check beg makeup sket... ada apa yang baru ke?


hihihi~ dah lama tak view makeup kan. Entry pasal makeup pon dah lama tak buat. Hihihi~ Jangan kan kat sini, blog petite touch aku tu pon, tak berupdate. Bukanlah saya taknak update, tapi typical saya lah kan... kalau dah nampak muka mangsa, terus lupa daratan. On da way tengah sapu loose powder baru teringat, ehhh.... lupa amik gamba la tadi heh heh heh... customer pon bpleh wat ape.. setakat sengih je laa.. sambil cakap "laaa~~" hahaha... lawak kan aku nih.


Lepas tu, tau-tau je la kalau event tu rush. On the row sampai 4 ke 5 orang nak makeup, mana lah sempat dek oii.. nak amik gambar finish product satu-satu. Siap satu muka, muka lain dah menadah. Al alamat, tak sempat le nak bergambar bagai. (lainlah kalau event sponsor, ada professional photographer, takyah pikir nak amik gambar dah. Tag je kat facebook. haha)


Jadi haritu saya agak keralatan lah juga, sebab makeup 5 muka in a row, untuk majlis perkahwinan (pssst... menu nasi hujan panas by pak engku koo~), satu hapah gamba pon saya tak sempat snap. huhuuu~ sangat sedey okeh. So far, rasanya saya sangat berpuas hati dengan hasil saya pada 5 muka tersebut. 1 orang siap buat rambut. Masa yang diperuntukan adalah dari jam 10 pagi sampai 1.30 petang. Tapi makeup hanya mula pada jam 11 dan tamat pada 1.30, betul-betul sebelum pengantin berarak masuk. wawawa~!


Bayangkan betapa lajunya saya makeup dan buat rambut. wahahaha~ jejak lantai pon tak sempat. Tarik napas pon laju jerk... Alhamdulillah la dato' ajak masuk dewan lepas tu suruh makan. Kalo tak... dah la letih, lapo plak tuh! uhuuhuu~


Apapon, bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki dalam bidang ini. Tak ada gambar buat potfolio pon tak apa lah, janji pengalaman sendiri bertambah, ke-professional-an menigkat (ade ke perkataan tu?), skill makin advance, koleksi makeup bertambah (hehehe), ada duit lebih nak tambah lagi koleksi.... haa.. ok lah tu kan?


hehehe~ sebab kita cerita pasal makeup, haruslah tunjuk gambar makeup serba sedikit kan...


Ini adalah koleksi makeup dalam makeup box saya...


lipstick dan gloss... sebahagiannya


the eyes thigy....


some of the blush... the bronzer.. the highlight.... the contour... all about cheek!


the stuff and tools...


the foundations...to match all skin color


base and powder...



and.. and... and....


some goodies from max factor~! yippe~!






~ Hujung tahun ni, banyak pulak job makeup dinner. berlawan-lawan pulak dengan pengantin.

~ Suka lagi dengan creative makeup berbanding bridal makeup. lebih luas dan boleh buat out of the box.

~ esok ada kenduri kawen mat pi, kawan lama kat uitm dulu... camne ek, dapat gi ke tak ni... ada job esok...

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.