salute to the nature

salute to the nature

Monday, January 10, 2011

Broiled yogurt-ginger checken breast




Broiled yogurt-ginger chicken breast (Ambil kat Martha Stewart Living Cookbook, masak 2 minggu lepas) Dalam bahasa melayu mungkin adalah Ayam Panggang halia atau pon, Ayam halia yogurt (bunyi tak sedap), atau ayam panggang berhalia dan yogurt... apa-apa lah! Yang penting, dia sebenarnya adalah ayam panggang (grill) yang di marinate dengan yogurt, halia dan cayenne pepper. (entah mengapa perkataan cayenne tak ada pula dalam tajuk resepi)


Yang bestnya, sebab dia pakai yogurt kan, so rasa dia ala-ala tandoori. Pastu dengan rasa pedas-pedas kick hasil dari campuran cayenne pepper dan halia yang extra banyak. Memang marbeles!


bahan-bahannya:

ayam - dada
fresh plain yogurt
cayenne pepper
ground cumin (aku takdak cumin hari tu)
fresh ginger - finely grated
salt to taste





bahan semua agak-agak je lah ek.. pandai-pandai lidah korang lah nak rasa. Tapi aku memang letak banyaaakkkk halia dan cayenne pepper. Memang super hot!


Marinate je semua ni dalam sejam atau maksimum 8 jam. Pastu bakarkan kat api sederhana sehingga masak dan luaran sedikit keperang-perangan. aku bakar pakai pan grill aje. Tak payah letak minyak ke apa. dalam 5 ke 6 minit each side dah masak.






Oh, ya. jangan lupa toss marinate tu sebelum letak kat grill (kalau guna pan grill lah) sebab kalau tak, kuah marinate akan hangus dulu. (macam jadi kat aku haritu, lupa toss punya pasal) Kalau grill outdoor pakai bbq set lagi sedap, Tak payah nak toss-toss.


Lagi satu, chicken breast tu, 1 ketul bahagi kepada 2. Meaning, belah kat tengah supaya jadi nipis sikit dan kulit seeloknya di buang. (dah kata resepi dari orang berdiet kan... mestilah healthy and delicious~~ngee)





enjoy~~





~ short vacation yang memuaskan! looking forward for something like this again later

~ Juwita dah tak ada masalah nak ke Taska. She LOVE it!!!

~ Harini: cherry berry tahap kecil sederhana. adoi~~~

1 comment:

r-mean said...

sihat dan sedap..nyum2!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails