Hilang idea menulis blog? (eh..tulis ke...?)

Belakangan ini aku kurang idea untuk menulis. Mungkin kerana kehidupanku macam biasa-biasa aje.. bangun pagi, siap pergi office, hantar Juwita ke taska.. Juwita pon dah kurang karenah. Tak nangis ke taska, dah diapers free, semua dah buat sendiri...dah bukan toddler lagi dah kot.. infant jauh sekali.. wahahaha~


Maka kuranglah benda aku nak blog kan.. pergi bercuti pon tak, pergi makan-makan pon tak, shopping pon takde benda menarik... semua tak. Habis apo???? Agaknya ni lah sebabnya banyak blog aku follow sekarang dah kurang update. Kengkadang tu sampai 2 bulan tak update. Aku pon confuse, mika ni nak berblogging lagi ke tak.. tak pasal-pasal buat blogger lain yang link blog mereka ni tertanya-tanya. Kalau taknak blogging dah, lebih baik buat penyataan rasmi, "saya tak ada idea lagi nak blog pasal apa. semua aktiviti adalah seperti biasa, tak ada yang luar biasa. Jadi saya nak stop blogging" kan senang orang lain boleh remove link blog anda.


Antara blog yang tak kekal lama atau blog yang dulu update hari-hari, sekarang 2 bulan sekali pon susah, adalah blog yang berkisarkan benda yang fokus pada sesuatu.


Contohnya, blog si A adalah pasal preparation dia menjelang hari bahagia/ sebelum kahwin. Hari-hari update pasal preparation. Hari ni buat bunga telur, esok buat bunga telur, lusa pon buat bunga telur.. pon masih jugak nak di update... pastu, hujung minggu pergi Semua House, minggu depan pergi Semua House lagi.. haish! pendek kata, sehinggakan sekecil-kecil detail tentang preparation perkahwinan akan diceritakan. Bagus blog begini, sebab bagi info dan panduan juga kat bakal pengantin yang lain.. kat mana nak cari itu ini, beli itu kat mana, cari itu kat mana.. makeup artis mana bagus, baju tempah kat mana yang lawa.. kan banyak info tu. Cuma itula... bila mereka ni dah kawen, stop la update. Mula-mula kata, berhenti seketika sebab honeymoon. Then sampai 4 ke 5 bulan pon tak de update lagi. Eh.. lamanya honeymoon? owh lupa.. kan honeymoon sepanjang hayat.. =)


Contoh lain, blog si B yang berkisar tentang pregnancy pertama dia. Owh.. hari hari juga update. Hari ni mengidam mangga, esok mengidam kambing, lusa mengidam mee goreng. Hari ni muntah-muntah, esok badan panas-panas, jadi mintak hubby bawak gi genting highland. Request granted, hujung minggu pergi genting (ops.. macam aku je nih). Balik dari genting, update lagi, minggu depan ada check up, tak sabar nak tengok muka baby, nak tau boy ke girl. Minggu depan update, siap post gambar scan baby.. owh.. girl... maka entry berikutnya suruh reader cadangkan nama baby gurl.. lepas seminggu, tanya pendapat reader pulak, best tak nama ni.. tak pon nama gitu.. ke combine dua-dua nama.. heh heh heh..


sampai 3rd trimester lain ceritanya. Kandungan nya ada problem sket. So, lagi interesting to read (pandangan sebagai seorang pembaca) Doktor kata sekian-sekian, bagaimana mereka menghadapi situasi tersebut, makan ubat, pergi check up, dan masalah-masalah lain yang dikongsi bersama pembaca and then blogger tu get ready nak ceasarian. Alhamdulillah selamat.. maka berubahlah blog itu, daripada diari seorang ibu mengandung, kepada diari ibu berpantang. Owh.. hari-hari juga update. Pasal pengalaman pertama berpantang. Pasal baby yang tak tido malam... Sampai lah habis pantang, dia dah masuk kerja, baby hantar day care...


Owh.. blog begini biasanya lama bertahan. Sebab dari pregnant, sampai berpantang, then kisah pasal baby tu pulak. Now, Blog tu memang completely berubahlah. Kalau dulu dok cerita pasal diri si ibu, sekarang hari-hari update pasal si anak.. anak buat itu, buat ini, dah menyarap, dah guling, dah berdiri, dah jalan, dah makan nasi, dah bercakap, dah tumbuh gigi, dah pandai mengamuk... (letih..) Sambung lagi, baby first outing, bayi sepahkan rumah, baby tumpahkan air, baby jatuh tangga, baby masuk taska, baby diapers free, baby tak minum botol dah... semuanya pasal baby tuh. (blog aku pon sama lah.. excited kan.. anak 1st... heh heh)


In fact, reason why i started blogging few years ago was because of my daughter. Rasa macam kena ada tempat nak share dan simpan memori indah tu semua. Kalau tak rasa macam rugi je kenangan dan memori tu semua.. tak ada medium untuk di kongsi dan diluah.


Cuma problem nya, sampai satu tahap, baby tu dah besar sket, tak ada banyak benda dah nak cerita. everything is going normal. So, apa nak cerita??? ha.. cuba cerita.. cuba cerita.. Sebab tu le banyak jugak blog mommies yang aku follow dan link dulu sekarang dah inactive. Tak update lama gila! sampai aku pon assume, owh, semuanya berjalan lancar.. tak ada benda nak cerita.. mereka hidup seperti biasa la tu...


Nasib baik, blog aku ni banyak jugak topik lain. Seperti shopping and goodies, vacation, dine in dine out.. selain dari topik mommy dan baby issue. So, at least banyak benda jugak nak cerita.


Tapi...!!!!!!!!!!


Bila vacation time belum sampai, makan best kat luar dah kurang, asyik-asyik mamak, nasi campur, mamak, nasi campur.. masak pon ala kadar, ikan goreng, ayam kicap... shopping pon sekadar beli sayur, vitagen, plastik sampah.......


so.....



Apa nak cerita????????





~ tak ada idea nak cerita pon boleh jadi topik untuk bercerita. Ironic~

~ Minggu lepas dengan minggu ni sangat kurang aku gi swimming. Adoi.. flutter kick tak sempat nak training lagi...

~ Sibuk!!! semua job submission before march!

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku

Bermalam di Concorde Hotel Kuala Lumpur

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.