salute to the nature

salute to the nature

Tuesday, January 4, 2011

Kecuaianku kelemahanku

kalau dah cuai tu...


Ini bukan sifat buruk. Sebab ia bukan sifat. Kalau malas, caca marba, pengotor dan selekah barulah boleh dikategorikan sebagai bad habit/ sifat buruk. Aku rasa cuai boleh di ambil kira sebagai KELEMAHAN.


Selain cuai, antara perkara yang boleh di kategorikan dalam kelemahan adalah lupa, dan emosional.


Kadang kala kita lupa sesuatu perkara, walaupon kita dah berapa kali ingatkan diri sendiri, tulis kat kertas, save dalam henfon.. tapi kita tetap lupa. Ada orang cakap, bila kita terlalu mencuba untuk mengingat, kita akan lebih mudah terlupa. Seperti tiba-tiba kita lupa jalan nak balik rumah, walaupon tiap-tiap hari pon kita lalu jalan yang sama. All of sudden semuanya blank, semuanya blur. (aku pernah lalui pengalaman ini sekali dahulu. Puncanya adalah perasaan terlalu berjaga-jaga dan terlalu nervous)


Bila kita emosional juga, kita akan melalukan perkara di luar jangkaan kita. Kadang-kala kita tercakap perkara yang tak sepatutnya kita cakap. Kadang kala, kita akan mengungkit perkara yang tak sepatutnya diungkit. Kadang kala akal hilang jauh entah dimana, yang tinggal hanya perasaan gelodak di jiwa yang membuak-buak.


Kecuaian berlaku tak pernah kita minta. Tidak ada orang sengaja untuk cuai. Oleh itu kecuaian tidak boleh diklasifikasikan sebagai satu kesalahan. Lain lah kalau mencuri, menipu, memutar belit, atau rahsuah. Semua perbuatan tersebut adalah dilakukan dengan sengaja. Mana ada orang "saya tak sengaja menipu kamu" mesti dia menipu dengan sengaja. Tak sengaja TERcakap benar itu pernah.


Bagaimana boleh cuai?


Entah la ye.. bagaimana boleh cuai... bagi aku, kecuaian boleh berlaku apabila:


1. Kita melakukan sesuatu, tapi fikiran ke tempat lain. Hati tak tenang atau ada benda lain di fikiran.

2. In a rush. Maka ada saja benda tetinggal dan terlupa.

3. Memang jenis cepat lupa/ careless. Ini biasa ya.. 70% manusia di dunia ini lupa kat mana dia letak kunci malam tadi.

4. Un-organized. Barang-barang peribadi berselerak, dan hidup berserabut.

5. Selalu ambil ringan perkara sekeliling.



Semalam, kerana kecuaianku, aku telah tertinggal kunci office dalam office, dan office telah aku kunci. Apa lagi, mengamuk la big boss! ahaha hahaha~~~ Ape lah nasib... tak pasal-pasal kena marah untuk pertama kalinya pada tahun ini. :P


Tapi apa nak buat... orang kata, nasi dah jadi bubur.. mana boleh tambah beras lagi. Takkan jadi nasi balik punya. So, redha je laa kena marah...


Sekurang-kurangnya, tak ada barang hilang. Kunci pon bukan hilang, just tertinggal kat dalam office. Hmmm... apa lagi ye contoh kecuaian orang lain yang hampir serupa dengan aku.....


1. cuai letak kunci kereta & motor menyebabkan kunci tersebut hilang

2. cuai menyimpan IC menyebabkan hilang

3. cuai letak duit sampai hilang

4. cuai ketika memandu sampai excident

5. cuai melakukan kerja di pejabat, lalu melakukan kesilapan menaip (typo error)

6. cuai melakukan kerja di kilang menyebabkan tangan kudung O__O

7. cuai menjaga anak sampai anak mati O__O' (OMG.. mintak simpang~) -tapi pernah berlaku juga kan...anak kat taska mati dalam buai la, mati minum susu la, mati jatuh tingkap la.. @__@' takott aku dengar...

8. dan.. sebab kecuaian juga lah, aku lupa tutup api gas masa nak gi office beberapa bulan lalu, menyebabkan periuk hangus. Nasib baik teringat di pertengahan jalan.. kalau tak.......


Kebanyakan masa, aku akan melakukan kecuaian apabila aku nak cepat. Sambil buat kerja tu, otak ligat dah pikir benda lain nak buat lepas tu... sudahnya.... mesti ade lah benda yang terlupa atau tertinggal.


Ada tak ubat atau cara untuk mengatasi masalah kecuaian ini? Any suggestion????










~ maafkanlah kecuaian saya...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails