salute to the nature

salute to the nature

Tuesday, January 18, 2011

membuak-buak perasaan aku nak buat

Tahun ini ada banyak perkara yang saya ingin cuba dan selesaikan. Kalau boleh, (kalau ikutkan hati yang sedang membuak-buak) semuanya nak di settlekan dalam bulan ini juga. Tapi bila pikir secara waras semula, tahun ini seperti tahun-tahun yang sebelum juga, ada 12 bulan. Bulan ini baru Januari, ada 11 bulan lagi di hadapan. Why so rush???


Tapi kalau pikir macam tu selalu, sudahnya semua kerja jadi tertangguh. Sifat bertangguh tu lah yang ak paling cuba elakkan. "alaaa.. lama lagi" "alaa.. banyak lagi masa" " ala... bulan depan lah baru start" Lama-ama tanpa kita sedari, tiba-tiba satu hari kita buka mata rupanya dah 30 Disember 2011. Ha... macam mana?


Bulan ini banyak benda aku tengah prepare... hopefully by February, dapat aku start. Antaranya:


1. Aku tengah survey kelas renang for ladies area Shah Alam. So far, tersenarai 2 tempat aje. So, aku akan tanya dengan lebih lanjut kepada 2 kelas tersebut, dan mana yang aku berminat dan menepati jadual dan keselesaan aku, akan aku terus register untuk Februari nanti. Kalau ikutkan jurulatih tu kata, 2 bulan lebih dah boleh berenang kalau tak ada water phobia. Rasanya aku tak ada water phobia (perasaan aku lee.. tak tau le nanti kan.. hihi) So, sebelum bulan 5 dah berjaya lah berenang seperti ikan lumba-lumba (yok yo oo kan??)


2. Aku sebenarnya plan nak jogging kat taman SUK tu, at least.. AT LEAST lah... 2 kali seminggu. Tapi sampai laa ni tak kesempatan lagi. Hujan lah... kena OT kat office lah, kena kerja luar sampai petang la... Entah pape je kan... tima tak plan dulu, banyak je pulak masa aku rasa. Bila aku nak start banyak pulak halangan... haish~~ Takpa, tengok minggu ni macam mana, dapat ke tak jogging nih. Taman SUK tu sekangkang kera jahh dari office aku ni. Sangat cemburu tengok mamat fit-fit badan jogging tiap petang. (dah la seluar slack aku beli sendiri kat Al-Ikhsan. En. suami tak bagi ikhsan pulak T__T)


3. Aku nak belajar bawak keta auto hubby aku. Heh.. ini boleh ditangguh ni... wahahaha~~~ nanti-nantilah bila sampai seru kang. Orang kata, tak susah pon nak bawak auto, tekan je la paddle minyak tu. Nak break tekan break. Bukan ada cluth pon, tak payah tukar gear... apa yang susahnya??? Manual lagi susah. Hoh! senang la kau cakap. Bukan isu senang atau susah disini. Tapi isu aku nak kena overcome my own fear and phobia. Kancil mak aku pon aku tak berani bawak!!! paham tak di situ???


Bukan isu kereta tu manual atau auto, kereta kecik atau besar.. tapi aku ada perasaan gemuruh di dada bila pegang stereng kereta. (Even kelisa aku pon, baru hujung-hujung tahun lepas aku berani bawa) Dalam kes kereta hubby aku, yang berkali ganda lagi besar dari Kelisa, laaagilah bertambah gemuruh. So... paham tak point kat sini? Kes nya adalah aku nak try overcome perasaan takut, gemuruh, panik, phobia dan trauma aku terhadap kereta. Simple untuk orang lain mengata, tapi berat untuk yang merasa.


4. Aku kalau boleh tahun ni nak mendaki AT LEAST sebuah gunung. Dah lama gile dah tak buat aktiviti-aktiviti luar lasak gitu. Camping kat air terjun, mendaki gunung... kan best kalau dapat buat aktiviti ni semua dengan suami tercinta. Mesti seronok kan.. Masa dolu dolu camping dengan kawan-kawan sekolah... walaupon hubby pon kawan sekolah jugak, tapi tak sama beb. Dulu tak ada perasaan chenta.. sekarang lovey dovey. Dulu dia khemah dengan boys, aku khemah dengan girls.. sekarang boleh satu khemah. ahaks~ chess.. aku terasa keromantikan yang adventurous di situ..!


5. Aku dah start berkobar-kobar nak pregnant balik. Tapi.... still kena tunggu sampai bulan 6 baru boleh remove Implanon. Bulan 7 baru nak try mencuba kali kedua. Harap-harap berjaya dengan sukses. Bukan tak boleh nak remove sekarang, tapi kami ada 2nd honeymood bulan 7. Aku taknak la gi honeymoon berbadan 2. Fizikal aktiviti jadi terhad. Nanti banyak aktiviti lasak aku tak dapat buat. kalau boleh nak all out masa holiday tuh. Kot ada extreme game, water game, flying fox, berenang, semua aku nak buat puas-puas. Dah puas baru nak peknen. Haaa... voley??


Tau tak, aku dah pikir dah kalau peknen nak check up kat mana, nak doktor apa... nanti bersalin nak doktor sapa sambut...nak beli baju apa, nak makan apa... nak buat apa...nak beli apa... semua lah! semua benda aku dah pikir. Bukan aku sengaja pikir, tapi benda tu datang sendiri, dah start terpikir-pikir sejak 2 menjak nih... Mungkin itulah petanda bahawa aku sudah bersedia untuk melalui saat itu sekali lagi. (Owh, BTW... aku nak doktor Kamal jugak. Taknak doktor lain tengok aku). Heh, cukup sampai situ je lah aku kongsi dengan korang. Kalau ikutkan otak aku ni, sampai jauh gila dah aku terpikir...



Banyaknya aku merepek hari ini. Lain kali aku merepak lagi. Terima kasih sebab sudi baca.




*tepuk dahi*





~layan Oh Yeah sampai gelak guling-guling. Tak tahan dowh....kenapalah diorang ni lawak sangat... terus hilang idea aku nak menulis.

~Bulan ni belum dating dengan hubby lagi.. Bila nak jalan-jalan ikea.. minum starbuck, makan steak..? heh heh heh

~ Nak tengok wayang pon.... ada cerita menarik ke eh sekarang????

~ mouse ni kan... aku humban gak dalam tong sampah kang tau! Nak kena beli baru gak nampaknya.. (strategi mengugut peralatan supaya ia kembali berfungsi)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails