salute to the nature

salute to the nature

Friday, April 8, 2011

Barbie atau Disney

My doter, Juwita dibesarkan dengan movie-movie animasi Barbie. Owh, mana je kanak-kanak perempuan yang tak boleh minat barbie. Kaler dia pink, muka lawa, badan hot, baju bling-bling, dress kembang-kembang, nyanyi-nyanyi, dancing-dancing.... cukup untuk membuat girl semua terpikat!


Antara movie barbie favourite Juwita adalah (ini bergantung pada mood dan musim dia).

1. Barbie the mermaid tale.

2. Barbie fairytopia (ada 3 siri)

3. Barbie in the 12 dancing princess

4. barbie musical "princess and the pauper"

5. Barbie Mariposa

6. Barbie and the diamond castle.


Ada lagi beberapa yang dia suka, tapi aku tak ingat. Ini yang dia kerap ulang tayang sampai reput CD tuh -__-'. Macam aku cakap, dia minat ni ikut musim. Kalau musim dia suka mariposa tu, hari-hari nak pakai kepak buat action terbang kesana sini. Sebulan lah kau kena tengok mariposa kat laptop dia.


Tiba musim dia layan barbie the mermaid tale, mencanak lah pulak hari-hari kau tengok dia buat aksi swimming dan nak pakai baju pon semua yang bare shoulder siang malam. skirt mesti nak pendek sependek pendeknya. Kang, bila dia tengah gila barbie princess and the pauper, kau dengar lah dia nyanyi-nyanyi, pastu pakai towel buat hood.


Sekarang, musim barbie in the 12 dancing princess pulak. Sehari 5 kali ulang tayang, 7 hari seminggu.. kira lah sendiri berapa banyak kali dah kena tengok citer tuh. So, dress code Juwita dari bulan lepas adalah dress kembang. Kaki pon ala-ala tinjit-tinjit je.. gaya orang ballet kan..... hadoi~~




Tapi kan... disebabkan anak aku ni dalam zaman Barbie tengah mencanak, Disney princess pulak macam tenggelam sikit, so dia tak kenal sangat disney princess. Princess Disney ni klasik woo.. masa aku kecik-kecik dulu, tak de la kuat sangat pengaruh barbie nih. Kalau imagine fairy tale, mesti terbayang cerita fairy tale ciptaan Disney. Mesti terbayang Belle, Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty, Ariel...


Oklah, Juwita kenal ariel. Sebab dia suka mermaid, dan kebetulan dia jumpa gambar Ariel masa aku google. Tapi dia tahu tu mermaid je lah. Tak kenal watak tu nama Ariel. Tak macam dia kenal Barbie in mermaid tale, dimana dia tau mermaid tu namanya Merliah dan dia half mermaid half human! (seriously, dia tau)


lagu-lagu dalam movie Barbie? semua dia hafal!! meaning dia tau la nyanyi, walaupon lirik dia sangat kedaung. Siap dengan step tarian semua dia hafal key. Dah tu, kalau tengok 100 kali lebih, mau tak hafal. Aku pon hafal semua lagu dalam movie Barbie =P


Aku rasa aku nak introduce Disney princess pulak pada dia. Sebab pada aku, Disney punya movie labih humble (bagi aku le). Citer dia bagi hope, bagi impian pada anak gadis untuk bermimpi indah. Bukan sekadar nak pakai baju cantik, nak nampak gojes, nak makeup, nak menari, nak berfesyen aje. Ada nilai murni dalam disney princess yang aku tak jumpa dalam Barbie. Barbie ni glamor je.


Oleh itu, aku telah mula mendonlod (sebab aku tak de peruntukan untuk beli citer-citer disney classic yang mahal gilos tu) sejak semalam. Of coz lah aku mulakan dengan mendonlod The little mermaid. 2 versi lagi aku donlod. Satu yang asal, satu lagi yang remastered punya. Harini aku donlod beauty and the beast pulak. Lepas ni maybe aku akan donlod cinderella. Owh..... aku pon tak sabar nak tengok seh~ Classic nih... masterpiece dari Disney.





Pastu... layan lah hujung minggu ni tengok disney princess! heh heh heh... tak sabarnya~~~~






~ kalau korang nak tau, Rapunzel tak tersenarai dalam list Official Disney Princess. Rapunzel bukan princess ciptaan Disney. Dia adalah fairy tale rakyat Jerman.

~ Ingat tak filem Enchanted? princess Giselle pon tak tersenarai gak.. sebab Disney kena bagi royalty kat Amy Adams (pelakon wanita) jugak kalau nak Giselle jadi official princess.

~ Snow White adalah Princess Disney yang pertama. 1937 tau~! Kemudian diikuti oleh Cinderella (1950), Aurora (1959) - sleeping beauty, Ariel (1989) - the little mermaid, belle (1991) - beauty and the beast. lepas tu ada Jasmine (aladdin), Pocahontas, Mulan, dan latest sekali, Tiana (princess and the frog).

~Untuk kesenangan korang baca sendiri tanpa aku perlu copy and paste, korang masuk je la dalam link nih http://en.wikipedia.org/wiki/Disney_Princess#Unofficial_princesses

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails