Akhirnya aku daftar kelas renang. Kelas pertama bermula 2 februari

hari ini aku meng-update blog dalam keadaaan serba kekok. Semua kerana mouse ku telah menemui ajal pagi tadi. Setelah hampir seminggu nyawa-nyawa ikan, hidup bergantung hayat pada ugutan (aku ugut nak campak dia dalam tong sampah. lepas ugut tu berfungsi la jugak berapa ketika), akhirnya hari ni memang hari penamatnya.


Pagi tadi, selesai sudah sesi pendaftaran aku ke kelas renang. Cheh.. macam pendaftaran pelajar universiti sesi 2011 pulak dah. Sebenarnya pendaftaran senang aje.. online. Lepas daftar, masuk kelas pertama, bawak je la ongkosnye.. hehehe


Setelah berfikir, merenung, berdebat, dan bergaduh, akhirnya aku memilih untuk memasuki kelas "one on one" anjuran Aquadolf, berlokasi di PJ seksyen 4. Pada asalnya, aku tak bercadang pon nak masuk one on one class, aku survey ladies group class area Shah Alam saje. So, Kak Mas (bolehkah aku memanggil dia akak?) telah memberi contact number aku pada Ombak Swimming Club di pusat akuatik seksyen 13 Shah Alam.


Ok gak Ombak tu. mereka call aku, bagi info dan cerita package yang ada. Semua group class. Tapi, Ladies Group Class, with ladies instructor adalah limited, iaitu limited dari segi masa. Tak begitu flexible... Cuma ada hari selasa atau khamis kalau tk silap pada jam 8 atau 9 malam. Selain tu ada hari sabtu atau ahad, jam berapa tak ingat. Owh... aku kalau boleh nak kelas renang masa office hour. Masa tu lah Juwita ada di taska. Kalau after office hour, memang adalah tidak mungkin.


Group class (ingatan sekali lagi: untuk ladies, dengan coach pon pompuan) anjuran Ombak ni harga dia adalah RM160 untuk 8 kelas. Seminggu ada 2 kali kelas. Kalau nak seminggu sekali kelas saje, RM80 untuk 8 kelas. Tapi makan masa 8 minggu lah. Cuma yang tak bestnye, 1 group tu tak bermaksud semua di stage yang sama... mungkin kau baru masuk minggu ni, ada member dalam group sama kau dah minggu ke-4, ke-5 atau mungkin minggu ke-7. Kalau group tu ada 6 ke 8 orang... dalam sejam... agak-agak korang lah, berapa sangat kau boleh tangkap dalam 1 sesi kelas tuh?


Just my 2 cent aje tu.. Lagipon.. cannot expect lah.. rege pon reasonable kan.. murah je kelas renang group ni.


So, aku tanya balik Kak mas Aquadolf tu... pasal duo/couple class. Good news: ADA couple class. Bad news: timing tak kena juga. Just ada slot hari Sabtu pukul 12.30 saja untuk couple class... Which is sangat tak convenience untuk kami. Ye lah kan... anak nak campak mana??? Kalau aku ada makeup job lagi??? Oh, BTW, nak bagitau jugak rege, kalau yang berminat untuk dapatkan kelas duo nih. Untuk 8 sesi, 2 orang = RM620 Agak reasonable lah harga ni pada pendapat aku


So, akhirnya pergi ke one to one class jugak... Pikir punya pikir, tanya punya tanya... akhirnya aku isi form pre-registration gak. Aku request kelas pukul 11 pagi hari Rabu. Dapat reply dari mereka.. OK. So, isi terus registration form. DONE!!!!


Secara rasminya aku telah pon mendaftar kelas renang under Aquadolf. Sangat excited pada masa ini. Rasa macam nak terus pakai baju renang dan terjun ke dalam air. hihihi~~~ tapi kelas aku start bulan 2 nanti. Sebabnya, nak tunggu gaji untuk bayar yuran (bayar RM250 masa 1st class, dan baki pada 4th class) Yuran kelas aku ni berjumlah Rm390.


Eh, aku tak cerita pon kan yang semalam aku pi beli swimming suit serta google dan cap? hahaha~~~ Lantaran aku membeli belah barangan renang itulah, hubby aku sudah terpengaruh gamaknya. Dia pon rembat seluar renang sekali.. chiss~~~ dah la seluar renang dia lagi best dari aku punyer!! Sedap gile pakai, rasa pejal dan mantopp je otot peha, walaupon sebenarnya...... ..... .... (sendiri mau ingat)


Thank you soo much la kat hubby yang menaja pakaian dan peralatan renang bakal perenang kebangsaan ini. Hahaha~! Total damage dekat RM250 gak... Owh, BTW... aku tak beli suit yang rupa macam Burqini / baju renang muslimah tuh... Ini kerana aku dapati baju renang muslimah itu sangatlah serupa makcik-makcik corak dan warnanya. Tambah pula, aku dapati, aku boleh dapatkan rupa yang seolah-olah (baca elok-elok: SEOLAH-OLAH) pakaian renang muslimah dengan meng- mix and match -kan pakaian renang biasa. Malah, nampak lagi stylo dan bergaya serta vouge gituh. wahhh~! hahaha~~


(maaf, bahasa aku sangat longkang)



Perluke pakaian renang yang cantik lagi vouge?


Perlu beb.. untuk meningkatkan daya keyakinan diri dan untuk timbul perasaan confident pada tubuh sendiri. Lagipon, dah tentu aku tak makeup kan masa kelas renang... wahahaha~!






~ Malas nak snap gambar. Lain kali kalau aku rajin aku ambil gambar.

~ Link pon aku tak kuasa nak letak... email aku lah kalau ada yang berminat nak tau lebih lanjut dengan kelas renang anjuran Aquadolf dan Ombak ni. Lagipon aku ni pon baru je daftar. Kelas 1st pon belum masuk... Setakat bagi info boleh la. Jangan tanya lebih2 pulak

~ Cuma berharap aku tidak ada water phobia. Seingat aku tak ada... tapi manalah tau kan....

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

Bermalam di Concorde Hotel Kuala Lumpur

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)