salute to the nature

salute to the nature

Thursday, December 9, 2010

pasta~ pasta~


Haritu, hari ahad, duduk berdua dengan Juwita. Hubby pula ada kerja photografi kat Gombak. Sumpah bosan! Nak keluar macam tak kuasa.


Lunch tu, nak masak nasi pon malas. Kalau masak nasik, kena pulak pikir lauk.. ah.. leceh betul. Langsung saya plan nak masak pasta je. Kebetulan, Juwita mintak nak makan mee masa tu. juwita ni, mee maksud dia spagetti le.. kalo mee kuning tu dia tak suka. Haaa.. bihun dia ok. Sama lah macam mak dia...


Ni pon, sekarang ni, saya sedang menderita kembung perut, sebab lunch tadi makan mee rebus Johor kat restoren Jayati, seksyen 13. Adoilaa......


Ok. Balik pada topik. Lunch kami adalah pasta spirulli. Adalah sangat sedap hokeh! Bukan nak masuk bakul ke hapa, Juwita makan tambah 2 kali ye~


Senang kacang goreng macam kentut je buat dia. Mula-mula rebus pasta mengikut arahan kat paket. Rasanya around 8 minit gitu. Lepas tu, tutup api, toss kan. Boleh jugak bilas dengan air sejuk, untuk stop-kan pemasakan dia (ade ke perkataan pemasakan?), dan buang kanji yang terlebih. Kalau tak, pasta akan melekat-lekat ssama sendiri. Opsyen lain, gaul dengan olive oil supaya dia tak melekat.


But, non of the above i did. hahaha~ Lepas toss, aku biar je kat sinki tu, prepare topup dia pulak. Pakai capsicum kuning dan merah, onion, celery, carrot, cherry tomato (potong kecik, panjang2 atau dadu pon boleh. tomato belah 2) garlic (finely grated), salt and pepper. Stir fry dengan olive oil sampai onion almost transparent.


pastu, terus tuang atas pasta tadi, dan gaulkan rata-rata. Kemudia boleh topup dengan apa-apa protein. Saya guna tuna chunk. (pilih tuna chuck in water). Boleh juga guna smoked salmon ke, atau grilled chicken breast ke.. ape-apelah.. ikut ape ade kat dapo tuh.. hahaha~


Siap! Dah siap boleh hidang.



Ini Juwita punyer...





Ini saya punye. Tabur chilli flakes kasi kick sikit. ngee~




Cubalah kat rumah ^__^ very satisfying meal, healthy & hearty




~ tak suka perasaan perut bloated!!!!

~ Maybe i should puasa lah.. lagipon belum puasa ganti lagi nih... haaaa! (good idea jugak nih)

~ menghitung hati, rauf pulang dari perantauan.. ahaks~ lawak lawak.. macam tunggu boyfriend je.. hahaha~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails