salute to the nature

salute to the nature

Tuesday, December 7, 2010

public holiday lagi. Bosan!

Stay kat rumah lagi. haish~~


Pelik kan, bila kerja sampai 7 hari seminggu, masa tu la mula rindu pada rumah. Tangan dah gatal-gatal nak sental jamban yang dah karat, nak mop lantai yang melekit, nak lap debu kat almari... Lalu simply apply cuti kat boss (yakni merangkap hubby aku gak) untuk ambil off day buat kerja rumah.


Tapi bila kejap-kejap cuti, baru habis weekend dah kena public holiday lagi, dan lagi dan lagi... mula lah pulak muak! Jangan salah sangka, bukan muak pada rumah atau kerja-kerja rumah (house chore), tapi muak pada masa yang terabai. Bila kerap cuti, dah abis la pulak kerja kat rumah ni.. Habis kerja dah nak buat. Langkah pendek pulak tuh, takdak transport. Tambah lagi, duit nak kena save, untuk balik kampung, rombongan ke Kelantan... adoi...


Bila hubby kata harini dia masuk kerja, aku macam... "................haaaaa......?????......" what?? kerja??


Tapi aku paham lah, kerja banyak. Lagipon banyak benda kena settle sebelum kitorang balik Palong Khamis ni. So, aku tiada tindakan susulan untuk itu. Hanya redha seadanya. Cuma berharap agar En. Hubby berubah fikiran, dari kerja full day, kerja lah half day aje... (kalau awak kerja half day, saya masak sup ayam kat rumah~!) hahaha~


OK, nak sidai kain.




~ Juwita masih sebut-sebut beg roda tuh. pagi ni pon dok tunjuk gambar tu.. tanya bila nak gi opping (shopping) -__-'

~ Haritu aku janji nak cari semalam, semalam aku janji dengan dia nak cari beli harini... pagi ni, gigih nak mandi, pakai lawa-lawa... dia kata "nak opping, bili beg"

~ maafkan ibu Juwita... Ibu takde niat nak tipu. Bohong sunat sikitt je (hati sedih remuk nihh). huhuuu~~

~ mana lah ada ibu bapa yang sanggup hampakan anak mereka... kan?? T__T

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails