Juwita anak manja abah dan ibu

satu-satu saya sayang ibu,

dua dua saya sayang abah

tiga tiga sayang adik kakak...

satu dua tiga sayang semuanya....


Lagu Juwita pagi tadi masa mandi... alaahai.... comel betul.



Juwita memang macam tu... kesukaan dia adalah menyanyi. Lagu kanak-kanak mahupon lagu komersial di radio, bahkan lagu iklan "plasmacluster hanya dari sharp" pon dia boleh enjoy nyanyi.


Antara ibu dan abah.. sebenarnya dia lagi rapat dengan abahnya. Tidur nak abah tepuk, mandi nak abah tengok, pakai baju nak abah pakaikan.. bangun pagi-pagi mesti datang kat katil kami cari abah nak peluk. Pagi-pagi lagi dah tanya mana abah..


Oh.. aku tak jeles. Malah aku bahagia tengok kegembiraan di mata Juwita dan kasih sayang seorang abah pada anaknya. Rasa syahduuuu je. ahaks.


Lagipon, senang la sikit kerja aku... nak kemas rumah, nak basuh kain... boleh abahnya temankan dia main. kan..kan..kan...!


Juwita~~Juwita~~~~


Rindu pulak ibu kat kamu... belajar elok elok ye sayang... jangan nakal-nakal. Tak moh nangis kat taska.... (harini Juwita tak nangis gi taska... very good girl~~ muaxs)






~ Best pulak kelas makeup semalam.. kesian model Noural Huda. Ulang alik Shah Alam - Bukit Raja ulang ulang kali...

~ sambil kelas makeup, makan red velvet cupcake, sambil tengok kuch kuch hota hai... haha~~

~ sakit bahu dan belikat sejak semalam....salah tidur kot

Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?