salute to the nature

salute to the nature

Friday, November 26, 2010

chaotic hari ini sebab nak outstation!

Malam tadi saya dah siap packing beg. Well, bukanlah siap sepenuhnya, tapi baju hubby, Juwita, dan aku dah ada la dalam beg. Sangat bertungkus lumus hokey aku menyumbat segala dalam satu beg. Diulangi, SATU BEG! wahlaweii!! (err.. tapi pakaian je laa.. hikhikhik)


Diapers Juwita dok dalam beg lain, bersama dengan segala tok nenek toiletaries, grooming tools, dan makeups. (Sedang aku menaip nih, aku teringat, sabun dan syampoo mandi Juwita tetinggal. waaa~~ T__T)


Selain tu ada beg kamera hubby, dan makeup case aku 2 buah. huh! At least beg pakaian 1 je hek... untuk 3 orang pakai tau!!! 4 hari plak tuh!!! (kalau pasal packing mempacking, aku memang handal lah. Sebab tu keje wajib aku tiap kali gi memana. hubby mana der packing! Juwita laaagi lah! Semua aku lah yang buat~ lalalaaa~)


jadi, plannya, hari ini, siapkan semua kerja office, submit semua job yang perlu di submit. collect semua job yang perlu di collect... kemudian cha alif buttt..!!!


Terus straight gi umah kak Long. Malam ni kenduri. Sib baik mereka katering je. Senang sket keje. hehehee~ Rasanya bermalam kat umah kak long je lah malam ni. (boleh kan.. kak long...) Pagi sok, siap-siap, shoot gi umah Zuraini hantar banner kawen dia. Pastu balik Jasin, rehat.


Ahad ni, ada job makeup + photography nikah dan resepsi kat Kulai. Isnin ada lagi, Post-wedding photoshoot pulak. Kat stadhuys, a farmosa, st pauls church... area-area situ lah! wah la weii~~~~ aku dah terbayang dah result die cemana...! haha... Aku plak yang berkobar-kobar.


Harap-harap tak ada lah lagi benda lain yang tertinggal. Saya sangat takut kalau ada barang tertinggal. (macam ni, dah tertinggal sabun dan syampoo juwita.. waa~ kena lah cari watson kejap lagi) Harap barang aku dengan hubby semua ada lah...


Makeup case, bag camera hubby... semua tu kena check awal-awal. Jangan tertinggal satu pon! Oh ya, charger... betul betul... (kejap nak amik)....





Ok. babai~




~ adik aku Ain buatkan muffin untuk aku. Soooo sweet lah dia... haha~

~ Lupa bawa barang yang Ain suruh bawak -__-' Tapi aku ada hair curler!

~ currently, saya hanya ada 2 helai seluar yang releven untuk dipakai. nangis~ T__T uwaaa~! (serius, aku nangis malam tadi, sebab tak de seluar nak pack. Sangat menyedihkan, bukan?)

~ rasanya, hanya levis yang fit dengan aku. lain semua haremm...

Thursday, November 25, 2010

Impian rahsia

Hari ini tidak ada topik hangat untuk diceritakan. Saya adalah dalam keadaan sangat sibuk dan bertungkus lumus menyiapkan nota kelas grooming. Oleh kerana itu, otak telah tertumpu kepada isi penting nota sahaja, maka perkara-perkara lain telah lenyap dari pemikiran (buat sementara waktu).


Oh, ya. kadang kala, di usia ini, saya kerap terpikir untuk menambah ilmu di dada, untuk belajar sesuatu yang baru, mengikuti kelas kemahiran tertentu, dan mencuba sesuatu yang baru.


Sebagai contoh, saya teringin belajar membuat sulaman manik/beads. Saya juga pernah terdetik untuk mengikuti kelas membuat jewelery. Semuanya seperti adalah sangat menarik untuk dibuat ketika mengisi masa lapang. Sebagai hobi, dan... kepuasan diri dah tentu.


Ya, saya sangat menyukai make-up. Sebab itu saya menceburi bidang persolekan. Kemudian persolekan ini menjadi satu cabang hobi yang memberi pulangan wang kepada saya. Sampai bila-bila pon, insyaallah saya akan sentiasa mencintai bidang persolekan. Ia satu hobi yang memuaskan diri!


Tapi, adakah satu hobi, yang benar-benar saya lakukan semata-mata kerana hobi? Maksudnya, saya akan buat jika mahu, dan tinggalkan jika tak mahu. Tanpa dorongan apa-apa, wang, masa, atau apa sahaja?


Saya gemar bersenam, tapi atas dorongan kesihatan dan penampilan tubuh badan. Saya gemar makeup dan solekan, tapi ia tidak boleh dikira, kerana ia telah menjadi bidang kerjaya yang sudah pasti wang dan nama menjadi habuannya. Oleh itu, apakah?


Ya! Saya sudah ingat! Saya sangat sukakan SHOPPING! Shopping adalah perkara yang akan saya mampu buat tanpa dorongan apa-apa. Tidak mendatangkan income, malah menguruskan poket lagi adalah. Sudah pasti, kepuasan dan keseronokan adalah yang dicari.


Selain itu, saya gemar bercuti. Bermaksud bercuti ditempat baru, mencuba makanan baru, melancong, melawat tempat-tempat bersejarah, tempat yang indah-indah....dan mencuba sesuatu yang baru! Ya! itulah yang saya gemar sebenarnya. Dah tentu aktiviti ini tiada dorongan wang, atau kerjaya. Semata kepuasan diri, sanggup berhabisan beratus ringgit (malah mungkin beribu?)


Ada beberapa perkara di dunia ini yang saya teringin untuk cuba, walau sekali pon jadilah. (sekurang-kurangnya dapat merasa)

1. water rafting
2. parasailing
3. naik broga hill (sangat sedih, belum pernah cuba -__-')
4. air balloon
5. paragliding
6. hang gliding


dan, perkara yang saya tak akan cuba walau diberi 1 juta RM

1. sky diving
2. paracute
3. bungee jump (dulu teringin, tapi entah sejak bila bertukar fikiran)




Apakah impian rahsia anda?




~ maaf, saya sibuk

~ Mulai hari ini, saya hantar dan jemput Juwita dari taska.

~ saya perlu improve gaya pemanduan dan tahap keyakinan diri sendiri.

~ Saya rasa tak semua orang akan paham masalah saya. Kadang kala saya akan diserang panic attact, yang menyebabkan saya tak boleh berfikir, nafas jadi cepat, takut, menangis, hand-shaking... dan terus tak confident.
Sebab tu saya gagal ujian memandu kali pertama. Sebenarnya bukan saya gagal ketika ujian, saya freak out sampai tak datang ujian langsung.

~ Tiap kali sebelum mula memandu, saya ambil masa hampir 5 minit pegang stereng tak buat apa. 5 minit untuk saya tarik napas, dan masuk gear 1 atau reverse. (kadang-kala sampai 10 minit!)

~ Apapon, saya harap lepas ni saya akan lebih cool.

~ Walaupon dengan kondisi ini, saya tak rasa aktiviti sukan extreme adalah menakutkan. Malah saya teruja! Mungkin saya panic dan nervous pada perkara-perkara tertentu sahaja....

Wednesday, November 24, 2010

fashion 101: jangan jadi pokok bunga bergerak ye makcik..

Saya sedang hilang ingatan. Semalam terasa nak blog tentang sesuatu, tapi pikir, bawa ke esok lah topik itu. Sampai ke hari ini, terus lupa apa topik nak cerita... haiiyahh~!


Tapi pagi ni terpikir pulak satu lagi topik bernas untuk diblogkan. Sebabnya, sehingga ke pagi ini, aku dah tak tahan lagi. Rasanya dah lama aku pendam ini perasaan, kerana memikirkan itu adalah hak masing-masing. Tapi mataku ini dah nak naik bernanah dah tengok kejadian ini. Hampir setiap hari akan kelihatan disaster ini. Hampir setiap wanita membuat kesilapan ini, terutama sekali kalau yang pakai baju kurung...


Cuba anda semua lihat sekeliling bila keluar ke mall atau keluar lunch nanti. Berapa banyak pokok bunga bergerak yang korang akan nampak? BANYAK kan???


So, please... la.... wahai wanita sekalian. Tolonglah belajar sedikit tentang fashion rules sebelum menyarung pakaian dibadan anda. Jangan terikut-ikut sangat dengan gaya terkini. Dan, paling penting, tak semestinya yang ramai orang pakai tu adalah cantik dan betul. Sebenarnya sebab main tiru je lah ni... natijahkan anda turut sama jadi pokok bunga bergerak, serupa dengan orang lain.


Baju kurung anda cantik. Tak dinafikan. kain mahal, hantar jahit pon mahal. Tudung anda pon mahal kan? beli kat Ariani lagi, tak pon pearl Haya. Tapi, sebab kombinasi anda kurang tepat, caca marba jadinya. Terus hilang seri baju yang cantik, terus tenggelam tudung yang menawan.


Jadi, mari sini. Saya kongsi sikit tips ber-fashion kepada anda semua. Baca, jangan tak baca pulak... (diharap lepas ni penampilan anda improve lah ye... jangan buat kesilapan macam ni lagi)


(kalau korang tak paham article dibawah, boleh scroll kat bawah sikit, aku dah buat huraian serba sedikit dengan penerangan dan rumusan yang terperinci lagi)


How to Wear Patterns and Prints

A Guide to Mastering Oversized Graphics, Florals & Animal Prints


This season’s eye-popping patterns and oversized prints are not for the faint-hearted. Whilst 20-somethings and full-time fashionistas can get away with almost any combination, there are rules to be followed for the average woman who wants to look stylish and on trend. Get it wrong and this season’s oversized prints will look too overpowering and can also add a few extra unwanted pounds.


Mixing Patterns

Patterns can be mixed together providing they belong to the same color palette. However, wearing the same size patterns is a fashion faux pas, large and small together is de rigueur. To avoid doing a passable impersonation of a garden, avoid mixing too many floral pieces.


Begin with Accessories

For women who lack that exhibitionist streak, then start by embracing a print by buying into accessories. A pair of snakeskin pumps, a zebra print bag or some tribal bangles. Print scarves worn loosely around the neck are a great way to dip a toe into the trend.


Avoid Top-to-toe Prints

To make a subtle style statement wear only one printed piece at a time. Gaudy prints need to be balanced out by keeping the remainder of an outfit plain. Pick a color from the print for the single-block color e.g. black pants with a zebra print top.


Don’t Go Wild with Animal Prints

There is a fine line between chic and cheap. A dash of animal print can look stylish but avoid overkill, as it can also be ageing.

Keep animal prints simple and subtle. Play safe with just animal print accessories, or work it as only part of an outfit e.g. a leopard print top with jeans. Whether its giraffe, zebra, snakeskin or leopard, animal prints should be tempered with a neutral shade such as black or brown, ideally picking out a color from the print.


Balance Out Body Shape

Top heavy women wearing print on the lower half, should choose a dark color (taken from the print) on top. Pear-shaped women wearing print on their lower half should team pattern with the lightest shade on their top half. Shorter women should choose a pattern with a low contrast (tonal shades of one color), whereas taller women can carry off more clashes of color. Busy prints are the enemy of petite women but look good on boyish shapes.


Fit Florals to Your Figure

Wear oversized florals with care. Larger prints can create the impression of a larger surface area. Tall women can get away with huge prints but a flower larger than a hand span can make a fuller-figured lady look even bigger.

If in doubt, this season’s supersized prints look better on the bottom half, with a neutral, understated color on the top. As a general rule, oversized prints in fluid fabrics are more flattering and the darker the background the slimmer the look!



Read more at Suite101: How to Wear Patterns and Prints for Spring 2010: A Guide to Mastering Oversized Graphics, Florals & Animal Prints http://www.suite101.com/content/how-to-wear-patterns-and-prints-for-spring-2010-a217768#ixzz16AeqEQiU


V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


paham tak? ape? tak paham? meh sini saya tolong huraikan sikit-sikit, yang penting je lah yee...


BAGAIMANA HENDAK MEMAKAI PATTERN DAN CORAK


Mixing pattern/ mencampur/ combine corak

katenye, pattern ni boleh diconsider untuk di mix-kan, kalau dia dalam color palette yang sama. Tapi, katanya juga wearing the same size patterns is a fashion faux pas (faux pas bermaksud error dalam fashion judgement.) Oleh itu sebaiknya dielakkan langsung mencampur pattern dalam satu outfit. Pendek kata, JANGAN MIX PATTERN! mix pattern adalah error!


maksudnya, jangan lah pakai baju corak bunga-bunga dengan tudung bunga-bunga juga! dah semacam peliknya... macam article ni kata lah, same size pattern dah faux pas, large and small pattern together is de rigueur. Oleh itu, baik jangan buat langsung. Dan, seperti katanya lagi, To avoid doing a passable impersonation of a garden, avoid mixing too many floral pieces. (jangan jadi taman bunga katenye T__T)


begin with accessories.

kalau tak berani pakai pattern, try dengan accessories dulu.. Contohnya leopard print heels, atau shawl/ scarves yang bercorak kotak-kotak, lines, atau abstract. Pair-kan dengan something plain. Plain shirt, plain pant, atau plain baju kurung yang senada.


avoid top-to-toe prints

Ini paling penting ya makcik sekalian. Tolonglah jangan pakai pattern dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sangat semak hokey~ Pilih satu je. Nak tudung bercorak ke atau baju yang bercorak. NEVER EVER AND EVER pakai dua-dua bercorak!!! Kalau tudung dah corak, keep the baju plain. Kalau baju bercorak, pair-kan dengan tudung yang plain. Yang penting dalam color palette yang sama.


Tak perlu lah pikir nak match semua color. Tak payah lah segala color yang ada kat baju, nak kena ada kat tudung jugak. Aduuyaii~ Pilih lah color apa yang kamu nak hightlight most. sama ada color dasar, atau color coraknya, atau color bunga nya. Dari situ dapat buat kepelbagaian dalam memadankan pakaian dengan tudung. Tak de lah tiap kali baju tu, mesti dengan tudung tu.. boring! dan semak!



itu je yang aku rasa penting setakat ni. Orang kita tak biasa pakai animal print sangat. TAPI, andainya korang pakai lah, Please lah, jangan pakai top to toe. Lagi satu, jangan corak pakai harimau kumbang kat badan, kat kasut corak zebra lah pulak... hancurr!!!


tip-tip lain yang dia bagi, antaranya:


1. untuk orang berbadan besar, boleh try avoid corak/ pattern yang besar-besar.


2. Pilih base color yang gelab untuk yang badan besar. Kalau badan kecil tak ada masalah, boleh pilih pattern yang color cerah sikit.


3. Shorter women should choose a pattern with a low contrast (tonal shades of one color), whereas taller women can carry off more clashes of color. Orang tinggi boleh play around dengan color-color contrast berbanding orang rendah, sesuai main color tone.


4. Busy prints are the enemy of petite women but look good on boyish shapes. Corak yang heavy tak sesuai untuk orang petite, macam aku T__T


5. oversized prints in fluid fabrics are more flattering and the darker the background the slimmer the look! corak besar2 pada fabrik yang lembut akan nampak lebih terbentuk di badan/ flattering. Lagi gelab background, lagi nampak flattering.


Oh, ya. nak tambah lagi satu. Kalau corak dan pattern dah color terang, boleh tone down kan makeup kepada natural shade. Tak payah nak lawan corak tu lagi.







~ pergh... puas hati dapat buat article ini, dengan ada supporting article yang bernas pulak tuh. tak de lah aku dituduh memandai atau saje nak kondem orang~

~maaflah kalau ada makcik yang terasa. Terasa takpa, maknanya sedar kita ada buat silap. Lepas ni improve penampilan ye..

~ Nak belajar lebih lanjut, boleh masuk kelas grooming anjuran Petite touch. http://petitetouch.blogspot.com/2010/11/personal-grooming-make-up-class.html

Tuesday, November 23, 2010

Kami makan arnab dan tengok wayang di aidil adha


Seperti sedia maklum, kami satu keluarga tak balik kampung mana-mana pada raya aidil adha yang lepas. Jasin pon tak balik, Palong pon tak balik. Semua tu atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Sebenarnya, sebab minggu depannya kami nak kena balik jasin, sebab nak uruskan perkahwinan kawan (saya makup artist, hubby photographer). Jadi kami mungkin akan berkampung agak lama, start Jumaat bawa ke selasa macam gituh.. Jadi adalah sangat tidak praktikal dan tidak ekonomik jika kami balik pada 16hb (dan mungkin akan berlarutan sehingga 21hb kan) lalu kemudiannya kami perlu balik kampung semula pada 26hb...


Kampung kami berdua ni pula, nak kata jauh, tidak la jauh mana. nak kata dekat pon, tak lah dekat mana... kalau sekali balik.. alamat kena balik dua belah pihak. Kalau balik palong saja, kang orang jasin tanya awat tak singgah. kalau balik jasin saja, kang orang Palong dok call tanya bila nak mai.. jadi percutian yang singkat adalah tidak releven untuk kami. Paling koman pon, kena cuti 4 hari, 2 hari jasin, 2 hari palong.


kalau kerja tak ada tak apa lah. Ini dengan kerja menimbun...takkan nak straight cuti sampai 2 minggu pula. Tak jalan lah kerja. Maka jalan penyelesaian terbaik adalah menunda cuti keminggu depan. habis cerita.


Oleh itu, raya kami agak bosan pada mulanya. hehehe~ Petang sebelumnya, kami ke klang untuk membeli 2 ekor arnab segar. So, malam tu dah start panggang arnab. Sebab 2 ekor kan, saya masak 2 batch. Marinate semua malam tu, tapi grill separuh aje. Lagi separuh bawa ke esok. ^__^ Jadi, menu malam tu dengan pagi esoknya sama lah...


Grilled rabbit


potato carrot salad with dill


mix green salad with feta cheese and vinaigrette dressing


owh... sangat western sekali menu raya haji kami.. ahaks~ Apa boleh buat.. layan je lah kan... Owh, ya, resepi arnab adalah dari Jamie Oliver (the naked chef) ye~ exactly, tanpa menukar apa pon~ potato salad dan mix green salad serta vinaigrette dressing semua adalah dari siri scandinavian cooking, channel 703 (asia food channel)


ini portion saya.. well.. paling banyak hijau itulah saya punya... hehee~arnab nye kenitt je


After lunch, kami pergi tengok wayang.




makan ice cream sementara menunggu


Pengumuman: INI ADALAH WAYANG PERTAMA JUWITA YE~~ hehe... 1st time bawa dia gi tengok wayang. Adalah dalam sejam dia tekun, pastu da start bosan.. nak bergerak-gerak. Kejap berdiri atas kerusi, kejap pusing sana, pusing sini.. last-last mintak peluk.. ngantok dah.. hehehee~





Kami tengok cerita Megamind. My words: adalah sangat best!


Cuma satu je lah kami tak puas hati.. gambar macam hampeh gile! ye laa... understood la, kitorang tengok kat TGV bukit raja. Wayang lama.. buruk gile.. Screen adalah sangat pudar dan berabuk!! hahaha! boleh layan la cerita tu, tapi kalau dapat tengok dalam screen yang lebih clear.. format blueray...perghhh~! memang puas hati!




Habis je cerita tu... sepakat saya dengan hubby cakap, "Kalau keluar blueray dia nih, memang sambar teruss~" tak puas la tengok kat screen pudar tuh... Rasa tak puas hati pon ada, sampai terkeluar la ayat " baik tengok TV plasma kat rumah.. lagi cantik gambar. HD lagi.." hahaha~


Habis wayang, jalan-jalan kejap dalam bukit raja... ada sale lagi T__T (Bukit Raja ni kan.. tak pernah tak ada sale tau! mencik aii~!) Telah menyambar 2 ketul bantal yang amat besa untuk dilenjan dirumah sambil menonton GREAT MIGRATION format HD di saluran 573. Sangat heaven, hokeh!!


Apapon, seronok la jugak hari rabu kami tu... dapat la hangout satu famili, quality time together gether.. ^__^ Petang, makan kat Pakli je. Tamat lah hari yang menyeronokkan.




~ lain kali nak tengok wayang pergi e@curve je. Baru puas hati.

~ Arnab oh arnab... cerita kat uder aku gi beli arnab. Dia ingat aku beli arnab nak bela. Terkejut badak dia bila aku cerita aku korban arnab. hahaha~

~ owh.. GM Klang pon adalah sangat best! terasa nak pergi lagi. (rasa nak buat jeweleries lahh~)

~ Aeon bukit tinggi pon dah termasuk dalam senarai shopping mall kegemaran aku. yeeehaa~!

Monday, November 22, 2010

sesi mari memasak : smiling crispy prawn ball




Hari ni saya nak bagi resepi untuk menu saya minggu lepas sudah, Crispy Prawn Ball. Sangat mudah membuatnya, bahan pon sikit sahaja, tapi ada preparation ahead yg kena buat, but trust me, senang je pon preparation dia.. tak susah pon. Dah, paling penting, hasilnya adalah sangat marbeles okey~~~ En. Suami pasti senyum sampai telinga lah kalau makan nih. Siap bagi standing ovation lagi kalau kena cara. heh heh heh~~~ (lepas tu boleh la mintak pape kan.. dah dia tengah mood baik tuuu.. ngee~~~)





Smiling Crispy Prawn Ball (tengok lah gambar.. sebab tu nama dia smiling crispy prawn ball)


bahan-bahannya:

500gm (sukati lah nak lagi banyak pon boleh) Udang segar, dikupas kulit, buang kepala.

1 bungkus tahu bulat/ tahu rompong (ala.. yang biasa orang letak kat mee kari tu.. yang kosong tuh)

setengah labu bawang besar merah

3 - 4 ulas bawang putih

daun bawang

capsicum

kubis diracik halus (agak-agak la.. ratio kubis dengan udang adalah 1 : 2. kubis satu, udang dua)

garam dan lada hitam secukup rasa

2tsp all purpose flour

a pinch of soda bikarbonat.

sedikit air.


Penyediaan:

1. udang yang telah dikupas kulit dan dibuang kepala tadi, kita akan blend dengan sedikit air, bawang putih, bawang merah sampai sebati dan hancur.

2. Bila semua tu dah hancur dan sherashi bershama (heh heh heh), letak dalam bowl besar, dan campurkan garam dan black pepper secukup rasa.

3. Kubis diracik halus. Capsicum dipotong dadu kecil, daun bawang dipotong kecil. Masukkan semua tu dalam adunan udang bersama tepung 2 sudu dan soda bikarbonat, dan gaul kasi rata. Letak tepi dulu.

4. Now, kita buat kulit pulak. Ambil satu ketul tahu rompong, belahkan separuh, dan keluarkan semua isi dalamnya. Tinggalkan kulit yang kaler coklat tu je. Kalau ada tinggal sikit2 isi putih tu pon tak pe... nanti goreng dia rangup... best gak...


5. Lepas keluarkan isi putih, terbalikkan tahu tu. Meaning, jadikan belah dalam keluar (belah yang kaler putih), belah coklat tadi kat belah dalam. Ok. Siap. Buat kat semua tahu rompong tu.


Kaedah membuatnya:

1. isi tahu tadi, korang boleh campurkan sekali dalam isi udang tadi. So, inti akan jadi lebih melekat, tak berderai bila goreng nanti. Percayalah...


2. Campuran isi udang tadi, korang masukkan dalam kulit tahu secukupnya. Pastu katupkan sikit mulut tahu tu. Camtu je, buatlah sampai selesai semua.


3. panaskan api, pastu gorenglah sampai isi udang masak, kulit luar kekuningan.


4. tosskan minyak, dan sedia dihidang. sedap dimakan begitu sahaja, atau dicicah dengan sos thai.





^__^ Cubalah~


gambar chef kejap.. hehehehe~





~ tak plan nak blog pasal ni pon, tapi sebab hubby dengan penuh terujanya telah mengambil gambar benda ni, dah tak habis-habis puji... so... why not? ngee~

~ Saya seronok sebab sabtu haritu kawan baik saya datang dari jauh. Bermalam di rumah kami. Semalam pulak, dapatlah hang-out dengan Uder sekali... lepak-lepak barang sejam dua. Puas~! (tapi tak puas sangat~ uwaaa~~~ patut ejan cuti lama sket! 2 hari mana cukup~~~)

~ Singgah Aeon Bukit Tinggi petang tuh. SANGAT BEST HOKEY~! Shopping baju laaaaaaaagiiiii~~~~~ habis redeem voucher jusco RM50.

~ kedai dan butik kat aeon bukit tinggi semua best-best. Ada beberapa kedai yang really-really capture my eyes, my heart, and my soul. cheewah~ (ini luahan hati shopaholics)




Saturday, November 20, 2010

nasi hujan panas pak engku dan banyak lagi!




Antara banyak chef-chef antarabangsa yang aku minati, aku juga meminati beberapa chef / so called celebrity chef tempatan. Contohnya, aku minat Chef Wan. Aku juga minat pada Chef cantik manis yang sedang meningkat naik, Cik Anis Nabilah. Aku siap add/like dia dalam facebook tau~ hehehee~~


Kalau bab kenduri kendara, katering punya type masakan, aku minat dengan Pak Engku. Dia memang terkenal la kan, specialist dalam bidang masakan katering, kenduri kendara nih. Memang heaven lah kalau dapat hire dia and the team untuk wedding. Makanan sangat marveles key... (Tak payah la sebut pasal nasi mentah, lembik, ayam hancur, daging hangit segala. Semua tu tak wujud pon dalam diari masakan Pak Engku.)


Awal bulan haritu aku berpeluang untuk merasa masakan Pak Engku ni. Untung la aku, sebab dapat customer makeup yang hire dia. So... makan lah kan.. hehehe....


Memang menu hari tu, semua specialty Pak Engku lah. Ada nasi hujan panas, sambal sotong pak engku yang pemes, daging dendeng pak engku yang pemes gak, aje pajeri nenas pak engku.... pastu, ada pulak manisan specialty dia, bubur pulut hitam. Dan ada jugak apam balik garing. Oh ya, my most fav, rojak dia.. umph~!!! Pon specialty katering Pak Engku nih. perghh~~~ memang tangkap leleh lah.






Dengan pakej katering ni (aku kira adalah pakej dia yang paling special a.k.a paling mahal), dia bagi satu hadiah lagi untuk pengantin. Pak Engku sendiri yang akan serve pengantin. Haaa... Ambik kau!!! Serius! Siap MC hari tu, Jaafar Onn, umumkan lagi. Pak Engku serve pengantin. Sangat special hokey~




Apa pon, terima kasih la sebab bagi peluang saya makan. So far, sepanjang saya berkhidmat sebagai makeup artis nih, jarang sekali saya dilayan buruk atau double standard oleh pengantin atau keluarga pengantin. Rata-rata mesra dengan saya, pemurah, dan melayan saya dengan baik. Betul! Tak pernah pula saya kena layanan kurang enak, apatah lagi diperlekeh. Alhamdulillah la... rezeki masing-masing, ye tak...


Banyak juga cerita saya pernah dengar dari jurusolek, mak andam dan makeup artis yang lain, tentang bagaimana mereka dilayan sangat rendah, diperlekeh, dan double standard. Ada famili yang sombong la, susah nak mintak payment la, ada yang tak pelawa diorang makan langsung pon ade! (sebenarnya, kitorang ni bukan le nak makan sangat, tapi orang kate, berbudi bahasa kan...)


Mak andam ni pon, tak payah la dok terbayang-bayang dapat makan free je pulak.. hehe... kalau mereka nak pelawa, kita makan la, kalau tak pelawa, tak apa. Tak rugi apa pon. Yang penting kita dah jalankan tugas kita dengan sempurna. bahagian kita dah selesai. Ye tak?


Saya pon, kadang kala segan nak makan. Sebabnya, saya selalunya datang makeup bawa husband dan anak.. Segan lah saya nak makan. Takkan saya nak makan sorang, laki dan anak dok dalam keta kan. Tapi kalau nak punggah semua pi makan pon segan juga.. hehehe~ (melainkan tuan rumah insist, saya makan la juga, DENGAN membawa anak dan suami ye.. hehe)




~ Selesema pula Juwita nih... tengah tengok hi5 kat komputer abah.

~ ejan datang harini~! yay~!

~ bulan ni, saya berhasrat nak buat cupcake. jom~!!

Tuesday, November 16, 2010

BENGANG

bengang dengan beberapa perkara.


1. RESTOREN MOLEK SEKSYEN 7 = TAK BLEH HARAP, TAK MOLEK LANGSUNG!!!


malam tadi makan kat restoren nama MOLEK (kononnya kelantanese cuisine) kat seksyen 7 baru. Tapi menu macam hampas, servis LAMBAT NAK MAMPOS!!!! Dekat 40 minit tunggu, tak sampai lagi makanan. Panggil pelayan, tanya dah masak lum makanan kitorang? Dia masuk dapo, pastu keluar pompuan (yang aku rasa macam nak aku hangguk je kepala dia kat meja tuh), dia cakap, "tadi order laksa penang kan? tak de laa"


kepala hottt!!!!! angin satu badan lah aku. Awatnye dah 40 minit baru cakap takde???? aku cakap, "laa, apasal baru bagitau???" Boleh pompuan tu pandang bodooo je kan...


Terus bayo air, keluar dari tempat tu. Laki aku siap dah nyumpah2 dalam keta~~~


itule, orang lain bukak kedai makan, ko nak bukak jugak. Management tah kemana, makanan cam hampeh, servis hancur... boleh blah la...Camni ke gaya nye nak kita tolong bisnes melayu? tak tertolong dah ni.. baik takde dari ada.


2. RHB BANK = LEMBAB, SISTEM KELAM KABUT, CUSTOMER SERVICE HAMPEH, SISTEM KHIDMAT PELANGGAN PALING BURUK DALAM SEJARAH


dari haritu, aku call RHB tak dapat. Aku tanya direktori, mintak direct number ke bahagian geran cawangan PJ. Tak berangkat pon number tu.


Harini, aku call HQ pulak. Aku ambil number dari WEBSITE dia. Ada orang angkat, tapi kata, bukan number ni, u should call this number. Then dia bagi number lain. Aku call number yang di beri tu. Rupanya operator a.k.a. mesin yang angkat. Kena sambung ke talian yang sepatutnya. masalahnya:

1. ada dekat 9 line, tiap satu tu panjang gile2 nama talian... dengan ucapan yang tak clear sangat. contoh : tekan 1 untuk melaporkan kehilangan kad kredit, 2 untuk pinjaman sewa beli, 3. untuk bla bla bla....... Aku tekan number 4, sewa beli kenderaaan. TAK ADA ORANG ANGKAT. Aku ulangi, tak ada orang angkat pon line tu, dan mesin tu kata, line buzy. Tak puas hati, aku tekan line lain, semua aku cuba, dari line 1 sampai lah 0.. semua TAK ADA MANUSIA! Mesin tu dengan innocent-nya cakap line buzy.


2. Aku call balik mamat tadi (talian yang ada manusia tadi), kata tak ada orang angkat pon. Dia bagi pulak extention, 162, 163, 164. cuba lah mana-mana, katanya. Tiga-tiga extension aku cuba, pon masih, TAK BERANGKAT TELEFON AKU..


3. Aku check balik website, cari no. phone lain pulak. Ini number tele banking. lantak lah. dah semua number aku dah cuba. OPERATOR MESIN LAGI. Aku pilih nak bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan. Ada orang jawab, aku cakap aku nak geran aku. Dia bagi number call lain.


4. Aku call number tu, pon tak berjawab. Aku call balik orang tadi, aku dah start mengamuk. Dia bagi number lain. dengan marah aku cakap, "ini betul ke tak number nih? saya dah call dekat 10 number awak tau tak!! semua pass sana, pass sini. tak angkat la... apa punya bank la"


Orang tu kata, "tak ini betul, cawangan Pj punya, untuk mintak geran punya, cakap dengan En. Khairul. " Terus aku letak phone. Maaflah. Tiada lagi terima kasih dari aku. Tak ada apa nak diterima kasihkan.


5. Akhirnya aku call number last tu. Ada orang angkat. terus aku mintak geran. Siap dengan warning, "Ni saya nak urgent ni ya. jangan tangguh-tangguh lagi. Jangan pas kat orang lain" dia pon jawab, 10 minit kak....


6. 10 minit kemudian, sampailah geran aku.


phew~ Letih aku marah, nangis, geram... rasa nak je hantuk2 kan kepala sekor-sekor orang RHB ni. Buat sistem kemas sikit la beb... susah gile sistem kau. Kalau orang tua ke, orang kampung ke.. lagi la tak dapat la kot geran tu akhirnya... sistem teruk gile! menyedihkan!!!!


3. KEDAI PHOTOSTAT DAH TUTUP! = RAYA ESOK LA BRO, GILE APA!


Ini, aku nak photostat ic, lesen... sekali tengok tak bukak dah kedai photostat tuh. HOI! raya esok, bukan harini!!! some more, ni RAYA HAJI JE...bukan raya aidilfitri pon.... cisss betul la~~~


kerana itu, aku scan je ic dan lesen aku.


4. KOMPUTER SHUT DOWN DENGAN SENDIRI = BENGONG PUNYE KOMPUTER!


Sebab aku nak scan ic dengan lesen kan, pastu nak la edit sket masuk ai (illustrator bagi yang tak tahu). Tengah syok aku edit, boleh pulak dia cakap, not responding, will be shut down. nasib baik dia bagi save. Lepas je save, dia shut down. Adoilaaa~~~!!!!


Dah la sambil aku buat tu, tengah nak sent email, quotation kat customer. Hilang la semua. gigit kang... haa.. baru tau...!



Kesimpulan, hari ini adalah sangat bengang.


Nasib baik lah ada dark chocolate almond. Aku makan 1 bar (nipis je. hehehe) baru lah ok sikit mood. Dah la aku tak breakfast. Lunch pon terlepas. Semua gara-gara RHB tu la.. Sejam lebih dok call sana, call sini.


Dengan malam tadi, restoren MOLEK yang tak molek langung tuh...


Disebabkan MOLEK tu, sampai rumah dekat pukul 11 malam, perut lapo. Dah la kedai makan lain dah tutup (dekat pukul 11 kan..). Makan megi je kat rumah, dengan nugget dan ceasar salad. Pastu dah terbongkang aku dengan laki aku depan tv. tengok TV pon dah tak larat.


Bangun pukul 3 pagi, sakit2 badan (dah tido kat carpet je kan... sakit la badan). baru nak naik atas, Juwita plak bangun tido.... adoi... hubby aku layan.


dah.


Cukup lah luahan perasaan. Tak tau dah nak marah sapa nih. Nak marah RHB pon, bukan diorang dengar, masuk kotak suara je pon...



~ PMS lah. sorry...

~ putus asa dengan kain yang tak berantar. Redha je lah.

~ call noural huda pon tak dapat

~ dah la esok tak balik raya

~ nasib baik hubby dah order daging arnab sekor. Esok nak panggang.

~ pikir menu raya esok la... best sket


Monday, November 15, 2010

cemburu itu tandanya saya sayang

Isteri mana tak sayangkan suami kan... Kalau isteri tu tak cemburu, maknanya dia tak sayang suami dia. Saya pon kadang-kala ada perasaan cemburu, hehehe~


Ada orang kata, kunci perhubungan adalah kesetiaan, kepercayaan dan kejujuran. Betul. Saya setuju.


Setia = Tidak curang.


Dari segi verbally (perkataan), act (perbuatan), malah technically (seperti curang di laman cyber). Ada lelaki dengan bangga berkata, " aku tak curang. Mana ada aku duakan isteri aku. Ko pernah ke nampak aku keluar dengan pompuan lain?" Tapi hakikatnya, kat internet chatting dengan awek mana tah, accept friend dari awek-awek cun dan berbalas-balas mesej di laman cyber.


Sungguh, sangat remuk hati isteri jika tahu suaminya begitu.


Ada juga yang menyalah gunakan perkataan 'kawan'. "saya kawan je la dengan dia. Mana ada apa-apa yang serius". Owh, sungguh? Saya tidak percaya pada hubungan 'kawan' antara lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita tidak boleh menjadi kawan. Semestinya salah seorang ada motif tersendiri, tak kisahlah apa motifnya, yang pasti mereka tidak akan jujur berkawan.



Jujur dengan perkataan, perbuatan, dan tindakan.


Untuk percaya, sebenarnya perlu ada kejujuran dalam perhubungan itu. Dan untuk percaya dan jujur, perlu ada kesetiaan. Jika sudah tidak setia, mula lah tidak jujur. Akal mula memikirkan seribu jawapan dan alasan untuk memutar belit fakta.


Dan, jika sudah tidak ada kejujuran, tidak akan datang kepercayaan daripada pasangan.


Oleh itu, check sekarang hati anda. Adakah anda cukup setia pada pasangan anda. Adakah anda berlaku jujur pada pasangan anda. Bagi wanita, cukuplah sekadar suami itu jujur. kerana kesetiaan kami tidak ada tolok bandingnya.


Jika kami cemburu, sesungguhnya kerana kami sayang. Bukan kerana kami curiga dan sangsi, malah bukan sekali tidak percaya, tapi sekadar berhati-hati.



Sekian.



~ bersyukur kerana dapat bekerja berusaha bersama suami tercinta.

~ CINTA itu indah, jika disulam dengan cara yang betul.

~ keluarga bahagia adalah keluarga yang berteraskan agama.

~ ya Allah, semoga kau kekalkan cinta di hati kami, jauhkanlah propaganda bisikan syaitan, dan berkatilah keluargaku, ya Allah~~~ Aminnn~~~

~ Entry ini lantaran terbaca gosip berkaitan Aaron Aziz yang kononnya dikatakan dikongkong isteri. Saya menulis satu entry mewakili naluri hati para isteri. ^_^

cerminku retak seribu




Cermin ini berusia 4 tahun, seusia dengan kereta ini juga. jadi kerana tak pernah ada tinted pon, maka jangka hayatnya hampir menemui penghujung.


Tak angin tak ribut (ok, mungkin ada angin sikit, lalu menerbangkan seketul batu yang super halus dan menghentam cermin ini secara lemah gemalai, lalu ia pon crack), hubby nak keluar jumpa client, sekali nampak dah retak seribu..




Lama jugak dok investigate benda nih.

1. Cubaan orang pecah masuk kah?


2. terkena lontaran batu budak nakal kah?


3. terkena batu yang terpelanting sebab orang mesin rumput kah?


4. atau kerana usianya dah lanjut, makan ketahanannya memang sudah kurang, jadi dengan sedikit hentaman batu halus pon bisa meretakkannya...


5. Kereta sebelah terlanggar ketika membuka pintu keretanya kah..


aku stick to the 4th. malas nak pikir panjang dah. Sebab tak ada budak nakal kat situ, tak ada orang mesin rumput, dan ia bukan tanda orang cuba pecah masuk sebab punca retak/ mark dia adalah halus, bulan dari kesan hentaman atau pukulan.




sekarang nih, tampal salotip saja. Belum rancang nak menyinggah ke mana-mana workshop lantaran masa yang kesempitan. Lagi pula, sedang tunggu salinan geran kereta, sebab nak tukar cermin windscreen sekali. Pon dah retak juga. (windscreen ada cover insurance. Alhamdulillah~ )


Syukurlah tahun ni tambah windscreen dalam insurance cover. Ada berguna juga itu benda~ haha~~~



~ tak biasa makan nasi pagi2, nak makan jugak.. kan dah sakit perut...

~ Saya beraya Haji di bandar bukit raja. Tak balik kampung. Siapa mau join saya??

~ kain belum hantar jahit -__-'

Saturday, November 13, 2010

another typical me~

what is typical me? Despite having a diarrhea every month, there's something you should know about the typical me


THE TYPICAL HIDAYAH


2. I shop clothes for my self and Juwita MONTHLY.


3. I can't stand on SALES. I usually purchase more during sales


4. I LOVE MAKEUPS. Been buying it, using it, test it, preview it anytime and anywhere. That's the only topic i can come out easily, without make myself thinking so hard . I sometimes sleep on makeups (i know.. i know... its bad.)


5. I obsess about my tummy. Working hard to maintain my Keira Knightly flat stomach. Yup, i ADORE Keira Knightly


6. I do crunches when watching TV, and i do 6-minute-workout (aim on my buttock, hip, & thigh) during office hour.


7. I LOVE VEGETABLE, more than any other food in the world. On my plate, my vege portion is even more than rice


That's typical me.

Friday, November 12, 2010

check beg makeup sket... ada apa yang baru ke?


hihihi~ dah lama tak view makeup kan. Entry pasal makeup pon dah lama tak buat. Hihihi~ Jangan kan kat sini, blog petite touch aku tu pon, tak berupdate. Bukanlah saya taknak update, tapi typical saya lah kan... kalau dah nampak muka mangsa, terus lupa daratan. On da way tengah sapu loose powder baru teringat, ehhh.... lupa amik gamba la tadi heh heh heh... customer pon bpleh wat ape.. setakat sengih je laa.. sambil cakap "laaa~~" hahaha... lawak kan aku nih.


Lepas tu, tau-tau je la kalau event tu rush. On the row sampai 4 ke 5 orang nak makeup, mana lah sempat dek oii.. nak amik gambar finish product satu-satu. Siap satu muka, muka lain dah menadah. Al alamat, tak sempat le nak bergambar bagai. (lainlah kalau event sponsor, ada professional photographer, takyah pikir nak amik gambar dah. Tag je kat facebook. haha)


Jadi haritu saya agak keralatan lah juga, sebab makeup 5 muka in a row, untuk majlis perkahwinan (pssst... menu nasi hujan panas by pak engku koo~), satu hapah gamba pon saya tak sempat snap. huhuuu~ sangat sedey okeh. So far, rasanya saya sangat berpuas hati dengan hasil saya pada 5 muka tersebut. 1 orang siap buat rambut. Masa yang diperuntukan adalah dari jam 10 pagi sampai 1.30 petang. Tapi makeup hanya mula pada jam 11 dan tamat pada 1.30, betul-betul sebelum pengantin berarak masuk. wawawa~!


Bayangkan betapa lajunya saya makeup dan buat rambut. wahahaha~ jejak lantai pon tak sempat. Tarik napas pon laju jerk... Alhamdulillah la dato' ajak masuk dewan lepas tu suruh makan. Kalo tak... dah la letih, lapo plak tuh! uhuuhuu~


Apapon, bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki dalam bidang ini. Tak ada gambar buat potfolio pon tak apa lah, janji pengalaman sendiri bertambah, ke-professional-an menigkat (ade ke perkataan tu?), skill makin advance, koleksi makeup bertambah (hehehe), ada duit lebih nak tambah lagi koleksi.... haa.. ok lah tu kan?


hehehe~ sebab kita cerita pasal makeup, haruslah tunjuk gambar makeup serba sedikit kan...


Ini adalah koleksi makeup dalam makeup box saya...


lipstick dan gloss... sebahagiannya


the eyes thigy....


some of the blush... the bronzer.. the highlight.... the contour... all about cheek!


the stuff and tools...


the foundations...to match all skin color


base and powder...



and.. and... and....


some goodies from max factor~! yippe~!






~ Hujung tahun ni, banyak pulak job makeup dinner. berlawan-lawan pulak dengan pengantin.

~ Suka lagi dengan creative makeup berbanding bridal makeup. lebih luas dan boleh buat out of the box.

~ esok ada kenduri kawen mat pi, kawan lama kat uitm dulu... camne ek, dapat gi ke tak ni... ada job esok...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails