salute to the nature

salute to the nature

Thursday, December 2, 2010

ringkasan hari-hari lepasku dan hari ini

Sangat lama tidak update blog. Balik kampung dekat 5 hari, sebab urusan kerja. Makeup dan fotografi untuk nikah, majlis resepsi dan post-wedding outdoor photoshoot. Oh ya, ada berita agak gembira. Saya berjaya mencari orang yang sudi menerima tempahan jahit baju kurung untuk kenduri Kak Bid nanti. Nasib baik teringat Kak Uji. So, janji ambil baju pada 8/12/2010/. ^__^ Lega disitu.


My sis, Ain Saniah ikut kami balik Shah Alam. Sekarang ada dengan kami. Menghabiskan sisa-sisa cutinya. (tak de lah nak habis semua, 3 ke 4 hari lah dia akan stay dengan kami. Jalan-jalan dan shopping-shopping). Semalam, bawa dia ke Plaza GM Klang. Sangat teruja dan sangat rambang mata hokey~ banyak gile baju dia tag. hahaha~


Saya pon happy juga, sebab dapat akhirnya beli charger henfon kereta untuk sony ericsson. Dapat potty training pant juwita 3 helai. Nak start latih dia diapers free dah nih~!


harini, bawa Ain pergi PAS, SACC... area-area shah alam je. Tak pergi jauh-jauh. Lain hari pergi jauh sikit. Semalam, pergi GM Plaza pon dah sesat barat. haha~ sampai ke kota kemuning kooo... pastu, kalau la nak kira saman, agaknya 4 ke 5 saman aku leh kena semalam. Dengan langgar traffik light lah, apa laa... hehehe. Tu tak kira kena hon. Bolah tahan laa jugak. T__T


5hb ni ada job fotografi lagi. Lepas tu, 10 dan 11 pon ada job makeup dan fotografi. Agak penuh juga jadual disitu. 25, dan 26 pon ada... Alhamdulillah la~ mungkin bulan ini dapat la aku ke spa. (kalau aku tak plan nak beli apa-apa lagi lah.. hahaha) Last month, niat ke spa telah ku tanamkan hidup-hidup kerana memberi ruang kepada Red Juvenus set untuk bertahta di meja solek. wahahaa~ Itu aku blogkan lain kali ye...


Kondisi muka aku memang semakin hari semakin membimbangkan. Fine line makin ketara di dahi dan hidung. Dah macam orang tua dah~ T__T Dengan minggu lepas, skincare aku dah habis, makanya aku pakai je travel set bodyshop dan avene punya skincare (taknak beli baru, sebab dah order red juvenus dengan miu) . Naik 3 ketul jerawat. Apakah??? tak pernah pernah aku naik jerawat, terus naik 3????!!!!


Apapon, dah dapat dah skincare dari miu, dah start pakai malam tadi. Adalah sangat best pada muka! mari kita tunggu resultnya hujung bulan ni nanti. Ada perubahan ke tak...


Cukup dulu entry pembukaan untuk hari ini. Lantaran lama sangat tak update, jadi entry ni jadi summary untuk hari yang lepas-lepas.


daa~~




~ tengah sakit perut.

~ Current song in my head; hari bersamanya by sheila on seven. Asyik terngiang-ngiang aje..

~ Oh ya, misi mencari tudung untuk dipadankan dengan baju kurung nanti. yay~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails