salute to the nature

salute to the nature

Friday, January 14, 2011

Lagu kegemaran

Lagu kegemaran aku sentiasa berubah-ubah mengikut semasa. Bila lagu tu catchy, kali pertama dengar terus terpesona dan tergoda, lalu mulalah mencari-cari tajuk lagu, penyanyi dan kemudian check video kat youtube (kalau video tu high quality, aku download je~~)


Antara lagu yang aku suka je main tiap hari sekarang ni lagi adalah lagu Club can't handle me; Flo Rida. Lagu current (yang tak berapa current tapi masih valid kat radio) yang aku suka layan tiap pagi, sebab beat dia yang rancak dan mendorong badan aku untuk berdansa. Aku suka juga dengar lagu Airplanes, walaupon lagu tu kena kutuk kaw-kaw sebab niat penulis lirik menyamakan airplane terbang malam sama dengan shooting star adalah sangat kebodohan. Aku punya suka, suka hati aku lah~~


Tapi, selain lagu tu, kebanyakan lagu dalam folder lagu aku adalah lagu yang tak berapa baru. Aku masih layan lagu Home; Micheal Buble', Everything; micheal buble', Flying without wing, When you tell me that you love me, father and son; Cats Steven/ Yusuf Islam, In my daughter's eyes, Ada; M.nasir, thinking of you, Serta lagu-lagu Nancy Ajram.


Oh ya.. kadang kala aku mencari lagu yang sweet untuk di dengari, seperti lagu Love story, you belong with me, buat aku tersenyum, saat aku lanjut usia, priya kesepian...


Kalau aku tiba-tiba dilanda ke-jiwang-an (yang biasanya berlaku setiap hari), aku akan dengar lagu Need you now; lady antebellum, tak pon lagu srikandi cintaku, atau lagu Pemuja rahasia.


Sejak dah ada headphone ni, kehidupan aku kembali berirama. Gembira dapat dengar lagu setiap pagi sebelum memulakan kerja. :)





~ Juwita demam, maka dia tak ke taska hari ini... kena lah layan cik tuan puteri yang demam ni~~~

~ Petang nak balik Melaka, Rauf pulang dari perantauan. (juwita rindu kakak lala. apakah..?)

~ excited~~!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails