red velvet dan granny butterscotch


Yep.. Akhirnya berjaya juga aku dating bersama hubby minggu lepas. Tu pon dah alang-alang nak cari headphone, kami ke Empire Shopping Mall sebab nak pergi Sony Center. Tak sampai 20 minit dah jumpa headphone. Maka mulalah meragau tak tau nak buat apa. Nak shopping tak tau nak shopping apa (tak ada current wish list yang nak dipenuhi)


Ajak hubby makan-makan minum-minum. Mula-mula nak ajak dia makan kat The Loaf... tapi pastu teringat pulak cafe Whisk yang dari duluuuu lagi dah janji nak belanja dia....so proceed dengan whisk.


Tak cadang nak makan kat situ pon. Take away saje... lagipun kejar masa sebab nak kena pick up Juwita pukul 6. (kalau tak OT wooo~~)


aktiviti membeli


Okeh. Aku beli 2 slices. 1 slice red velvet dan 1 slice lagi adalah butterscotch. Butterscotch sedap!!! red velvet memanglah tak payah cerita kan.. memang sedap lah.


Butterscotch ni, aku dah masukkan dalam list cake yang akan aku makan. hahaha~~ Dulu aku pernah cerita pasal cake yang aku suka dan aku tak suka kan... owh.. yang ini memang "to-die-for"!




yang merah tu dah tentu red velvet. soft and creamy & smooth, like a velvet. yang lagi satu tu butterscotch


Kesimpulannya, aku boleh bagi 4 setengah bintang kat 2 kek ni. Cukup moist, tapi tak sembab. Just perfect aje. Not too sweet, tapi tak tawar. Portion pon sedang elok. Aku share dengan hubby dan Juwita kat rumah. Juwita makan red velvet banyak gile O__O Aku sempat rasa 4 sudu aje... T__T Tapi butterscotch aku habiskan.



dua-dua kek ni topping cream cheese, cuma red velvet ada guna mascapone, butterscotch pulak ada campur butterscotch (of coz lah..)


Eh.. aku rasa aku lagi suka butterscotch pulak sekarang. Maybe sebab berbanding dengan red velvet yang rasa moist, berlemak, dan creamy (aku maksudkan kek nya nya, bukan cream cheese nya), menyebabkan jika dimakan dengan kadar yang banyak akan menyebabkan muak. (bukan salah kek, tapi salah perut aku yg lactose intolerance) butterscotch ni lebih subtle. Lite sikit, dan ada satu texture istimewa yang tak dapat aku explain kat sini. Kalau red velvet dia akan melt dalam mulut, tapi butterscotch ni ada texture yang kasar sikit. Kasar yang aku suka. Kasar yang elok. Hah~! susah nak explain.. korang rasalah sendiri, cerita banyak pon tak guna lah...

Harga 1 slice adalah Rm11.50. Jadi total damage untuk 2 slice cake hari itu adalah RM23.00. OK laa.. sekali sekala... Haruslah belajar buat red velvet dan butterscotch selepas ini untuk menampung selera di raja aku dan naluri tuan puteri Juwita. wahahaha~~






~ Yay~~~ raop balik esok... balik kampung.. yay yay~~!!

~ Ain, aku tak sempat beli detergent dengan getah reben ko

~ Walaupon packing itu sesuatu yang melecehkan, tapi terpaksa digagahi jua... (baju kotor dari Port Dickson haritu pon tak habis basuh lagi..)

Comments

AinSaniah said…
ciss la kau. tak beli beli lagi
camne nak jadi personal shopper nieh ? ha??????

wahh dah ada headphone !! boleh aku pinjam !! XD

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.