salute to the nature

salute to the nature

Monday, February 28, 2011

Minggu yang betul-betul BEKERJA

Minggu lepas adalah minggu yang sangat sibuk. Dari Isnin sampai Sabtu, memang betul-betul BEKERJA. Masuk office dah tentu 8.30. Balik pula tak pernah sebelum 7 malam. Ada satu hari tu sampai dekat 10 malam kat office lagi. Hubby pulak, sebab production job embroidery yang sangat pack, sampai kena stay back pulak dengan budak-budak embroidery tu untuk siapkan semua. *sigh*


Memang sangat sibuk. Alhamdulillah lah.. Rezeki bulan February memang memberangsangkan.. Bulan januari haritu relax sangat, so bulan ni memang berhempas pulas la jadinya.


Hari ini hari Isnin. Mula minggu baru. Relax dah sikit. Dah boleh nyanyi-nyanyi sambil buat kerja (minggu lepas tak sempat nak pikir lagu pon dalam otak, cemana nak nyanyi kan?) TAPI.....!!!


Production dan stabil la.. job banyak dah submit. Sekarang ni ACCOUNT la yang tengah pening! ~~ yakni aku le tuh!!!! Mana resit nak collect, mana invoice, mana cash sales, mana bill, mana payment, nak tunggu payment satu hal, nak cari resit lagi satu hal.. haish~~~~~ nak close job bulan nih...nak kira sales lagi... banyak kilijaaa woooo...


Maka dengan itu, aku buat blog hari ini sebab aku tahu esok takkan ada kesempatan untuk aku menulis entry. Esok nak tutup akaun maa... nak kira gaji lagi...komisen... ngee~~~


Oh.. dalam sibuk-sibuk tu, sempat lagi kami curi masa untuk berenang sabtu dan ahad lepas. Sabtu berenang kat PADE. Kebetulan taska Juwita buka pulak, lepas hantar dia terus terjun dalam kolam dulu sebelum masuk office. Ahad kami berenang kat Putrajaya. Dapatlah merasa berenang sesi malam. Memang SEJUKKK! best jugak kolam indoor tu.. hehehe~~~


Selain aktiviti berenang, hari Ahad tu sempat jugak masak-masak dengan anak dara ku itu. Buat lasagna dengan apple tartlet. Next entry aku citer pasal nih.



daaa~~~






~ minta maaf kepada beberapa customer yang call nak service makeup (dinner dan high tea) minggu lepas. Saya sangat sibuk sampai terpaksa tolak. Lagipon last minit call, tak dapat la saya tolong...

~ Makeup service dibuka untuk bulan march ini ye.. =) kalau boleh janganlah last minit call ye.. susah nak arrange jadual bila last minit. Sudahnya melepas pulak kang...

~ Juwita suka pergi taska. Happy tengok dia~~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails