salute to the nature

salute to the nature

Wednesday, November 3, 2010

apa yang menarik bagi saya di bulan November ini


Pergh... belum masuk pon November haritu, dah macam-macam newsletter, flyers, iklan dah aku dapat. Semua pasal sales lah, promotion hebat lah, event lah.. ya lah kan, dah nak hujung tahun. So, sana sini sales, sana sini ade event... seronok!


Sekarang ni, dah kata zaman IT kan, mestilah newsletter dapat kat email. Of course lah sebab kau subcribe kat website dia...kalau ko tak subcribe, tak de maknanya dia nak hantar newletter kat email ko. Kalau ada yang hantar jugak (walaupon kau tak subcribe), itu namanya SPAM. Jadi, selayaknya ko tag as SPAM aje, pastu delete terus. kah kah kah~~ Sumpah aku tak baca kalau iklam SPAM nih.


ok, 1st, event yang menarik minat aku bulan November ini adalah:

1. playhouse disney kat KLCC (6 - 21 Nov)



2. DIOS mega sales, kat cawangan Dios dan website (30 oct - 7 nov)


3. Bobbi Brown 1 Utama Jusco voucher day (5 Nov)


4. Wevents event (20 Nov)



5. Pameran Pengantin SACC Mall (5 - 7 Nov)


6. IT Rock Stadium Shah Alam (5 - 7 Nov)


Itu je yang aku ingat setakat ni, sebab benda-benda ni masuk dalam kalendar aku. Tapi... ish.. tu lah, tak tau lah dapat attend ke tak... Sebab banyak pulak clash dengan benda lain.


Macam acara playhouse disney tu, macam seronok. Juwita kan peminat setia Playhouse Disney, tapi kat KLCC tuu... Rasa macam malasssss je nak masuk KL nun...


Dios Sales tu, aku wajib. Aku beli online je lah. Dapat gak harga sales. Foundation dah nak habis~~~ tu yang perlu sesangat beli, kira right on time lah sales nih.


Bobbi brown kat 1 Utama....... ikutkan hati memang nak sangat la kan... tapi 5hb la pulak... tengok la cemana. Hubby rajin tak nak bawak aku. hehehe... dia pi hantar orang nak gi Haji pagi tu kat Kelana Jaya... aku nak kena beli gel eyeliner kat bobbi brown~~


Wevent Event, kat 1 Utama. Ni, aku susah payah register ko... dah confirm pon penyertaan aku. tinggal nak attend je. Tapi... hehehe... serba salah dah sekarang nih. Sebabnya, kawan lama aku, best fren la kiranya, nak turun Shah Alam haritu. Dia nak stay rumah aku, pastu gi tengok Annur (anak Aza yang baru habis pantang). Ish... serba salah. Tapi rasanya aku berat ke arah hang up dengan kawan lama aku lagi...hehehe~~~


Pameran Pengantin ni dekat je, kat SACC Mall. Kalau rajin aku pi la... berdua dengan Juwita. Kalau abahnya rajin, bawak abah sekali, lepas dia hantar orang gi haji pagi tu kan.... hehehe.. banyak sangat la benda 5hb nih. Sampai confius aku. Dah la aku dah tolak 3 job makeup haritu. Semua sebab haritu aku berdua dengan Juwita. Tak de orang nak take care dia kalau aku buat job makeup kang... Bukan tak biasa bawak Juwita pi makeup, tapi biasanya abahnya pon ikut sekali. Jadi baby sitter. hahaha~


oh.. lagi satu ni, IT Rock, masuk dalam kalendar hubby. Dia la yang macam interested sangat nak check apa ada dalam sana... aku? ntah.... Aku tak de idea langsung apa benda ni sebenarnya... wakakaka~!!! layan je la... dia ikut pi event aku, aku ikut pi event dia... give and take... ye tak??? :)


owh... aku sangat excited dengan berita Ejan akan turun Shah Alam itew~~~ tak sabar rasanya nak inform pada Uder dan Aza... ^__^ ^__^ boleh tengok Annur yang dah tembam ^__^ ^__^


Lepas tu, Hujung bulan, kawan lama aku kawen. Best fren jugak nih. Masa zaman sekolah rendah. Aku le jurusoleknye... dan hubby aku le jadi photographer nya... So, agak buzy disitu.


Lagipon, sebenarnya sepanjang bulan november ni memang buzy pon. Tiap hujung minggu ada job. Alhamdulillah lah~~~~ So, Sabtu dan Ahad sepanjang November ni nampak gayanya tak dapat lepak rumah la... job je manjang... Rezeki kan~~ kita bersyukur aje.


dan... atas sebab itu (Sabtu Ahad saya ada job), saya bercadang untuk mengambil 1 hari cuti pada weekdays. Mungkin hari Selasa atau rabu. Dan... dan... dan... adalah wajib untuk saya pergi ke Spa bulan ini!!!! Sebab bulan lepas dah tertunda, sengal dah menjadi-jadi (maklumlah, dah tua... uhukk uhukk), jadi saya mewajibkan diri saya untuk masuk Spa, service badan balik kasi bergetah semula. hehehe~~~


Dah la kat office pon kerja melambak. Hujung tahun kan... So, job agak masyuk. Banyak syarikat korporat plan buat annual dinner lah, family day lah, event lah, kursus lah... semua tu pakai baju, pakai batch, pakai beg, pakai plyers, banner, bunting, dan semua benda nak pakai lah!


Oleh itu, saya berhak untuk membuat perkara yang saya gembira melakukannya, dan saya juga berhak untuk berasa gembira dengan apa yang saya lakukan.


wish me luck~


xoxo




~ penat menaip. harini nak makan MacDonald.

~ pokok rose telah naik foliage semula =)

~ maaf kerana entry ini sekejap guna aku, sekejap guna saya. Agak cincai dan saya tak kuasa nak go through sekali lagi. Redha sahaja lah dengan kesilapan bahasa dan typo di atas -__-'

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails