salute to the nature

salute to the nature

Monday, November 15, 2010

cemburu itu tandanya saya sayang

Isteri mana tak sayangkan suami kan... Kalau isteri tu tak cemburu, maknanya dia tak sayang suami dia. Saya pon kadang-kala ada perasaan cemburu, hehehe~


Ada orang kata, kunci perhubungan adalah kesetiaan, kepercayaan dan kejujuran. Betul. Saya setuju.


Setia = Tidak curang.


Dari segi verbally (perkataan), act (perbuatan), malah technically (seperti curang di laman cyber). Ada lelaki dengan bangga berkata, " aku tak curang. Mana ada aku duakan isteri aku. Ko pernah ke nampak aku keluar dengan pompuan lain?" Tapi hakikatnya, kat internet chatting dengan awek mana tah, accept friend dari awek-awek cun dan berbalas-balas mesej di laman cyber.


Sungguh, sangat remuk hati isteri jika tahu suaminya begitu.


Ada juga yang menyalah gunakan perkataan 'kawan'. "saya kawan je la dengan dia. Mana ada apa-apa yang serius". Owh, sungguh? Saya tidak percaya pada hubungan 'kawan' antara lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita tidak boleh menjadi kawan. Semestinya salah seorang ada motif tersendiri, tak kisahlah apa motifnya, yang pasti mereka tidak akan jujur berkawan.



Jujur dengan perkataan, perbuatan, dan tindakan.


Untuk percaya, sebenarnya perlu ada kejujuran dalam perhubungan itu. Dan untuk percaya dan jujur, perlu ada kesetiaan. Jika sudah tidak setia, mula lah tidak jujur. Akal mula memikirkan seribu jawapan dan alasan untuk memutar belit fakta.


Dan, jika sudah tidak ada kejujuran, tidak akan datang kepercayaan daripada pasangan.


Oleh itu, check sekarang hati anda. Adakah anda cukup setia pada pasangan anda. Adakah anda berlaku jujur pada pasangan anda. Bagi wanita, cukuplah sekadar suami itu jujur. kerana kesetiaan kami tidak ada tolok bandingnya.


Jika kami cemburu, sesungguhnya kerana kami sayang. Bukan kerana kami curiga dan sangsi, malah bukan sekali tidak percaya, tapi sekadar berhati-hati.



Sekian.



~ bersyukur kerana dapat bekerja berusaha bersama suami tercinta.

~ CINTA itu indah, jika disulam dengan cara yang betul.

~ keluarga bahagia adalah keluarga yang berteraskan agama.

~ ya Allah, semoga kau kekalkan cinta di hati kami, jauhkanlah propaganda bisikan syaitan, dan berkatilah keluargaku, ya Allah~~~ Aminnn~~~

~ Entry ini lantaran terbaca gosip berkaitan Aaron Aziz yang kononnya dikatakan dikongkong isteri. Saya menulis satu entry mewakili naluri hati para isteri. ^_^

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails