sesi mari memasak : smiling crispy prawn ball




Hari ni saya nak bagi resepi untuk menu saya minggu lepas sudah, Crispy Prawn Ball. Sangat mudah membuatnya, bahan pon sikit sahaja, tapi ada preparation ahead yg kena buat, but trust me, senang je pon preparation dia.. tak susah pon. Dah, paling penting, hasilnya adalah sangat marbeles okey~~~ En. Suami pasti senyum sampai telinga lah kalau makan nih. Siap bagi standing ovation lagi kalau kena cara. heh heh heh~~~ (lepas tu boleh la mintak pape kan.. dah dia tengah mood baik tuuu.. ngee~~~)





Smiling Crispy Prawn Ball (tengok lah gambar.. sebab tu nama dia smiling crispy prawn ball)


bahan-bahannya:

500gm (sukati lah nak lagi banyak pon boleh) Udang segar, dikupas kulit, buang kepala.

1 bungkus tahu bulat/ tahu rompong (ala.. yang biasa orang letak kat mee kari tu.. yang kosong tuh)

setengah labu bawang besar merah

3 - 4 ulas bawang putih

daun bawang

capsicum

kubis diracik halus (agak-agak la.. ratio kubis dengan udang adalah 1 : 2. kubis satu, udang dua)

garam dan lada hitam secukup rasa

2tsp all purpose flour

a pinch of soda bikarbonat.

sedikit air.


Penyediaan:

1. udang yang telah dikupas kulit dan dibuang kepala tadi, kita akan blend dengan sedikit air, bawang putih, bawang merah sampai sebati dan hancur.

2. Bila semua tu dah hancur dan sherashi bershama (heh heh heh), letak dalam bowl besar, dan campurkan garam dan black pepper secukup rasa.

3. Kubis diracik halus. Capsicum dipotong dadu kecil, daun bawang dipotong kecil. Masukkan semua tu dalam adunan udang bersama tepung 2 sudu dan soda bikarbonat, dan gaul kasi rata. Letak tepi dulu.

4. Now, kita buat kulit pulak. Ambil satu ketul tahu rompong, belahkan separuh, dan keluarkan semua isi dalamnya. Tinggalkan kulit yang kaler coklat tu je. Kalau ada tinggal sikit2 isi putih tu pon tak pe... nanti goreng dia rangup... best gak...


5. Lepas keluarkan isi putih, terbalikkan tahu tu. Meaning, jadikan belah dalam keluar (belah yang kaler putih), belah coklat tadi kat belah dalam. Ok. Siap. Buat kat semua tahu rompong tu.


Kaedah membuatnya:

1. isi tahu tadi, korang boleh campurkan sekali dalam isi udang tadi. So, inti akan jadi lebih melekat, tak berderai bila goreng nanti. Percayalah...


2. Campuran isi udang tadi, korang masukkan dalam kulit tahu secukupnya. Pastu katupkan sikit mulut tahu tu. Camtu je, buatlah sampai selesai semua.


3. panaskan api, pastu gorenglah sampai isi udang masak, kulit luar kekuningan.


4. tosskan minyak, dan sedia dihidang. sedap dimakan begitu sahaja, atau dicicah dengan sos thai.





^__^ Cubalah~


gambar chef kejap.. hehehehe~





~ tak plan nak blog pasal ni pon, tapi sebab hubby dengan penuh terujanya telah mengambil gambar benda ni, dah tak habis-habis puji... so... why not? ngee~

~ Saya seronok sebab sabtu haritu kawan baik saya datang dari jauh. Bermalam di rumah kami. Semalam pulak, dapatlah hang-out dengan Uder sekali... lepak-lepak barang sejam dua. Puas~! (tapi tak puas sangat~ uwaaa~~~ patut ejan cuti lama sket! 2 hari mana cukup~~~)

~ Singgah Aeon Bukit Tinggi petang tuh. SANGAT BEST HOKEY~! Shopping baju laaaaaaaagiiiii~~~~~ habis redeem voucher jusco RM50.

~ kedai dan butik kat aeon bukit tinggi semua best-best. Ada beberapa kedai yang really-really capture my eyes, my heart, and my soul. cheewah~ (ini luahan hati shopaholics)




Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku

Bermalam di Concorde Hotel Kuala Lumpur

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.