Red Velvet Cupcake lagi best dari hantu Kak Limah.

Isnin yang indah. Esok cuti lagi. Haish.. baru je lepas cuti chinese new year.. dah cuti maulud nabi pulak. Semoga minggu ini membawa rezeki yang melimpah ruah kepada kami sekeluarga. Aminn~~~



Owh. Raop dah seminggu stay rumah aku. So far, ade lah 2 hari aku spend hari dengan dia dan Kelly. 1 hari tu kami main masak-masak kat rumah. Buat red velvet cupcake. ahhahaa... jadi kau! Dah selamat di makan pon.


Esoknya spend time sehari lagi, buat makeup class. Kelly nak belajar makeup pulak. ngee~~ Noural Huda pon dapat datang bagi pinjam muka masa sesi demo. Upahnya.. bagi dia ngap itu red velvet lah. Tu pasal la habis red velvet tuh.. hahaha. weih.. kalau tak best tak habis tau!!


Owh... hari tu subcribe Hantu Kak Limah Balik Rumah. Mengapakah aku tak dapat meng-enjoykan diri menonton cerita itew??? Tak best macam Zombie Kampung Pisang pon... walaupon skrip-skrip berbaur sindiran as usual memang melambak (alaa... semua tau macam mana filem Mamat Khalid kan), tapi cerita dia tak de kick macam Zombie Kampung Pisang. A lil bit disappointment disitu... dan rasa menyesal membazir Rm15+++ (campur tax 6% lagi) meng-subscribe cerita itu. Baik aku amik Damping Malam.. boleh la kot nak rasa takut-takut sket. At least aku tak de expectation untuk filem tu selain dari untuk rasa seram.


Aku nak menyokong filem tempatan... tapi kalau gaya gini.. balik-balik mengecewakan aku.. adeh... komen dan ulasan orang ramai ni selalu kurang tepat la.. kata sedap la, best la, seram la, lawak gile la, layan la... bila tengok sendiri... alaaaahaaiiiiiiiiii~~~~~~ nyesal. Tunggu Khurafat pulak.. gah sangat sana sini orang kata best.. seram... arahan bagus.. lakonan berkesan.. mantopp... meh bak sini kasi aku tengok dulu, baru leh komen.






~ baik menonton hindustan. lagi layan.. cinematography mereka lagi cantik.

~ Saya berasa semakin sihat dan fit. Tapi saya semakin hitam dari hari ke hari.

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.