biri-biri dan lembu


Pada suatu malam, aku menonton filem "Leap year" dengan hubby. Masa tu, kami baru pindah rumah, maka TV pon belum boleh hidup. Sebabnya, TV dah sampai tapi wire HDMI tertinggal dalam kotak kat apartment lama. Maka, malam itu kami hidup gaya nenek moyang dulu-dulu aje.. aku pandang kau, kau pandang aku.


Tapi nasib baik ada laptop. Tengok lah movie yang memang ada dalam laptop tu. Internet memang lah tak wujud, mana ada broadband kan~


Masa tengok "Leap Year" tu lah.. ada satu scene tu, kereta mereka kena halang dek kambing biri-biri yang melintas jalan. wahhh~~~ entah kenapa lah aku teruja sangat dengan kambing biri-biri nih.. sebijik macam dalam gambar kat bawah ni lah. Comel je rasa bila kena halang perjalanan oleh sheep kan~~ haha~




Masa tu bila terkenangkan situasi dan keadaan tersebut, dengan cuaca yang indah, panorama pon cantik, ada pulak sekumpulan kambing biri-biri melintas... cantik nya! kena pergi luar negara lah kalau nak jumpa kambing biri-biri melintas jalan...


Kalau dalam negara.... Ha, jadi gini lah rupanya! Situasi yang sama, kereta kena halang perjalanan oleh haiwan ternakan... tapi lokasi adalah di Jasin, Melaka.




Lembu melintas jalan.....


Apa tah aku merapik.


Kenangan balik kampung~~ Eh, Juwita tak ikut nih. Tinggal dengan Aina, ma'su dan uwan kat rumah atok.





~ Lala demam. Sekarang, Ain pon dah demam jugak. Nasib baik kami dah pulang dari kampung. harap2 tak kena virus demam

~ haritu 1st time Juwita muntah dalam kereta abah.. huhuuu~~~ kena seat pulak tuh

~ next entry: masak-masak sabtu! baked macaroni and cheese

Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?