BENGANG

bengang dengan beberapa perkara.


1. RESTOREN MOLEK SEKSYEN 7 = TAK BLEH HARAP, TAK MOLEK LANGSUNG!!!


malam tadi makan kat restoren nama MOLEK (kononnya kelantanese cuisine) kat seksyen 7 baru. Tapi menu macam hampas, servis LAMBAT NAK MAMPOS!!!! Dekat 40 minit tunggu, tak sampai lagi makanan. Panggil pelayan, tanya dah masak lum makanan kitorang? Dia masuk dapo, pastu keluar pompuan (yang aku rasa macam nak aku hangguk je kepala dia kat meja tuh), dia cakap, "tadi order laksa penang kan? tak de laa"


kepala hottt!!!!! angin satu badan lah aku. Awatnye dah 40 minit baru cakap takde???? aku cakap, "laa, apasal baru bagitau???" Boleh pompuan tu pandang bodooo je kan...


Terus bayo air, keluar dari tempat tu. Laki aku siap dah nyumpah2 dalam keta~~~


itule, orang lain bukak kedai makan, ko nak bukak jugak. Management tah kemana, makanan cam hampeh, servis hancur... boleh blah la...Camni ke gaya nye nak kita tolong bisnes melayu? tak tertolong dah ni.. baik takde dari ada.


2. RHB BANK = LEMBAB, SISTEM KELAM KABUT, CUSTOMER SERVICE HAMPEH, SISTEM KHIDMAT PELANGGAN PALING BURUK DALAM SEJARAH


dari haritu, aku call RHB tak dapat. Aku tanya direktori, mintak direct number ke bahagian geran cawangan PJ. Tak berangkat pon number tu.


Harini, aku call HQ pulak. Aku ambil number dari WEBSITE dia. Ada orang angkat, tapi kata, bukan number ni, u should call this number. Then dia bagi number lain. Aku call number yang di beri tu. Rupanya operator a.k.a. mesin yang angkat. Kena sambung ke talian yang sepatutnya. masalahnya:

1. ada dekat 9 line, tiap satu tu panjang gile2 nama talian... dengan ucapan yang tak clear sangat. contoh : tekan 1 untuk melaporkan kehilangan kad kredit, 2 untuk pinjaman sewa beli, 3. untuk bla bla bla....... Aku tekan number 4, sewa beli kenderaaan. TAK ADA ORANG ANGKAT. Aku ulangi, tak ada orang angkat pon line tu, dan mesin tu kata, line buzy. Tak puas hati, aku tekan line lain, semua aku cuba, dari line 1 sampai lah 0.. semua TAK ADA MANUSIA! Mesin tu dengan innocent-nya cakap line buzy.


2. Aku call balik mamat tadi (talian yang ada manusia tadi), kata tak ada orang angkat pon. Dia bagi pulak extention, 162, 163, 164. cuba lah mana-mana, katanya. Tiga-tiga extension aku cuba, pon masih, TAK BERANGKAT TELEFON AKU..


3. Aku check balik website, cari no. phone lain pulak. Ini number tele banking. lantak lah. dah semua number aku dah cuba. OPERATOR MESIN LAGI. Aku pilih nak bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan. Ada orang jawab, aku cakap aku nak geran aku. Dia bagi number call lain.


4. Aku call number tu, pon tak berjawab. Aku call balik orang tadi, aku dah start mengamuk. Dia bagi number lain. dengan marah aku cakap, "ini betul ke tak number nih? saya dah call dekat 10 number awak tau tak!! semua pass sana, pass sini. tak angkat la... apa punya bank la"


Orang tu kata, "tak ini betul, cawangan Pj punya, untuk mintak geran punya, cakap dengan En. Khairul. " Terus aku letak phone. Maaflah. Tiada lagi terima kasih dari aku. Tak ada apa nak diterima kasihkan.


5. Akhirnya aku call number last tu. Ada orang angkat. terus aku mintak geran. Siap dengan warning, "Ni saya nak urgent ni ya. jangan tangguh-tangguh lagi. Jangan pas kat orang lain" dia pon jawab, 10 minit kak....


6. 10 minit kemudian, sampailah geran aku.


phew~ Letih aku marah, nangis, geram... rasa nak je hantuk2 kan kepala sekor-sekor orang RHB ni. Buat sistem kemas sikit la beb... susah gile sistem kau. Kalau orang tua ke, orang kampung ke.. lagi la tak dapat la kot geran tu akhirnya... sistem teruk gile! menyedihkan!!!!


3. KEDAI PHOTOSTAT DAH TUTUP! = RAYA ESOK LA BRO, GILE APA!


Ini, aku nak photostat ic, lesen... sekali tengok tak bukak dah kedai photostat tuh. HOI! raya esok, bukan harini!!! some more, ni RAYA HAJI JE...bukan raya aidilfitri pon.... cisss betul la~~~


kerana itu, aku scan je ic dan lesen aku.


4. KOMPUTER SHUT DOWN DENGAN SENDIRI = BENGONG PUNYE KOMPUTER!


Sebab aku nak scan ic dengan lesen kan, pastu nak la edit sket masuk ai (illustrator bagi yang tak tahu). Tengah syok aku edit, boleh pulak dia cakap, not responding, will be shut down. nasib baik dia bagi save. Lepas je save, dia shut down. Adoilaaa~~~!!!!


Dah la sambil aku buat tu, tengah nak sent email, quotation kat customer. Hilang la semua. gigit kang... haa.. baru tau...!



Kesimpulan, hari ini adalah sangat bengang.


Nasib baik lah ada dark chocolate almond. Aku makan 1 bar (nipis je. hehehe) baru lah ok sikit mood. Dah la aku tak breakfast. Lunch pon terlepas. Semua gara-gara RHB tu la.. Sejam lebih dok call sana, call sini.


Dengan malam tadi, restoren MOLEK yang tak molek langung tuh...


Disebabkan MOLEK tu, sampai rumah dekat pukul 11 malam, perut lapo. Dah la kedai makan lain dah tutup (dekat pukul 11 kan..). Makan megi je kat rumah, dengan nugget dan ceasar salad. Pastu dah terbongkang aku dengan laki aku depan tv. tengok TV pon dah tak larat.


Bangun pukul 3 pagi, sakit2 badan (dah tido kat carpet je kan... sakit la badan). baru nak naik atas, Juwita plak bangun tido.... adoi... hubby aku layan.


dah.


Cukup lah luahan perasaan. Tak tau dah nak marah sapa nih. Nak marah RHB pon, bukan diorang dengar, masuk kotak suara je pon...



~ PMS lah. sorry...

~ putus asa dengan kain yang tak berantar. Redha je lah.

~ call noural huda pon tak dapat

~ dah la esok tak balik raya

~ nasib baik hubby dah order daging arnab sekor. Esok nak panggang.

~ pikir menu raya esok la... best sket


Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....