lagu lama layan balik daa....

Mood aku tengah melayan lagu-lagu lama. Owh.. sangat mengimbau memori.. zaman aku kecil, zaman muda mudi.. zaman 90-an.. dan, bila melihatkan penyanyi favourite aku dulu dengan wajah dia sekarang, owh.. baru aku sedar betapa pantasnya masa berlalu. Betapa masa memakan usia..mengubah identiti dan paras rupa, namun sebilangannya masih berhantu suara mereka. Kagum!


Namun, dalam kebanyakan keadaan, entah bagaimana mereka hilang bersama bakat dan karya mereka. Dunia ini sangat kejam bukan... sayang pada karya dan bakat mereka... lenyap dengan wajah baru, dengan genre baru, dengan rentak baru...


Tapi bila kita dengarkan balik lagu mereka ni, memang masterpiece!


Contohnya lagu ni, "seringkali" nyanyian Maman Teacher's Pet. Tiap kali dengar mesti rasa syahdu dalam hati....







Aku suka juga lagu "kasih kupinjam wajahmu" nyanyian Maman Teacher's pet. Sangat terawang-awang bila dengar. Bawah ni pula maman sekarang... dengan imej baru. Aku hampir tak kenal.. tapi perasan bila tengok betul-betul. haha~~~nyanyi live lagik..










~ layan....................................................

~ bakat yang terbazir kerana peredaran zaman..............................

~ baguslah mood hindustan dah hilang.

Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?