salute to the nature

salute to the nature

Monday, January 3, 2011

perihal Isnin pertama 2011 dan headphone.

Hari ini hari Isnin bersamaan dengan 3 Januari 2011. Isnin pertama tahun 2011. Sepatutnya, dah siap tutup akaun, dan kena arrange meeting untuk penilaian 2010, dan pembentangan 2011. Tapi, semua tu terpaksa kena hold dulu. Sebabnya, ada job yang belum settle. Selagi job tak settle, selagi tu aku takkan tutup akaun. Tunggu pon tunggu lah. Tapi paling lewat pon sampai petang ni lah. Esok make sure akaun dah tutup. Esok boleh arrange meeting. Baru lega rasa.


Maknanya, harini tak lega lagi!


Aku dari haritu nak beli headphone, tapi tak beli-beli lagi. kenapa nak headphone?

1. Dunia aku sunyi tanpa lagu kegemaran. ahaks

2. office tak boleh bukak lagu kuat-kuat. Aku pernah sound orang office sebelah kot.. takkan aku pon buat benda serupa...

3. Aku tak boleh pakai earphone.. sebab pakai tudung kan.. so, mana nak sumbat earphone. headphone lah jawapannya.

4. Lagipon aku geli lah pakai earphone. Headphone best sikit. Kedap je rasa, tiada kesan tahi telinga pulak tuh. heheheee~


ok. cukup. Jadi, hubby mencadangkan aku supaya ke sony centre, dengan bermaksud membeli jenama sony lah tu. Aku ok je.. mana lah aku tahu brand apa bagus mana tidak.. cuma, pernah tau, orang cakap, philip punya no-no-no.


Selain tu, orang sebut-sebut jugak brand Sennheiser. Ini memang top dan terbaekkk di kalangan headphone. Harga... agak-agak la kan. Nama pon terbaekk, takkan 90 hengget kot.. bermakna, diluar budget aku la nih.


My sis, si chaerin tu, minat benar dengan monster beat by dr. dre tuh... i tell u, memang lawaaaa lah headphone dia.. tapi sumpah semua over price gegiler!!!! rege headphone semua dalam RM1k ++++!! Ni selebriti suka lah pakai. Ada style kan... dalam usd regenye dalam 399usd la jugak... sampai melaysia, kena cekik lagi, jadi la almost RM2k. wahahaha~ pitam nak bayar...


So, aku dengan down to earth dan low profilenya, sambil tertunduk-tunduk malu, menyudikan diri membeli sony jah~~~ ok wat Sony. high end punya sony kira setarap sennheiser gak la.. sennheiser yg paling cikai kot.. adoi~~~





~ yang penting ada headphone. ko adaa????

~ asalkan dapat dengar lagu kegemaran aku dengan audio yang jelas dan clear sudah cukup baek.

~ budget pon ciput kan.... redha je lah.

~ soalnya, bila tuh nak menyerbu sony centre??? bila sayang? bila? (soalan dituju khas untuk en. suami)

2 comments:

Mknace said...

:) :) :)
terbaeekkk!!!!

saniaa said...

ye sayalah Si Chaerin ohohoho =D

haah kau pon suke beats by dr dre !!

monster beats by dr dre tu paling murah $199 = RM600++ XDD

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails