Mukadimah pembuka bicara

Sebegitu lama saya meninggalkan blog ini. Maaf dipinta dari pihak saya. Sebenarnya, saya adalah sangat sibuk dan tak lekat di satu tempat. Jadi, walaupon saya membawa laptop dan broadband kemana sahaja saya pergi, tak bermakna saya dapat mengupload blog ini.


Mula-mula balik kampung sebab kakak ipar kawen. dah berkampung 3 hari gak la. Lepas tu sehari dua aje sempat tengok rumah, dah kena packing barang balik, berangkat ke Kelantan pula. Lain kali lah saya cerita pasal trip ke Kelantan tu. Memang pengalaman betul lah ke Kelantan nih. hahaha~


Balik dari Kelantan, sibuk pula nak prepare segala yang patut untuk kelas personal grooming dan makeup. Alhamdulillah dah settle pon kelas tu. Lepas ni kena update blog petitetouch pula.


Jangan ingat blog ni je terabai, blog makeup saya pon dah lama juga tak berusik. Punyalah banyak job tak upload masuk lagi gambar. Adoiii~~ harini saya dah start pelan-pelan. Upload job satu persatu.. ikut turutan.


Lepas habis kelas makeup minggu lepas, ramai pulak yang tanya lagi. Haii~~~ masa aku dok promot minggu-minggu sudah kemana korang ha.. walhal memang ada kekosongan pon untuk hari Sabtu lepas, 2 orang. Haa~~~ Tak de rezeki la. Tunggu lah Petite touch buat kelas lagi. Yang pastu bukan bulan ni. Januari itu mungkin ye...


Oleh kerana disember semakin ke penghujungnya, saya merasakan eloklah saya update wishlist saya tu. Semua tu saya akan buat di entry selepas ini lah. Lagipon, tahun depan memang banyak wish list nih. hahaha~


ok. Cukup dulu lah pendahuluan kat untuk hari ini. Sekian.




~ mencari tempat pelancongan dalam Selangor. Tempat penginapan, peranginan, dan pelancongan.

~ tolong cari je... tak join pon.. hahaha~ parent yang nak bercuti.

~ Juwita secara rasminya telah berpindah taska.

Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?