salute to the nature

salute to the nature

Thursday, November 4, 2010

Oh, betapa saya rindukan kehidupan di rumah~~

Hari ini saya ber blogging dari rumah. Rindu sudah pada keadaan ini, just stay at home, doing some house chore, watching TV while doing some yoga moves.... uhh.. i really miss "stay-at-home-mom" feeling. It's some kind of relaxing and satisfying, for me. (ada orang cepat berasa bosan duduk di rumah. Mereka perlu ke pejabat juga untuk bekerja atau keluar dari rumah kemana-mana. tapi tidak bagi saya.) Well, ya... i'm a homie person (ada ke perkataan homie? kalau takde, aku cipta. hahaha~~)


Anyway, i'm glad that i'm working with my boss. So, technically, my boss is my husband. Means, i can take my day off any time i wanted to~ (but of course kena bajet timing dah kerja juga. Kalau job melambak takkan nak cuti pulak kan...)


Memang dah lama saya tak stay rumah. Sabtu pon masuk office, ahad pula keluar outing. Ada job makeup lagi sabtu ahad. Balik kampung lagi... oh, balik kampung tak kira day off juga ya. Letih naik kereta, pening, loya bagai... haha. macam budak-budak kan aku? Oleh itu, sangat lah bersyukur kerana dapat day off hari ini, dan esok! sebab esok deepavali, dan saya telah tolak semua job untuk esok (so far saya dah tolak 3 job makeup -__-' maaflah. saya nak cuti)


Dipendekkan cerita, pagi ini saya mulakan hari dengan membuat sarapan untuk keluarga. Sarapan hari ini adalah sandwich sardin. Tapi bukan sebarang sandwich~~ adalah special sandwich dengan Parmesan cheese, fresh tomato dan letuce. yumm~! mine is using wholemeal bread. Full sampai tengah hari~ Serius! tak rasa lapa walaupon dah pukul 2.30 petang ^__^


Juwita nak makan tengah hari, jadi saya masak juga nasi, dan buatkan lauk Bawal putih stim lemon. habis 1 pinggan! Saya? saya goreng nugget tempura dan kemudian buat semangkuk Mediterranean salad. Kenapa dipanggil mediterranean salad? Entahlah. Mungkin sebab ada onion, capsicum dan tomato. kalau ceasar salad dah tentu ada romaine salad aje... hahaha~ (jangan percaya)


Rumah pon dah habis berkemas. saya sapu satu rumah, lap satu rumah, dan mop satu rumah. Sangat puas hati! Baju habis licin dah basuh. suka tengok laundry basket tu kosong akhirnya. Tingal satu je lagi kerja utama yang belum selesai, iaitu melipat semua baju-baju itu. Malam nanti baru saya akan selesaikan semuanya.


Petang ini, saya nak tukar pasu pokok bunga saya. :) Dah lama betul saya tak tengok pokok bunga saya. Setakat siram tiap pagi (dalam keadaan tergesa-gesa) takkan menggembirakan pokok itu. Kita mesti belai dan manjakan pokok, baru dia bagi apa yang kita nak. Bunga, atau buahnya...


ok lah. Ini sahaja masa yang saya ada. Kerja saya belum selesai. Juwita dah bangun dari nap. Sesi petang bermula. Nak bawa Juwita ke playground, tukar pasu pokok bunga, masak dinner, angkat kain jemuran ^__^


See ya~!




~ Sabtu ni ada job makeup. Nasib baik kat shah alam je. Masih mood "stay-home-mom"

~ Hubby tak jadi balik palong. Tapi dia hantar juga paklong ke kelana Jaya esok pagi.

~ Esok menu adalah Lasagna. Sapa nak datang rumah :P ngee~~~



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails