perihal berat badan lagi dan update aktiviti kami laki bini.

You must be the change you wish to see in the world -/gandhi/


Yup.


Hari isnin haritu pergi giant jumpa penimbang berat digital depan mekdi (alaaa.. yang biasa ada kat shopping complek tu.. bayar 20sen dia tolong timbang berat dengan tinggi kau). Maka aku, hubby dengan Juwita gatal nak timbang berat masing masing. Asalnya, Juwita yang minat sangat dengan benda ni. asal jumpa je mesti nak naik. Nak pijak katanye.....


Sebelum aku reveal berat kami, aku nak bagitau, awal Januari haritu aku timbang kat jasin, guna penimbang adik aku. Secara roughlynya (sebab tak tahu dengan pasti kerana jarum tu goyang-goyang aje) berat aku adalah 45kg.


Ok. Juwita yang halusss tu beratnya 11.9kg aje... owh anak eden..... ringan je rupanya. Tapi kenapa bila dukung rasa semangat sangat???? tinggi standard lah budak nak masuk 3 tahun... 90+cm (lupa exactly berapa) manalah pergi semua nasi 2 pingggan yang dia makan tiap kali dinner... roti bakar tiap pagi... kuih muih dan coklat yang dikunyah tiap kali kat rumah... adakah semua jadi lemak di pipi sahaja??? pipi dia memang selambak pon... tak seperti badan dia yang halus tu.


Tiba giliran hubby... tinggi 176cm! wawawa~! Selama ini aku tak pernah perasan betapa tingginya suami ku itew~~~ owh!!! tingginya dia rupanya. Berat pulak.... 58kg aje. Iye.. laki aku kurus. Tapi ni pon dah naik sikit. Dulu 55kg je masa tahap paling kurus tuh... sampai orang semua perasan dan tegur. Awatnye kurus sangat....sakit ke.. kerja kuat sangat ke....hehehe... Bila kurus ni bukan ape, orang ingat dia belum kawen. hahaha! Hubby ku itu, kalau nak hensem lagi , biar berat dia dalam 65kg gitu.. barulah bidang berisi sikit peha dengan lengan tuh.. haaaa.... :P


Last sekali giliran aku.... saat yang ku nantikan jugaklah.. Awal bulan timbang 45kg. Takut gak kalaulah bertambah berat aku... (sebab jaga makan tak jaga sangat... senaman pon ala kadar je bulan ni, setakat yang boleh selit-selit je).


Naik penimbang, masuk 20sen... keluar result....42.9kg.... haaaappyyyyyyy~~~~~~~~~ yay!


Tak banyak cakap, senyum aje.


Owh.. tinggi aku? takkan tak tau.... 149.5cm jahhh oiii~~~~ (melangut dongak aku tengok hubby selama ni... tak perasan!)


So, back in track....


Kelas swimming dah nak mula, actually aku dah mula hit the swimming pool sejak 2 hari lepas lagi. Belajar sendiri sikit-sikit dulu sebelum mula kelas formal minggu depan. Seminggu sekali gi jogging kat taman SUK.


Makan dah control potion, dah pilih makanan yang healthy, tak makan junk food, tak snack unhealthy between meal...


So far so good!


Now... consentrate pada flabby area pulak~~~~lalalaalaaaa~~~~~





~ 1 hour and a half of swimming session is really tiring! betul-betul membakar kalori lah!

~seem like finally my husband and i found a new hobbies; great activities to spend time together~~something we both enjoy doing together, and its really healthy!

~ sakit-sakit badan.. ouch! natijah tak warming down dengan sempurna

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku