salute to the nature

salute to the nature

Saturday, November 20, 2010

nasi hujan panas pak engku dan banyak lagi!




Antara banyak chef-chef antarabangsa yang aku minati, aku juga meminati beberapa chef / so called celebrity chef tempatan. Contohnya, aku minat Chef Wan. Aku juga minat pada Chef cantik manis yang sedang meningkat naik, Cik Anis Nabilah. Aku siap add/like dia dalam facebook tau~ hehehee~~


Kalau bab kenduri kendara, katering punya type masakan, aku minat dengan Pak Engku. Dia memang terkenal la kan, specialist dalam bidang masakan katering, kenduri kendara nih. Memang heaven lah kalau dapat hire dia and the team untuk wedding. Makanan sangat marveles key... (Tak payah la sebut pasal nasi mentah, lembik, ayam hancur, daging hangit segala. Semua tu tak wujud pon dalam diari masakan Pak Engku.)


Awal bulan haritu aku berpeluang untuk merasa masakan Pak Engku ni. Untung la aku, sebab dapat customer makeup yang hire dia. So... makan lah kan.. hehehe....


Memang menu hari tu, semua specialty Pak Engku lah. Ada nasi hujan panas, sambal sotong pak engku yang pemes, daging dendeng pak engku yang pemes gak, aje pajeri nenas pak engku.... pastu, ada pulak manisan specialty dia, bubur pulut hitam. Dan ada jugak apam balik garing. Oh ya, my most fav, rojak dia.. umph~!!! Pon specialty katering Pak Engku nih. perghh~~~ memang tangkap leleh lah.






Dengan pakej katering ni (aku kira adalah pakej dia yang paling special a.k.a paling mahal), dia bagi satu hadiah lagi untuk pengantin. Pak Engku sendiri yang akan serve pengantin. Haaa... Ambik kau!!! Serius! Siap MC hari tu, Jaafar Onn, umumkan lagi. Pak Engku serve pengantin. Sangat special hokey~




Apa pon, terima kasih la sebab bagi peluang saya makan. So far, sepanjang saya berkhidmat sebagai makeup artis nih, jarang sekali saya dilayan buruk atau double standard oleh pengantin atau keluarga pengantin. Rata-rata mesra dengan saya, pemurah, dan melayan saya dengan baik. Betul! Tak pernah pula saya kena layanan kurang enak, apatah lagi diperlekeh. Alhamdulillah la... rezeki masing-masing, ye tak...


Banyak juga cerita saya pernah dengar dari jurusolek, mak andam dan makeup artis yang lain, tentang bagaimana mereka dilayan sangat rendah, diperlekeh, dan double standard. Ada famili yang sombong la, susah nak mintak payment la, ada yang tak pelawa diorang makan langsung pon ade! (sebenarnya, kitorang ni bukan le nak makan sangat, tapi orang kate, berbudi bahasa kan...)


Mak andam ni pon, tak payah la dok terbayang-bayang dapat makan free je pulak.. hehe... kalau mereka nak pelawa, kita makan la, kalau tak pelawa, tak apa. Tak rugi apa pon. Yang penting kita dah jalankan tugas kita dengan sempurna. bahagian kita dah selesai. Ye tak?


Saya pon, kadang kala segan nak makan. Sebabnya, saya selalunya datang makeup bawa husband dan anak.. Segan lah saya nak makan. Takkan saya nak makan sorang, laki dan anak dok dalam keta kan. Tapi kalau nak punggah semua pi makan pon segan juga.. hehehe~ (melainkan tuan rumah insist, saya makan la juga, DENGAN membawa anak dan suami ye.. hehe)




~ Selesema pula Juwita nih... tengah tengok hi5 kat komputer abah.

~ ejan datang harini~! yay~!

~ bulan ni, saya berhasrat nak buat cupcake. jom~!!

1 comment:

saniaa said...

oh aku dah reti buat muffin
seemalam aku buat muffin 100++ untuk kenduri rumah atok :))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails