahu, kau kena pandai matematik.





Cikgu H dan Cikgu O. Setiap kali hari guru tiba, 2 guru itu lah yang terbayang-bayang dalam fikiran aku. Seorang guru kampung yang aku kenang kerana jasa dan khidmatnya, dan seorang lagi guru yang sampai kini tak dapat aku pahami perbuatannya.



Buat guru-guru yang sedang bertugas di luar sana, bagaimanakah anda ingin dikenang? kerana jasa dan kesungguhan anda mendidik kah, atau kerana pakaian anda yang lawa-lawa dan pandai bergaya kah, atau kerana perbuatan anda dibenci?





Saturday, May 14, 2011

Jumpa doktor haiwan lagi: vaksin dan telinga kucing



Ni lah dia Lulu Lola yang disebut-sebut selama ini....


OK, ni kali kedua dalam bulan ni jumpa doktor haiwan. Seperti yang aku cerita di entry sebelum-sebelum ini (kau orang carilah sendiri entry itu. aku malas nak cari dan link kan kat sini), 1st visit ke veterinar tak dapat nak bagi vaksin, sebab dia ada eye infection dan cacing yang agak teruk. Tak la teruk gila-gila, tapi kelenjar dia dah bengkak, so kena treat itu dulu sampai sembuh, baru boleh bagi vaksin.


That was last Wednesday punya cerita. Jadi harini aku pergi lagi ke klinik yang sama, untuk abgi vaksin pulak. Lagi satu hal, aku nak tanya pasal telinga dia ni....


1. Vaksin.

OK. berjalan dengan lancar. Sekejap aje bagi vaksin ni. Lulu pon tak de mengamuk ke apa.. diam je.. macam tak sakit pon iya.. padahal punyalah panjang aku tengok jarum tuh O__O


2. Infection pada Telinga Lulu.

Aku suruh doktor tengok, apa masalah telinga dia ni. Aku perasan dia asyik garu-garu telinga dia aje. Mula-mula dulu aku suspek dia ada kutu, tapi bila teliti tak ada pulak. Tapi dia dok garu jugak. Aku check telinga dia.... MAKKK AIII.... punya lah berkerak kat dalam tuh. Confirm tak pernah dibersihkan pon sebelum nih.


Aku ade lah juga bersihkan sikit-sikit guna tisu basah kat rumah, tapi dapat kurang sikit lah.. kat cuping tu bersihlah kan.. tapi yang dalam-dalam tu memang teruk jugak la.. dah la tak sampai nak bersihkan kan....


Memula tu cadangnya nak beli Troy Ear Canker kat pet shop aje... tapi memikirkan yang maybe dia ada infection, so aku tangguhkan dulu pembelian tu, aku nak tunjuk kat doktor dulu. Let see apa doktor suggest.


Seperti yang dijangka, Lulu punya telinga dah kena infection. Kat belah dalam tu dah berkudis. Tu pasal la dia dok garu, sebab gatal ya amat... tengok bulu kat telinga dia pon dah nipis dah. Ish.. kesian betul aku tengok dia. Tengok cemana doktor treat tadi pon aku kesian. Doktor korek je dengan hujung spatula yang dibalut dengan kapas. Dalam hati dok pikir je.. camne aku nak buat camtu kat rumah eh.. hahaha~


Lepas bersih semua kerak tu, baru doktor masukkan ubat dalam telinga. tak sampai beberapa second, kekotoran dalam-dalam telinga tu semua keluar, kita just bersihkan aje bila dia keluar tu. Owh... camtu aku boleh la buat kat rumah. hihihi~~~ Dapat 1 tube untuk drop dalam telinga Lulu tiap hari sampai lah sembuh.


Mengikut kata doktor, Lulu akan demam esok. Ye lah... kucing ni kan macam baby, lepas kena inject mesti akan demam. So, esok dia akan macam lembik-lembik sikit.... maybe tak lalu sangat nak makan... paling penting, jangan mandikan dia dulu. Tunggu 4 ke 5 hari lepas tu baru mandikan.


Bila dah vakin ni baru lah lega rasanya. Vaksin untuk kucing ni bukan apa, selain protect diri kucing tu, dia protect manusia sekeliling dia jugak. Untuk hindar wabak-wabak yang tak di ingini dari melanda. Tapi yang penting juga, hygiene kena lah jaga. Sebab kalau persekitaran kucing tu kotor, dia mudah dapat penyakit. Manusia yang duduk dalam persekitaran yang tak bersih pon senang dapat penyakit kan..



Lulu merajuk... huhuuuu~~


xmo pandang...taknak kawan....



Dah banyak pulak membebel, jadi aku akhiri entry perihal kucing hari ini dengan kata-kata hikmat untuk ibu bapa dan pencinta haiwan.....



“ Teaching a child not to step on a caterpillar is as valuable to the child as it is to the caterpillar. ”
.. Bradley Millar





~ Didiklah anak anda untuk menyintai alam sekitar dan haiwan.

~ eh, lupa pula... akhirnya dapat pon kad perubatan Lulu Lola. Next visit would be...... end of next month.

~ Lulu tidur dah.... Dah start demam la tu... Alolololoooooooo~~~~~ syiannnnn~~~~~

Thursday, May 12, 2011

persediaan mana yang perlu

Sana sini sibuk orang buat persediaan. Tapi betul ke persediaan kita tu? Mana satu yang perlu didahulukan, mana satu yang lebih penting..


1. Orang sibuk buat persediaan untuk majlis perkahwinan. Persediaan menempuh alam rumah tangga bagaimana pula?


2. Orang sibuk buat persediaan kelahiran anak pertama. Persediaan diri nak jadi ibu dan bapa macam mana pula?


3. Orang sibuk buat persediaan kenduri doa selamat nak pergi haji. Persediaan diri dan niat ke tanah suci bagaimana?


4. Orang sibuk buat persediaan itu ini nak pergi bercuti. Pengisian percutian itu pula bagaimana?


Kadang kala kita terlepas pandang perkara yang jauh lebih penting kerana khayal dengan luaran yang indah-indah. Tapi sebenarnya, isi di dalamnya itu yang perlu kita persiapkan betul-betul, bukan hanya takat cantik molek di luar sahaja.


1. Jangan majlis perkahwinan sempurna, tapi rumah tangga cacat cela

2. Jangan anak disambut girang gembira, tapi akhirnya hantar orang tua jaga

3. Jangan kenduri hebat mengalahkan raja, tapi haji entah kemana

4. Jangan packing baju beriya-iya, tapi percutian penuh hampa.


Orang kata, "rancang perjalanan anda."


Tapi aku rasa lebih tepat kalau kita kata, "Rancanglah dahulu, persediaan mana yang lebih utama."





~ bermadah pujangga pula aku di petang khamis nan hujan ni. hik hik hik~ (gediks)

~ Ingatan untuk diri sendiri, sebab seringkali kita sendiri alpa dengan cantiknya warna pelangi, sampai lupa pulak nak angkat kain di ampaian... hujan panas...

~ Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai (ada kena mengena ke???)

Wednesday, May 11, 2011

Menjaga anak di hari sabtu bekerja


Kawasan pejabat aku bukan area komersial. Tak ada shopping kompleks, tak ada bangunan kerajaan. Area seksyen 6 ni peaceful aje sebab dia sebenarnya adalah residential area. dan bangunan pejabat aku ni pon adalah office lot, jadi tak de nyer hiruk pikuk, bising-bising, mat rempit pon tak hingin nak lepak-lepak kat sini. Pejabat yang ada kat sini pula, bukan pejabat kerajaan yang orang kerumun macam semut hurung gula. Pendek kata, kawasan tempat aku kerja ni tenteram dan aman, malah sedap dipandang mata.


Sedap dipandang mata? ahaha~~ sebab bila keluar je dari bangunan pejabat, akan nampak daun nan hijau, langit yang biru. Tak ke sedap tu?


Ambil gambar ketika bersiar-siar sekeliling pejabat bersama Juwita.....



ada kucing bawah tangga. Siap dah ada orang cop dah.. hihihi.. baguslah dah ada orang cop. Maknanya lepas ni terjaga lah juga kebajikan anak-anak kucing tu kan...

eh.. eh... cendawan sebesar tapak tangan pon ada... ni hutan simpan ke pejabat nih....



Kadang-kala, bila hari sabtu taska Juwita tak bukak, kena lah bawa dia ke pejabat. Jadi memenuhi tuntutan naluri dia sebagai seorang kanak-kanak, dia perlu makan on time, perlu tidur on time, perlu main sepatutnya, dan.... perlu bersiar-siar selayaknya. Betul. Korang dah ada anak nanti baru korang tau lah macam mana. Sebab tu aku sanggup jadi ibu, tapi tak akan sanggup nak jadi cikgu taska. Wahahaha~




Ok. Aktiviti Juwita aku boleh rumuskan begini,


1. Dia akan main lukis-lukis / tulis-tulis / kaler-kaler sampai bosan. Ibu curi-curi buat kerja.

2. Dia akan tengok movie kat laptop cerita beauty & the beast / the little mermaid / high5 sampai dia lapa. Time ni buat kerja filing lah, laptop dah kena kongker.

3. Sebab lapa, dia mintak susu dengan makanan ringan. Biasanya dia akan mintak mamee, tapi kadang-kala, aku berjaya pujuk dia untuk ambil oreo / roti coklat. At least better dari mamee la kan... sambil dia makan, ibu curi-curi buat kerja lagi.

4. Minum susu strawberry 1 kotak / susu coklat. Takmo yang hok 'kids' tuh. Kecik nau.

5. Habis minum + makan, dia sambung tengok movie sampai letih.

6. Kalau ngantuk dia akan tidur. Tak pon aku suruh dia tidur kalau dia mula resah gelisah tak tentu arah. Time tidur paling heaven nak buat kerja.

7. Bangun dari tidur dia nak main. Time ni memang dah tak boleh la ibu nak buat kerja. Kena layan dia. Kadang dia ajak jalan-jalan.

8. Ok. Jalan-jalan kat bawah. Bawak kamera kita tengok nature =)

9. Sampai penat, naik office. Abah ajak balik. Kerja dah settle. Yay~~~

10. Pulang ke rumah dengan happy.


Kalau turutan ini dilaksanakan dengan jayanya, confirm tak ada naik suara, tak ada tangisan, tak ada amukan. Aman tenteram aje. Tapi cuba peraturan di atas dinodai/ tak dipenuhi. Confirm pening kepala kita jadinya. Jadi sebelum sakit jiwa, layan kan lah dulu kehendak Juwita sebelum kita start kerja... sapa lagi kita nak layan kan... anak sendiri pon, bukan anak orang lain. =D


Bukan senang nak jadi ibu sambil bekerja kan... Sangat salute dengan ibu-ibu yang ada ramai anak, tapi masih boleh bekerja dengan berjaya. Aku ni yang anak satu pon kadang kala sakit jiwa jugak jadinya.


Kalau tengok pulak mak kita, nenek kita dulu-dulu, anak berderet. Mak aku bekerja. Nenek aku kerja juga, kerja kat sawah padi dengan motong getah. tapi anak 6 woo... Garang memang garang, tapi tak pernah anak-anak benci kat dia. Aku pon, tak pernah ada benci pada mama atau abah aku walaupon diorang garang bukan main. Hormat lagi ada, tapi bukan takut. Besar tau beza, antara "takut dengan parent" dengan "hormat sama parent". Tapi itu lah, aku dengan parent tak de lah close sangat sampai semua benda boleh cerita atau kongsi. Even now pon, ada je benda yang i'm more comfortable to talk with my friend or my husband, instead of my parent.


If possible lah, aku nak, anak aku close dengan aku. Sampai bila-bila pon, aku nak anak aku close dengan aku. Semua benda takde hal punya dia nak share dengan aku. Kalau 1 day dia ada crush on somebody, i should be the 1st person yang dia nak bagitau. If something happen, i should be the 1st person she want to talk to. Aku nak someday, i can be her best friend.


Dan pada masa yang sama, aku nak dia feel the same way to her father too. Aku taknak dia takut kat abah dia. Aku nak dia HORMAT abah dia, dan pada masa yang sama, abah dia boleh jadi teman /boyfriend dia. Yang dia percaya boleh lindungi dia, boleh dia pinjamkan bahu untuk menangis dan mengadu.


Juwita, ibu sayang sangat kat kamu. Jadilah anak yang baik, berguna untuk bangsa dan negara.







~ baru teringat patutnya kena bawak Lulu pergi vaksin. -__-' baru teringat.....

Tuesday, May 10, 2011

sambutan hari ibu Juwita

Ok. Semalam hari Isnin kan. Aktiviti Juwita kat taska adalah membuat kad ucapan selamat hari ibu. Tiap-tiap kelas lain-lain kad ucapan. Ada yang buat kad besar dengan cop kaki masing-masing kat kad tu, dengan nama tiap orang budak kelas tu. Aku rasa tu kelas budak umur 4 tahun. Ada jugak yang buat lukisan. Kelas Juwita pulak, kelas budak 3 tahun, buat individual card dengan teknik kolaj.


Ye, sekali pandang pon aku dah tau teacher dia tolong 70%, dan Juwita buat 30% aje. Ahahaha~ tapi sangatlah aku tersentuh~! ish~~~


Hati ibu kan, bukannya susah sangat nak di sentuh. Hanya dengan DIY card yang sangat simple, dengan tulisan Happy Mothers Day, pastu kat bawah tulis Juwita... cukup buat hati aku cair secair-cairnya. (tapi boleh bagi kredit kat aku sebab aku tak berjurai-jurai dan melalak ok. Aku menten je cool walaupon dalam hati dah kembang semangkuk)


Tak perlu makan malam sedap, tak perlu hadiah besar, tak perlu iphone4, hanya senyuman ikhlas dan sinar mata dibalik kad manila sebesar A4 itu cukup untuk menghilangkan lelah dan amarah.


Tidak ada apa yang lebih membahagiakan seorang ibu selain dari kegembiraan di mata anaknya. Dan tidak ada yang dapat menghilangkan kegusaran hati seorang ibu apabila melihat anaknya kecewa.


Dan, melihat kemesraan seorang anak dan bapa, adalah hadiah yang paling bermakna buat seorang ibu.


Terima kasih tuhan kerana kau memberikan aku nikmat menjadi seorang ibu. Tidak cukup dengan itu, kau berikan anakku seorang bapa yang penyayang dan lembut hatinya. Maka tidak ada apa lagi yang mampu ku pohon dari mu ya Allah, selain dari menjaga hati kami untuk terus saling cinta mencintai serta sayang menyayangi. Dan jauhkan lah diri kami dari bisikan syaitan dan perasaan benci.


Ku sujud syukur padamu ya Allah... kau mekarkanlah cinta kami ini sehingga ke hujung nyawa. Aminnn~~





Monday, May 9, 2011

Adakah haiwan sesuai dijadikan hadiah?

jawapannya adalah TIDAK.


Tapi kitten atau puppy kan comel.. kenapa pulak tak boleh jadi hadiah? lagipon kawan aku suka gila kucing.

Suka kucing satu hal. Sapa tak suka tengok kucing yang gebu-gebu, mata bersinar-sinar, manja-manja. Tapi yakin ke yang kawan ko tu boleh jaga kucing? Puppy, memang lah comel, tunggu dia besar sikit nanti,dah lasak, baru kau nampak dia comel ke tak.


Ala... dia penyayang. Lagipon suka gila kat kucing. Mesti dia boleh jaga kucing tu punya.

Kau salah sama sekali. Suka kucing tak sama dengan boleh jaga kucing. Nak menjaga kucing menuntut sesorang itu mempunyai kesabaran, ketekunan, masa dan wang ringgit untuk diperuntukan kepada haiwan tersebut. Dengan makanan dia tiap bulan, perubatan, vaksin, kebersihan, supplement, dan macam-macam lagi keperluan diperlukan oleh kucing itu selain dari kasih sayang dan belaian manja.


Kalau kau tak jaga kucing tu elok-elok, lama-lama bulu dia dah tak gebu lagi, bulu gugur merata rumah, kutu, kudis, sakit mata, busuk, kepam... masa tu kau tengok lah kawan kau suka kucing ke tak sebenarnya. Silap haribulan dia masukkan kucing tu dalam kotak, hantar jauh-jauh.


Tak ke kejam namanya tu?





Percaya atau tidak, 90% dari haiwan yang dibeli di petshop berakhir di tempat perlindungan haiwan, atau di iklankan semula di laman web untuk di 'let go'. Kenapa?


1. Masa beli tu nampak haiwan tu comel je, lincah dan gebu. Beli sebab terpikat lah kononnya. Masa tu tak terpikir lagi perihal penjagaan haiwan tersebut.

2. Beli sebagai hadiah sempena birthday anak. Tak pikir ke anak 6 tahun tu, pandai ke nak jaga puppy/ kitten/ rabbit???

3. Bila haiwan makin besar, dia makin tak comel pulak. Puppy memang comel, tunggu dia jadi anjing betul. Dengan attitude dia lagi (kalau tuan dia tak train la), baru kau nampak comel ke tak. Rabbit pon sama, most yang jual kat pershop tu bukan pure sangat, mix breed je pon. Mix breed ni, kalau nak tau, lebih kurang macam arnab daging aje. Dia bukan baka dwarf/ petite. Maknanya bila dia dewasa, dia boleh jadi BESARR! Time tu memang lah tak comel dah. Tapi nak buat rendang arnab memang nampak sedap~ =P

4. Kebanyakan orang yang beli haiwan kat petshop adalah impulse buying. 99% dari mereka kurang atau tidak buat research pon tentang haiwan berkenaan. Jadi mereka tidak bersedia mental, fizikal, masa dan kewangan untuk haiwan tersebut. Bila dah beli, baru realize haiwan tu guna banyak duit, haiwan tu banyak makan, haiwan tu banyak berak, berak dia busuk, haiwan tu suka cakar-cakar, haiwan tu itu ini, begitu begini. Mengapa? sebab dari mula, sebelum kau beli, kau tak prepare.


5. Haiwan bukan barang dagangan. Ini tak ramai yang sedar. Sebab ada duit, main beli aje haiwan tu. Bila dah taknak, main hantar je ke shelter. Hei, dia makhluk hidup lah!!! Bukan alat permainan untuk korang main campak ke sana ke sini!



Berbalik kepada soalan asal, adalah haiwan sesuai dijadikan hadiah, jawapannya tetap TIDAK.



Korang pikirkan lah benda lain nak buat hadiah. Dalam toysRus tu ada patung kucing yang boleh react bila kita usap. Lagi senang nak jaga, tak berak, tak makan, tak payah mandikan, tak payah potong kuku, tak payah train. Dia nak bateri AA aje 4 ketul.






~ kat bawah tangga kat opis aku ni ada ibu kucing baru beranak. Sekor anak dia kaler putih, Rupa macam kucing siam. Kesian dia.... tengok, itu lah jadinya kat kucing yang terbiar. Yang dibuang-buang bila tak diperlukan lagi.

~ kalau korang rasa tak mampu nak bela kucing banyak-banyak, apa kata neuter kan aje kucing korang tu? Itu lagi baik dari ko buang anak kucing tu merata-rata.

~ aku yakin, kalau ko boleh tanya ibu kucing tu, mesti dia akan cakap taknak buang anak dia. Tabiat buang-membuang anak ni manusia je yang sanggup. ops~~

Friday, May 6, 2011

Other than just a plain road

Aku rasa lah kan, tak ada orang dalam dunia ni yang boleh hidup HANYA dengan makan tidur dan kerja aja. Aku rasa, cukup beberapa bulan kalau tak mati confirm akan diisytihar gila. Ok lah, mungkin ada yang bila baca ni akan terpikir diri sendiri, lalu mengatakan, "aku boleh apa?" Fine, kau boleh, tapi aku tak boleh.


Bagi aku, aku perlukan essential lain dalam hidup aku. Sebagai contoh, keluarga, hobi, sukan, dan kegemaran. Haa..... baru sekarang korang nak mengangguk? tadi tak terpikir? heh~


Bila ada hobi, masa lapang terasa penuh. Dada rasa ringan, hati rasa riang. Hobi kadang kala bukan dibuat ketika masa lapang. Kebanyakan masa, hobi dilakukan ketika diri ingin lari sebentar dari sesuatu yang menyesakkan. Macam-macam jenis hobi aku penah jumpa, buat kek dan roti (ni mak aku), buat cupcakes, memasak, melukis, menjahit, berkebun (ni abah aku), berenang (ni aku), tengok TV (aku lagi), mengemas rumah (aku jugak).


Bila aku cakap tentang hobi sebagai jalan keluar sebentar dari masalah yang menyesakkan, aku merujuk kepada aktiviti mengemas rumah. Bila aku marah, aku suka kemas rumah. Bila aku sedih, aku suka kemas rumah. Bila aku ada benda dalam fikiran, aku suka fikirkan penyelesaian sambil kemas rumah. Kemas rumah ni bagai therapeutic pulak bagi aku. Aku tak boleh consentrate tengok TV kalau emosi aku tak stabil. Tapi mengemas rumah beri aku ketenangan. Effect dia sama dengan aku swim 6 laps kat pool maritim. Pelik tapi benar.


Sebut pasal swim pulak. Dah sebulan aku tak tertelan air klorin. Hidung pon dah terasa makin sempit. Dah banyak sangat mukus kering dalam rongga gamaknya. Satu hobi yang aku suka sangat buat, tapi selalu tak dapat kerana kekangan masa.


Owh.... kucing. Tu boleh dikatakan minat. Minat dalam diam sebenarnya dah lama, sejak aku kecik lagi. Tapi abah aku tak pernah approve perbentangan aku nak request kucing. Mesti kena rejek mentah-mentah. Sekali adik bongsu aku mintak kucing terus dapat. hoh~ aku tumpang happy aje.


Masa bujang dulu bela juga kucing. DSH aje pon, 2 ekor. Dah la duduk apartment. Cukup je besar aku hantar dia balik kampung. Sebabnya diorang dah pandai panjat memanjat. Satu hari tu, aku balik kerja, tak nampak diorang, tapi dengar ngiau ngiau. Rupanya kat awning rumah sebelah. Dah lah rumah aku tingkat 14!! O__O Tak dapat aku bayangkan kalau jadi apa2. Alhamdulillah selamat sebab aku mintak tolong hero tolong panjat keluar bawak kucing tu masuk.


Sekarang aku bela kucing balik. Ye lah.. anak dah 3 tahun, duduk pon rumah teres. Kira selesa lah jugak nak bela membela nih. Paling penting, dari segi financial aku rasa aku mampu nak bela kucing ni. Nak kata kaya tu tak, tapi ada lah peruntukan untuk itu.


Jadi apa yang boleh aku simpulkan kat sini, MUNGKIN lah kau boleh juga hidup dengan makan, tidur dan kerja, TAPI hidup kau mesti akan lebih berwarna warni jika kau ada hobi, minat, kecenderungan, aktiviti masa lapang, dan keluarga di sisi.


Apapon, pilihan terletak di tangan anda sendiri. Pandai-pandai lah korang menentukan hidup korang, nak macam rainbow ke, nak black and white ke, atau nak greyscale aje =D





~ gambar greyscale adalah sangat cantik!

~ Esok dijadualkan Lulu untuk mandi!! ooo yeah~

~ Found a good pet store in Shah Alam. Akan aku review juga selepas ini. =)

Happy mothers day

Kerana aku pon adalah seorang ibu, ramai kawan-kawan ku juga telah menjadi ibu, suamiku juga mempunyai ibu, dan aku pula mempunyai 3 orang ibu (ibu kandung, mak pengasuh, dan mak mertua), maka aku dedikasikan entry hari ini khas untuk semua ibu-ibu di dunia.


Berikut adalah kompilasi quotes sempena hari ibu. Selamat Hari Ibu semua~



A mother is a person who seeing there are only four pieces of pie for five people, promptly announces she never did care for pie. ~Tenneva Jordan



Being a full-time mother is one of the highest salaried jobs... since the payment is pure love. ~Mildred B. Vermont



All mothers are working mothers. ~Author Unknown



When you are a mother, you are never really alone in your thoughts. A mother always has to think twice, once for herself and once for her child. ~Sophia Loren,Women and Beauty



Biology is the least of what makes someone a mother. ~Oprah Winfrey



It kills you to see them grow up. But I guess it would kill you quicker if they didn't. ~Barbara Kingsolver, Animal Dreams



Who fed me from her gentle breast
And hushed me in her arms to rest,
And on my cheek sweet kisses prest?
My Mother.
~Ann Taylor



I don't care how poor a man is; if he has family, he's rich. ~Dan Wilcox and Thad Mumford, M*A*S*H, "Identity Crisis,"



Mothers are fonder than fathers of their children because they are more certain they are their own. ~Aristotle



A man's work is from sun to sun, but a mother's work is never done. ~Author Unknown



Wednesday, May 4, 2011

Lulu 1st check up

OK. Aktiviti aku hari ini adalah membawa Lulu ke klinik veterinar. Pukul 10 pagi tepat aku dah tercongok depan counter nak daftar. Haha~ xcited je lebeh. Padahal dulu masa dengan Milie biasa je bawak kucing pi jumpa doktor, tapi still nak rasa excited kan. heh~


Klinik veterinar pilihan aku semestinya yang paling dekat dengan pejabat aku lah, iaitu di Seksyen 6, Shah Alam. Aku suka klinik ni sebab dia ada semua; klinik, pet hotel, grooming, jual produk. Kat sini juga provide pembedahan untuk neuter/spay, serta pembedahan cesarean untuk haiwan. Jangan kau ternganga, aku pon ternganga tadi. Tak sangka kucing pon boleh beranak cesarean.


Lulu, untuk pengetahuan semua, masa aku dapat kelihatan kurus dan kecil (nampak malnutrition), ada taik mata, busuk (macam tak mandi dan tak terjaga), bulu berserabai dan banyak fall out (sebab melekat banyak kat baju aku. Kebetulan pakai baju hitam kan -__-). Tapi sikit pon aku tak rasa menyesal atau rugi meng-adopt dia. Tambah bersemangat lagi ada. Aku nak tengok dia sihat, gemuk dan riang gembira bila dengan kami.


bebalik kepada cerita sebenar,


Misi asal ke klinik veterinar mengikut kepentingan:

1. mem-vaksin-kan Lulu
2. dewormed
3. regular check up
4. tanya apa yang patut berkenaan pet hotel & grooming
5. ushar-ushar produk berkaitan penjagaan haiwan



4. tanya apa yang patut berkenaan pet hotel & grooming

ok. nombor 4 memang sukses dengan jayanya. Memang dan-dan masuk terus nampak pet hotel. So alang-alang terus tanya itu ini. jadi, boarding adalah RM15 untuk sehari including makan dan minum. Aku rasa berbaloi-baloi juga. Yang penting hati senang bila travel, tak de lah dok pikir apa kucing or anjing tu buat kat rumah, dia makan ke tak.. dia sunyi ke.... ish.. memang tak lena tidur kalau pikirkan.


Another info yang aku dapat adalah, kalau time raya kena booking tempat dalam pet hotel tu awalllllll gilerrrrrrr. Sebabnya customer klinik ni mengikut kata doktor 99% adalah melayu. Jadi bila time raya memang lah fully booked, macam hotel-hotel di Port Dickson juga layaknya.


5. ushar-ushar produk berkaitan penjagaan haiwan

Ni pon berjaya. Masuk-masuk memang lah mata aku dah melilau tengok itu ini. Dengan mata aku yang tajam juga aku telah scan harga Royal Canin kat rak. hahaha~ So, dengan jayanya aku telah membeli sepeket Royal Canin Persian Kitten 2kg. Harga mahal sket dari tempat lain, aku agak la... sebab base on my reading through cat's forum and so on, price Royal Canin in certain place is much cheaper. Malah ada yang jual kat Forum Lowyat bagi diskaun 15%. Tapi actually harga kat klinik ni standard la. Cuma sebab bacaan aku yang terlampau extreme membuatkan aku terdedah dengan harga-harga yang jauh lebih murah.


(ala hai, tambah tolak toll minyak nak pi pet store yang jual murah tu, camtu gak jadi harganya nanti) Apa pon, next time aku nak ushar kat Pet Safari Ikano plak.. berapa kah harganya di situ.


3. regular check up

Regular check up pon telah dilakukan dan ini meng-effect tujuan dan matlamat pertama aku iaitu meng-vaksin-kan kucing. Hasil dari check up, Lulu kena eye infection, which i notice since i got her. Heh, seminggu lebih baru nak treat kan... ape punya tuan la.


Jadi, doktor telah membersihkan mata Lulu dan letak ubat mata. Aku pon dapat lah ubat mata ni untuk aku drop kan kat mata Lulu kat rumah nanti. oo yeah~ TAPI, sebab dia ada infection ni, maka dia tak boleh ambil vaksin. Hohoho~~~ So, kena tunda lah vaksin Lulu ke minggu depan.


2. dewormed

Ni berjaya. Doktor sekali check aje dah mendapati dia ada cacing. Aku pon dah syak Lulu ni mesti ada cacing punya. Sebab perut dia buncit. Makan pon tak berapa nak lalu. Doktor bagi makan ubat cacing, hopefully lepas ni settle dah masalah cacing dia nih.


Bila ingat balik, patutlah dia muntah sekali haritu. Tanda-tanda kecacingan tuh. Dewormed ni sepatutnya dilakukan seawal mungkin. Lulu ni dah 4 bulan baru nak bagi ubat cacing, vaksin semua. Masalah tu dah datang sebelum kita cegah, so, banyak lah benda nak kena treat. Remember, prevention is better than cure. =)


1. mem-vaksin-kan Lulu

Walaupon misi mem-vaksin-kan Lulu tidak berjaya, aku bagi info serba sedikit tentang vaksin kucing ni. Kat sini vaksin adalah berharga RM50. Vaksin ni kalau tak silap aku setahun sekali. Kucing yang divaksin biasanya akan hidup lebih lama berbanding kucing yang tak di vaksin. Kalau kucing kampung yang tak ada vaksin hidup sekitar 5 ke 6 tahun, kucing yang divaksin akan hidup sekitar 15 hingga 20 tahun.


Bila doktor cakap macam tu, terus aku teringat Millie dan anak-anak serta cucu cicitnya. Setakat ni, Millie dan Victor aje yang masih hidup walaupon keturunannya dah 6 ke 7 generasi dah. Keturunannya yang lain semua dah mati. Sebabnya, zaman Millie aje mak aku rajin bawak diorang gi vaksin. Cucu cicit Millie semua mana ada amik vaksin dah. Tu pasal lah mati awal. Victor pulak mana lah ada waris, dia dah di neuter awal-awal lagi. Pergh... bukti di depan mata tu.


Berbalik kepada Lulu, maka dijadualkan minggu depan hari Jumaat akan divaksinkan Lulu itu.



Bil hari ini (tidak termasuk Royal Canin) adalah RM65. Dapat:

1. Check up dan consultancy

2. Doktor bagi ubat cacing

3. Ubat sakit mata

4. Vitamin B-Complex


Tengok minggu depan ada progress tak.


Sedikit info berkenaan Klinik haiwan ini. Klinik ini treat kucing (feline) dan anjing. Tapi since customer dia pon 99% adalah melayu, maka dia more to kucing lah. Nak hantar anjing pon boleh, tak salah pon. Kalau nak hantar hadgehog ke... sugar glider ke... aku tak suggest. Sebab berdasarkan interior dia pon, tak ada tanda-tanda mesra hadgehog dan sugar glider. Maksud aku, tak ada pon jual produk untuk haiwan tersebut, maka besar kemungkinan mereka tak treat haiwan tersebut. Ni pendapat aku je lah. Kalau nak pastikan lagi, korang pi tanya sendiri kat klinik tu.


Grooming dia buat. Korang hantar kucing pagi, jemput petang. Sekor RM80. Ini adalah full service, top to toe. eheehehe... macam pi spa lah. Menurut doktor, grooming ni sebulan sekali adalah perlu. Bukan seminggu sekali ye. Mau pokai kalau gitu.


Harga servis lain aku tak pasti. Seperti yang dinyatakan di atas, ada service untuk spay/ neuter, beranak, serta birth control. Ya, korang baca dengan betul. Birth control. Jangan main-main, kucing pon ada pil pencegah kehamilan tau. Kalau tak rajin kira circulation, inject je. Tahan 3 bulan. hehehe~~~


Panjang berjela aku cerita pasal check up Lulu. Update akan diberitahu minggu depan. Hopefully, masalah cacing dengan sakit mata dia elok, supaya boleh amik vaksin. Lepas tu boleh lah consentrate kat pemakanan dia pulak, supaya gemuk.





~ Doktor cakap, usia Lulu ni boleh kena raped. Kucing jantan akan minat kat dia, walaupon dia maybe belum ada nafsu lagi. uhhh~~

~ Kucing yang kena raped seawal 4 bulan ini boleh mengandung sebab organ sexual dia dah matang, walaupon dia diklasifikasikan sebagai kitten lagi.

~ kesian kucing tu kalau hamil.... dia kecik lagi.

~ Solution aku untuk Lulu: STAY INDOOR!!!! Jangan gatal main kat luar!

Tuesday, May 3, 2011

Ubah reka letak dapur

Assalamualaikum dan salam sejahtera (wah, baik sungguh aku hari ini). Sudah lama juga saya tak bercoret dalam diari saya ini. Hujung minggu lepas kami sekeluarga pulang ke kampung suami di Negeri Sembilan. Sebenarnya balik sana malam Sabtu. Sabtu petang tu ada job makeup kat KL. Hari Khamis aku mintak off-day untuk mengemas-ngemas rumah yang berserabut (maklumlah, dah beberapa minggu tak ada rumah pada hujung minggu). Jumaat pula aku buzy jaga anak dan bekerja, sebab Juwita kena sakit mata tahap ringan. Ringan-ringan pon, takkan nak hantar taska, ya tak? Maunye lah cikgu dia terima.. risiko besar tu.


Sudahnya, Juwita lah yang cuti lama, dari hari Khamis sampai semalam, Isnin. Cukup 5 hari kau~! Ye, semalam dah tentulah cuti, hari buruh. Aku kan buruh. Tapi kerja kat rumah tak cuti ye. Eh, suri rumah mana ada cuti, ye tak? Mengulor tu banyakkkk~! keh keh keh


Oh, pagi tadi awal-awal pagi aku dah bangun tidur. Sebabnya memang tak lena tidur pon malam tadi. Pastu, baca blog adik aku pagi-pagi buta dah ada entry baru. Ceh, rupanya dia pon tak dapat tidur malam tadi. Apa.. malam stay up sedunia kah ini? Kalau aku tau, aku calling-calling dia. Eh, silap, aku suruh dia calling aku.. hua hua hua~~


Kenapa aku tak boleh tidur?


Sebab... dalam kepala otak aku dok pikir layout dapur aku tu ha. Korang pon tau kan, aku baru je adopt sekor kucing indoor bernama Lulu. Indoor maksudnya Lulu tu duduk dalam rumah ye. Makan, berak semua dalam rumah. Oleh kerana baru seminggu dia dalam rumah aku, maka tak sempat lah nak pikir secara waras akal kat mana nak letak bekas makanan, kat mana nak letak sangkar, kat mana nak letak litter box. Sudahnya, semua tersusun sekali kat dapur nun.


Apa jadi? Clash lah kucing dengan manusia. Kucing nak kena ada territory dia sendiri, manusia pulak lebih tumpukan pada hygiene dan kebersihan. Jadi, memang satu kesilapan besar lah meletak segala perihal kucing itu dalam dapur. Jadi messy pulak dapur aku, dengan pasir kucing nya, dengan makanan dia.. pulak tu makanan manusia lagi kan... ish.... takkan bercampur gaul pulak?


Oleh kerana itu, aku telah mengubah semula reka letak (cheewah, perkataan... ) dapur aku. Jadi sekarang ni takde dah area wet kitchen dan dry kitchen. Semua bergabung jadi satu kitchen kat dalam. Area wet kitchen yang dahulu tu, jadi area Lulu. Hoh... lega pandangan dan hati aku bila selesai kerja aku. Berbaloi-baloi aku bangun awal semata nak mengalih rak dan perabot.


Oh, ya. satu je lagi belum settle. Aku cadang nak letak kain net kat grill area wet kitchen tu. Sebab memandangkan selepas ni pintu antara wet dengan dry akan sentiasa terbuka, maka kemungkinan untuk nyamuk berduyun masuk dalam rumah adalah pasti. Kemungkinan lain adalah kebarangkalian untuk Lulu belajar memanjat dan melompat keluar dari grill itu O__O. Sekarang ni dia tak pandai lagi. Dia tengok aje grill tu.... tak tau lah bila dia dah besar sikit nanti kan.. lebih baik berjaga-jaga sebelum terjadi =D


Owh, lagi satu. Dengan reka letak dapur aku sekarang ni, aku rasa lagi senang pulak nak masak. huhuhuuu~~~ Kalau dulu, prepare kat dalam, pastu bawak keluar untuk masak. Haiyoh~ memang leceh, tapi itu lah, kebaikannya bau masakan tak masuk dalam rumah. Sekarang ni rasanya ok jugak, sebab tempat masak tu dekat dengan tingkap dan pintu. Boleh la jugak angin tu tolak-tolak bau tu keluar.. haha~


Eh, teringat pulak kat Lulu. Harap-harap dia tak belajar memanjat lagi -__-' bahaya woo kat luar.. banyak anjing dan pencuri kucing!






~ Genab seminggu Lulu bersama kami.
~ Juwita pon dah get along dengan Lulu
~ Hubby pon suka layan Lulu.
~ kenapa nama Lulu? Ntahla, Juwita yang beri nama. So, kalau kena isi dalam borang nama kucing, aku akan tulis "Lulu Lola".

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails