Posts

Showing posts from December, 2010

empro fine liner

Image
Oh, saya suka juga brand Empro ni. Browliner dia best, eyeliner dia pon best. Yang ni, saya beli eyeliner dia. Jenis fine line.



Suka! sebab...
1. Cepat kering. Maka tak perlu tutup mata untuk kadar yang lama menanti ia kering.
2. Tidak sememeh. Maka tidak perlu risau mata jadi panda
3. Water proof. Yup.. betul!
4. Mudah cuci. Walaupon dia water proof, dan no smudge, tapi dia mudah nak buang/cuci. Cuma cuci guna air suam je dah hilang.
5. Line dia mmg fine lah. Mudah pulak tu nak apply.



Maka saya recomend korang pon cuba dapatkan satu juga. Sangat sesuai untuk membuat eyeliner yang sangat fine. Saya pernah juga lukis muka/ awan larat di muka dengan ini. Pon senang sangat. Sebab applikasi dia macam menggunakan pen lukisan aje. Lepas lukis tu, touch up kasi pekat dengan eyeliner pencil pelbagai color.

Oh ya, buat wing pon senang. Buat double wing pon senang dan mudah nak control serta cepat kering. Puas hati lah~!



~ menulis entry sambil batuk kong kong kong.
~ minggu depan saya off makeup ye...

Ain, ini getah rambut bereben kau!

Image
Entry ini khas untuk dear sis Ain. Haritu menggelupur cari sana sini benda alah ni ha.. tak jumpa-jumpa. Nak jadi cerita, bila tak cari, ada pulak benda ni. Depan mata je...

Ni kat Tropicana City, lepas singgah Stage dan minum makan-makan kat Otak-otak, masuk jap kedai accessories nih. Jumpa laaa.....




benda ni, Ain cari sangat haritu. Aku jumpa.

Tapi sebab aku kakak yang dengki + jahat + kedekut = maka aku tak belikan pon. Muahahahaha~~!!!!!!! (gelak macam Dr. Evil, hokey). Ambil gambar bikin panas aje. wahahahaha!!!!!

Seperti yang diceritakan tadi, aku datang Tropicana sebab nak gi Stage. jadi, hasil tangkapan hari itu adalah makeup stage ye~~



Oh, tidak.. itu bukan barang aku.. dalam bil ni, betul barang aku cuma berjumlah Rm50.05 sahaja. Balance semua barang orang lain.

Sekian.


~ saya suka jadi personal shopper. Sapa nak pesan barang kat saya???
~ Saya telah membuat appoinment dengan doktor gigi Selasa depan. Semua adalah gara-gara terpengaruh dengan Nurul Huda.
~ Maknanya, bulan depan tak…

Ombak Boutique Hotel, 2nd day trip

Image
Sambung cerita semalam. Aku janji nak review sikit pasal hotel kami pada malam kedua tu kan. Kami stay kat Ombak Boutique Hotel. Ia adalah butik hotel. Actually, ni 1st time aku stay kat butik Hotel (walaupon masa belajar dulu, dok studi pasal butik hotel, siap buat research lagi, sebab final project adalah design interior hotel masa tuh)





Basically, butik hotel adalah hotel yang link dengan butik. In this case, dia link dengan butik batek. Kat butik tu ade jual baju batik, kain batik lukis dan exclusive batek. Lobi pon ok. I say, not bad at all. Cuma, mungkin kerana hotel ni belum siap sepenuhnya, ada banyak area yang belum diberi perincian yang sepatutnya. macam tangga yang kami naiki untuk ke bilik (ya, kami kena naik tangga, sebab lift belum ada). Tangga tu sepatutnya perlu menggambarkan konsep butik hotel tu semula. Mungkin bila siap nanti baru nampak kot...

Lagi satu dalam bilik. Langsung tak nampak macam butik hotel dah. Hilang terus imej butik hotel. Tak nampak langsung dah b…

Trip ke Kelantan

Image
(aku berjaya masukkan gambar dalam entry ini. Taniah kepada diri sendiri. Rupanya maybe sebab gambar terlalu besar/ berat, jadi gagal untuk upload 5 gambar sekali gus. Aku upload gambar ini satu persatu ye. Sila lah appreciate)

Pada minggu lepas, 14, 15 dan 16 Disember 2010, selepas selesainya Kak Bi melangsungkan perkahwinan, kami ada trip ke Kelantan. Trip ini disertai 6 keluarga iaitu keluarga kak teh, keluarga Angah, keluarga kami, pengantin baru kak bi dan suami, keluarga kak Long, serta mak abah dan Fatin. Keseluruhan 5 kereta lah pergi ke sana. Tapi kami tak convoy dari mula. Kami meet up di Gua Musang.


Perjalanan pergi adalah smooth dan laju. Serius! Laju gile la laki aku bawak. Berapa kali tah aku dok terjerit-jerit suruh dia slow. Tiap penanda jalan aku baca.. wahahaha~ korang tau la kan.. macam mana jalan kat kuantan sana.. dengan curam, selekoh tajam, bukit bukau, kiri kanan gaung.. mana tak kecut perut. Pemandu pulak, dok sibuk nak try i-vtec dengan VSA kan...ampeh..

Apap…

label vacation! Ini cerita convo wahed yang dah berkurun lamanya

Image
(amaran: entry ni adalah entry balas dendam. Maka ia adalah sangat panjaaaaaaaaangggggggg)

Rupanya kan... saya lupa blog kan banyak perkara sejak belakangan ini. Bila saya browse blog saya sendiri, saya tak jumpa event-event penting yang saya cari. Contohnya, convo my bro, Wahed!!! apakah!! Sungguh saya ingatkan dah blog pasal ini, tapi rupanya tak ada! Inilah bahananya bila ada facebook, gambar dah upload sana, saya confius ingatkan dah blog pasal itu.


Jadi entry hari ini, walaupon dah basi, saya perlu blog kan juga. kalau tidak tak ada lah nota ingatan tentang hari bersejarah itu.. betul kan? (lagipon, label 'vacation' dah lama saya tak guna, maka entry berkaitan vacation adalah sangat sedikit!)



Berbalik kepada convo wahed, actually bulan 10 duluuuuuuuuu~~~~~~~~ 17hb October ye majlisnya. Kami sekeluarga gerak ke Ipoh, Perak menaiki kereta. Abah, mama, dan Ain akan tiba dengan keretapi. Yup! sangat best mereka, ada pengalaman naik keretapi.






Kami tunggu mereka kat stesyen san…