salute to the nature

salute to the nature

Thursday, November 11, 2010

makan makan @ the garden lagi...




Makan kat the garden lagi... harapan dalam hati nak makan fresh oysters... tapi.... hajat tak kesampaian....


Dah sedap duduk, dapat menu, selak-selak..... eh... mana fresh oyster nih???? tak dak dah dalam menu.... adoi laaaaa~~~~~ (nyesal jugak dalam hati sebab masuk dengan penuh confident tanpa menyelak menu kat pintu depan dulu.. huhuuu)


So.... penat pikir plan B... Aku tak dak masalah. memang dah lidah ni nak makan cake, jadi aku order itu unbake lime cheesecake dan air adalah blast watermelon yang super sedap! satu lah kan, kat the garden ni, korang takkan keciwa dengan menu air dia. Semuaaaaa sedapppp~~~!!!! Kalau option nak air panas, ada flower infuse tea. Boleh pilih, nak rose ke, lavender ke, dihidang dalam teko yang ada api kat bawah tu... boleh la dapat dalam 4 cawan. Sesuai untuk 2 orang minum. Tapi hari tu, aku pilih air blast watermelon. Ia adalah pure watermelon sorbet dengan campuran mix fruit. Puas laaa~





Pastu, hubbby.... sebab dah keciwa takde fresh oyster, dia order oyster steam. Hasilnya........sangat mengecewakan. Sungguh mengecewakan aku cakap... tak sedap dan tak berbaloi dengan harga! Sebab tak puas hati, dia order lagi satu benda (lagipon perut dah lapa. hahaha), Jadi order pulak carbonara. Haaa.... ini baru puas hati.




Very generous in 1 plate. Pastu kongsi plak makan dengan Juwita. adoila... Juwita yang dok pulun bersungguh-sungguh. Abah dia pulak jadi macam menumpang... Last, aku divide 2 carbonara tu, buat empangan (heh heh heh), pastu aku cakap, ni abah nyer, ni juwita nyer... Sambil mengumam-ngumam dia angguk. hehehe... Anak aku sorang tu... kalah aku kalau bab makan!



2 beranak ni makan dengan asyiknye... hehehe~





Kesimpulannya, sedikit mendukacitakan la makan kat the Garden kali ni. Walaupon carbonara dia sedap, cheesecake dia sedap, air dia sedap, tapi sebab utama kami datang sana sebab nak makan fresh oyster! jadi bila takde tu... spoil the mood jugak la...


apa pon... tak tau la man nak pi makan fresh oyster lagi nih... ngidam dah! hahaha~



~ Lepas entry ni akan keluar entry makeup pulak. dah lama sangat tak blog pasal makeup.

~ Pastu entry makan balik. Menu nasi hujan panas pak engku. :)

~ My current song this week: Jumper by third eye blind & jim carey version. haha~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails