Kami makan arnab dan tengok wayang di aidil adha


Seperti sedia maklum, kami satu keluarga tak balik kampung mana-mana pada raya aidil adha yang lepas. Jasin pon tak balik, Palong pon tak balik. Semua tu atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Sebenarnya, sebab minggu depannya kami nak kena balik jasin, sebab nak uruskan perkahwinan kawan (saya makup artist, hubby photographer). Jadi kami mungkin akan berkampung agak lama, start Jumaat bawa ke selasa macam gituh.. Jadi adalah sangat tidak praktikal dan tidak ekonomik jika kami balik pada 16hb (dan mungkin akan berlarutan sehingga 21hb kan) lalu kemudiannya kami perlu balik kampung semula pada 26hb...


Kampung kami berdua ni pula, nak kata jauh, tidak la jauh mana. nak kata dekat pon, tak lah dekat mana... kalau sekali balik.. alamat kena balik dua belah pihak. Kalau balik palong saja, kang orang jasin tanya awat tak singgah. kalau balik jasin saja, kang orang Palong dok call tanya bila nak mai.. jadi percutian yang singkat adalah tidak releven untuk kami. Paling koman pon, kena cuti 4 hari, 2 hari jasin, 2 hari palong.


kalau kerja tak ada tak apa lah. Ini dengan kerja menimbun...takkan nak straight cuti sampai 2 minggu pula. Tak jalan lah kerja. Maka jalan penyelesaian terbaik adalah menunda cuti keminggu depan. habis cerita.


Oleh itu, raya kami agak bosan pada mulanya. hehehe~ Petang sebelumnya, kami ke klang untuk membeli 2 ekor arnab segar. So, malam tu dah start panggang arnab. Sebab 2 ekor kan, saya masak 2 batch. Marinate semua malam tu, tapi grill separuh aje. Lagi separuh bawa ke esok. ^__^ Jadi, menu malam tu dengan pagi esoknya sama lah...


Grilled rabbit


potato carrot salad with dill


mix green salad with feta cheese and vinaigrette dressing


owh... sangat western sekali menu raya haji kami.. ahaks~ Apa boleh buat.. layan je lah kan... Owh, ya, resepi arnab adalah dari Jamie Oliver (the naked chef) ye~ exactly, tanpa menukar apa pon~ potato salad dan mix green salad serta vinaigrette dressing semua adalah dari siri scandinavian cooking, channel 703 (asia food channel)


ini portion saya.. well.. paling banyak hijau itulah saya punya... hehee~arnab nye kenitt je


After lunch, kami pergi tengok wayang.




makan ice cream sementara menunggu


Pengumuman: INI ADALAH WAYANG PERTAMA JUWITA YE~~ hehe... 1st time bawa dia gi tengok wayang. Adalah dalam sejam dia tekun, pastu da start bosan.. nak bergerak-gerak. Kejap berdiri atas kerusi, kejap pusing sana, pusing sini.. last-last mintak peluk.. ngantok dah.. hehehee~





Kami tengok cerita Megamind. My words: adalah sangat best!


Cuma satu je lah kami tak puas hati.. gambar macam hampeh gile! ye laa... understood la, kitorang tengok kat TGV bukit raja. Wayang lama.. buruk gile.. Screen adalah sangat pudar dan berabuk!! hahaha! boleh layan la cerita tu, tapi kalau dapat tengok dalam screen yang lebih clear.. format blueray...perghhh~! memang puas hati!




Habis je cerita tu... sepakat saya dengan hubby cakap, "Kalau keluar blueray dia nih, memang sambar teruss~" tak puas la tengok kat screen pudar tuh... Rasa tak puas hati pon ada, sampai terkeluar la ayat " baik tengok TV plasma kat rumah.. lagi cantik gambar. HD lagi.." hahaha~


Habis wayang, jalan-jalan kejap dalam bukit raja... ada sale lagi T__T (Bukit Raja ni kan.. tak pernah tak ada sale tau! mencik aii~!) Telah menyambar 2 ketul bantal yang amat besa untuk dilenjan dirumah sambil menonton GREAT MIGRATION format HD di saluran 573. Sangat heaven, hokeh!!


Apapon, seronok la jugak hari rabu kami tu... dapat la hangout satu famili, quality time together gether.. ^__^ Petang, makan kat Pakli je. Tamat lah hari yang menyeronokkan.




~ lain kali nak tengok wayang pergi e@curve je. Baru puas hati.

~ Arnab oh arnab... cerita kat uder aku gi beli arnab. Dia ingat aku beli arnab nak bela. Terkejut badak dia bila aku cerita aku korban arnab. hahaha~

~ owh.. GM Klang pon adalah sangat best! terasa nak pergi lagi. (rasa nak buat jeweleries lahh~)

~ Aeon bukit tinggi pon dah termasuk dalam senarai shopping mall kegemaran aku. yeeehaa~!

Comments

Gadis & Wanita said…
sedap ke mkn arnab?? macam menarik je.. huhu
ayu said…
pernah gak gi kat tgv bukit rajs tu.tak best giler. dh lh kotor, bau hancing plak tu.mmg low class btul.

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.