Posts

Showing posts from April, 2011

kompilasi menu sepanjang 2 minggu lepas

Image
Banyak sangat benda nak cerita sampai tak tahu mana satu nak mula. Nak cerita pasal jalan-jalan cari makan, tapi banyak sangat pulak. Takkan nak buat entry satu persatu pulak kan.. blog ni bukannya blog makanan.

So, aku mulakan dengan menu secret recipe dulu. Ni macam last 2 weeks jugak lah makan. Masa ni pergi jalan-jalan kat Aeon Bukit Tinggi. Hubby punya adalah Chicken Chop with Mushroom sauce. Ni ha dia gambar nya. Memang nampak menyelerakan, dan memang menyelerakan pon. Ini adalah set Lunch kat Secret Recipe ni. Chicken chop + Ice lemon tea = Rm15 ++. Agak berbaloi-baloi lah nak makan.



Ni, menu aku engan Juwita. Spaghetti Bolognese. Dia letak atas tu dengn mozarella. Tapi aku tak suka lah. Nampak sangat menyelerakan, tapi rasanya so-so aje. A bit dry, pastu cheese tu pon macam dah nak keras. I tell you, cheese is unnecessary pon. Tak payah ada lebih baik. Naik terkecik aku makan, sebab Beef Bologna dia kering. Juwita pon takmau -__-'



Ni, dessert. Golden Nugget. Nampak sedap, ma…

Penjejas kesihatan dan pembawa penyakit

Dalam pada aku berusaha untuk mengekalkan kesihatan, berat badan dan susuk tubuh menawan, masih banyak lagi perkara-perkara yang aku lakukan / tidak lakukan dalam kehidupan seharian yang sedikit sebanyak bakal menjejas kesihatan aku luar dalam. Sesiapa yang mengenali aku semestinya tahu bahawa aku sangat 'particular' dengan apa yang bakal aku masukkan ke dalam mulut (bermakna makanan lah). Dan aku seboleh-bolehnya mengamalkan cara hidup yang sihat dan kekal aktif sepanjang masa.

Akan tetapi, tahun ini adalah tahun yang agak mencabar bagi aku, keluarga serta syarikat. Kami kerja non stop! Perlu di ingatkan, aku bukan mengeluh ya. Bersyukur lagi adalah, sebab rezeki yang tak putus-putus tuhan bagi pada keluarga kami. Cuma bila kerja tak habis-habis, bermakna tak ada lah cuti, tak ada balik kampung lama-lama, tak ada holiday, tak ada senang-lenang. Pendek kata, KERJA KERAS!

Seingat aku, tahun ini aku tak pernah mintak off day lagi. Sabtu pon aku rela hati masuk kerja dengan hubby.…

Juwita jalan-jalan tayang muka

Image
Dah lama tak update blog. Dah lama juga muka budak kenit ni tak masuk blog. (walhal blog ni sah-sah nama dia)

Sekali harung, aku buat entry muka budak ni aje...


Ni masa kat Jusco Bukit Tinggi. Ada kempen kebersihan gigi dari Colgate.



Pastu ni kat Secret Recipe. Minum-minum lepas penat shopping. Beli set Barbie 'i can be..' ni. Hutang hadiah besday dia ni. Akhirnya baru terbeli setelah lebih 2 minggu besday nya berlalu.



Ni pulak, tengok ikan kat Pet Wonderland, Ikano. Abahnya ushar-ushar ikan. kengkonon nak bela ikan lah.... heh heh heh...






Ok, cukup dulu.

Daaa~~



~ tak sabar menanti ketibaan "ahli baru" dalam keluarga kami. ngee~~~~
~ sekarang sedang menyediakan persiapan segala apa yang patut sebelum ahli baru tiba. =) =) =)

Rambut sama hitam (walaupon rambut kau kena bleach, tapi asalnya hitam juga kan?)

Benarlah pepatah kata, "rambut sama hitam, tapi hati lain-lain"

Alah, rambut pon sekarang dah tak sama hitam. Ada yang coklat sikit, ada yang kemerah-merahan, malah yang blonde terus pon ada. Semua tu sebab mereka nak tunjuk pada donia yang hati mereka lain lah tu. Tak sama dengan orang kebanyakan. Ok, fine. Aku bukan ustazah nak nasihat itu ini.

Bukan isu rambut yang aku nak kisahkan, tapi isu hati lain-lain itu. Senang contoh, tanya sahaja lah siapa icon popular yang diminati. Owh, anak gadis belasan tahun sekarang akan sebut nama-nama korea yang katanya adalah penyanyi pop di sana. Tidak lah dapat aku memberikan contoh walau satu nama pon di sini sebab aku tak kenal mana-mana artis korea. (kalau nak kenal, korang kena pergi blog my dear sis. Dia die hard fan korean pop singer).

Walau jatuh chenta macam mana pon mereka pada korean artist, yang pada mata gadis-gadis ini sangat kacak dan bergayanya mereka, bagi pandangan aku pula adalah sebaliknya. Aku hanya nampak lelaki-lela…

Kopi dan Sandwich

Waktu pagi adalah waktu yang paling sedap nak makan. Antara 5 waktu makan, aku memang paling suka breakfast. Lunch aku tak ternanti-nanti sangat pon. Tea break pon aku jarang-jarang ada. Dinner aku memang skip. Supper... aku suka! aku suka kalau dapat secawan air panas sebelum masuk tidur. Rasa lengkap hari aku.

Antara banyak-banyak menu, bagi aku paling versatile adalah kopi dan sandwich. Aku boleh makan ini untuk breakfast, atau lunch, atau brunch. Kalau tengah malam tiba-tiba lapa sangat pon aku akan cari kopi dan sandwich. Kat rumah aku memang tak pernah putus bekalan roti. Kalau aku yang beli roti confirm aku ambil wholemeal bread. Kalau bos besar ambil, dia semestinya pilih white bread lah.

Aku anak beranak semua suka roti. Juwita pagi-pagi sebelum ke taska adalah wajib baginya memakan 2 keping roti bakar sapu kaya bersama air milo suam. Wajib. Bos besar makan apa sahaja yang aku sediakan. Aku, mesti nak sandwich, walaupon sandwich itu hanyalah bermaksud open sandwich (1 roti sa…

Natijah malas

Tidak. Natijah bukan nama saya atau sesiapa.

Ada ketikanya, semua benda adalah membosankan. Twitter bosan, facebook bosan, blog bosan, internet bosan, TV bosan, HBO bosan, games bosan, semua benda bosan!

Kadang-kala, semua perkara adalah sangat meloyakan, muak, dan rasa nak muntah. Bila pikirkan pon macam malas. Nak berenang pon malas, nak shopping pon malas, nak senaman malas, nak buat squat pon malas, nak buat apa pon malas

Tolonglah~~!
Saya cuma ingin bermalas-malasan barang sehari dua.

Bagi saya angin lain. Saya dah jelik dengan angin Shah Alam.





Tapi..... bila pandang cermin, dan melihat peha dan punggungku yang kian membesar.... Nah! Malas lah lagi! Biar koyak semua seluar jeans. Padan dengan muka kau yang pemalas itu.

*Tampar diri sendiri.* ~ cepat lah sedar Hida

NO-NO to JLo wanna-be. Me want Keira Knightly. Owh... Giuliana Rancic pon chantikkk!!!






~ Juwita ponteng taska. Kononnya demam lagi. Habis office jadi macam reban ayam bertelur. Pening kepala aku.
~ Schedule belum confirm. Bany…

Barbie atau Disney

Image
My doter, Juwita dibesarkan dengan movie-movie animasi Barbie. Owh, mana je kanak-kanak perempuan yang tak boleh minat barbie. Kaler dia pink, muka lawa, badan hot, baju bling-bling, dress kembang-kembang, nyanyi-nyanyi, dancing-dancing.... cukup untuk membuat girl semua terpikat!

Antara movie barbie favourite Juwita adalah (ini bergantung pada mood dan musim dia).
1. Barbie the mermaid tale.
2. Barbie fairytopia (ada 3 siri)
3. Barbie in the 12 dancing princess
4. barbie musical "princess and the pauper"
5. Barbie Mariposa
6. Barbie and the diamond castle.

Ada lagi beberapa yang dia suka, tapi aku tak ingat. Ini yang dia kerap ulang tayang sampai reput CD tuh -__-'. Macam aku cakap, dia minat ni ikut musim. Kalau musim dia suka mariposa tu, hari-hari nak pakai kepak buat action terbang kesana sini. Sebulan lah kau kena tengok mariposa kat laptop dia.

Tiba musim dia layan barbie the mermaid tale, mencanak lah pulak hari-hari kau tengok dia buat aksi swimming dan nak pakai baju p…

boleh pulak kan....

Image
Halal ke...?



haish.. macam-macam la. Boleh pulak macam tu kan? senang nye....la hai......

Nak salahkan siapa?





Bukan salah ibu mengandung~




~ Otak tepu, badan lemau. All work and no play, make us a dull guys.
~ nak choootiiiiiiiiiiiii~~~~~!!!!!! (dengarlah rintihan batin ku dan kamoo)
~ tapi buat masa dan ketika ini... Se-tin nescafe will do their wonder :P

food for thought

Image
Sometimes, even a prime minister need some inspiration. Apatah lagi aku. Yang sering terkandas dan tewas dengan godaan lalu hampir jatuh dari titian kejayaan. *phew* -berpeluh keringat aku mencipta ayat tersebut.

Yes. I do need inspiration sometimes. A lot of time. Most of the time. Ya, jangan sesekali kau ingat aku ni kuat dan penuh daya semangat yang jati senantiasa. Akupon boleh lupa dan langsung kelaut. Maka aku perlukan ini.............................................




Inspirasi dan panduan aku setiap masa. Aku bawa kemana sahaja. Sentiasa ada dalam beg. Supaya aku tak lupa lagi. Supaya dia sentiasa ingatkan aku. Supaya dia sentiasa kuatkan hati aku. (tapi aku takut juga kalau-kalau dia jadi lusuh.... maklum lah duduk berhimpit dalam beg)



Asalnya nak beli "skinny bitch". Ya... best seller yang penuh kontroversi tu. Aku dah baca 1 chapter kat MPH haritu. Memang kena lah dengan aku. Gaya bahasa pon memang B***H gile! Tapi memang setepek kena lah kat muka kau. Kalau kau prefe…