salute to the nature

salute to the nature

Tuesday, October 19, 2010

Ya, sebagai seorang ibu, banyak lagi saya perlu belajar


"kamu buat salah, sebab itu saya marah. Tapi saya masih sayang kamu"


Pernah tak kalian terasa marah benar dengan anak sehinggakan rasa kecil hati dengan si anak, atau lebih teruk, merajuk pula dengan si anak? Aku akui, aku pernah rasa kecil hati dan marah benar sama Juwita sehingga aku merajuk sama dia. Tapi tak lama, biasanya tak sampai sejam aku dah panggil dia semula. Seikhlasnya, aku tak pernah simpan perasaan kecil hati atau marah pada juwita lama-lama.


Ini kerana, walau marah mana pon, Juwita tetap pengarang jantung hatiku..(echeewah). sama juga pada hubby, kadang-kala aku kecil hati dengan hubby, tapi tak perlulah simpan lama-lama. Maafkan saja. Sebab bila aku merajuk lama, aku yang rasa kesunyian. ahaks~


Berbalik pada isu anak, ibu tak patut kecil hati pada anak. kadang-kala isu kecil pon nak kecil hati... kesianlah pada anak tu... syurga dia kan dibawah tapak kaki kita. Ibu janganlah cepat sangat tersinggung hati. Kalau anak buat salah, tegur sahaja terus terang, lepaskan saja. Lebih baik begitu daripada memendam perasaan.


Memendam perasaan ini lama-lama jadi barah. serius! orang yang suka pendam perasaaan adalah orang yang berisiko mendapat barah hati dan sakit jantung. Ubat yang paling mujarab bagi semua penyakit adalah memaafkan. Sukar ke nak memaafkan? anak sendiri kan... buat apa simpan lama-lama...


Sebagai seorang ibu muda (dan baru lagi jadi ibu), aku tak banyak pengalaman, apatah lagi ilmu. Kurang sangat lagi. Tapi aku pernah jadi seorang anak, aku pernah jadi kanak-kanak. Jadi aku faham anak-anak.


Bila anak buat silap, kita tentunya marah. Kadang-kala tak perlu buat silap, mungkin anak banyak demand, mengada-ngada, kuat nangis atau memberontak... kita jadi tension, stress, kita tak faham apa sebenarnya yang dia nak. Jadi kita jadi marah. Kita marah anak tu balik...


Bagi si anak tu pula, mungkin jika kita terlalu marah, sampai ke tua anak tu akan ingat bagaimana marahnya ibu itu padanya. Silap haribulan, si anak pula yang kecil hati, menjauh hati pada si ibu atau bapa. Lagi teruk, si anak mugkin sampai takut pada ibu bapa, atau paling parah, sampai menyimpan benci dan dendam pula pada ibu bapanya. Tak ke teruk kesan psikologi nya itu?


Aku pon kadang kala berada di situasi itu juga. kadang-kala sangat teruji kesabaran ku ini bila berhadapan dengan tantrum dan kerenah Juwita yang cranky tak menentu itu. Bagaimana?


Seorang kawan memberitahu satu perkara, (dia samakan menjaga kuda itu sama seperti menjaga anak kecil) katanya, kuda itu seperti anak kecil.


Kita kena tegas, tapi bukanlah sehingga dia takut pada kita (kuda bila dia dah takut, lagilah dia taknak dekat pon. Silap-silap kena tendang balik)


Kita kena selalu belai dia. (sebagai tanda kita sayang dia)


Bila dia buat silap, kita marah. (kalau kuda, mereka akan dirotan dengan pedati sebagai tanda kita marah dia buat silap)


Tapi, kita tunjuk kita masih sayang (lepas rotan, usap balik. Sapu ubat balik kalau luka.) Sebab kita masih sayang.


begitulah....



bagaimana nak aplikasikan pada anak?


biar si anak faham,


kita marah kerana dia buat silap, tapi tak bermakna kita benci. Kita tetap sayang.....


itu yang saya tak tahu..... dan saya masih belajar tentang itu......



Ini kronologi saya bila juwita buat hal.

###

~ bila saya marah, saya emo. Saya marah dia.

###

~ sekarang, bila saya marah juwita, saya hanya senyap seribu bahasa. Saya biar dia nangis puas-puas dulu. Saya biarkan saja dia.

###

~ lepas dia puas nangis, baru saya panggil dia balik ke pangkuan. saya biarkan dia peluk saya puas-puas

###

~bila sendu dia dah hilang, saya tanya dia sayang saya ke tak.. Juwita biasanya akan mengangguk.

###

~ saya tanya, kalau sayang ibu, kenapa buat ibu marah? kenapa aisha mengada-ngada? kenapa buat ibu penat?

###

~ Juwita biasanya akan buat-buat tido... tapi di matanya saya nampak titis-titis jernih. Sungguh! aku faham perasaan sayu dan sendu itu.

###

~ aku akan maafkan dia. dan aku berkata, ibu sayang aisha. Ibu marah sebab aisha degil. Kalau aisha nakal, mestilah ibu marah. Tapi ibu sayang dia...

###

~ aku kiss dahi, pipi, peluk dia...

###

~ aku mintak dia salam aku. Dia salam, cium tangan. pastu dia peluk... sampai tertido....




sayu tak? owhhh~~~~~~~~ aku sebak sambil tulis ni nokk~~


Aku harap dia faham, bukan aku benci dia (nauzubillah, jangan lah dia sangka aku membenci. jauh sekali nak dia menjauh hati). Aku marah sebab aku geram. Geram dengan perangai dia. Bukan dengan dia. Kadang-kadang aku geram dengan diri aku sendiri sebab tak dapat faham apa yang dia nak......


hmmm......................



saya budak baru belajar...................




~ dah lama tak keluar isu parenting kat blog nih.......

~juwita sangat cranky lately. Aku rasa dia boring tak ada kawan.

~ maafkanlah ibu.....

~ adik? tahun depan baru nak mencuba.....insyaallah...

1 comment:

zehankhairi said...

sedihnye bace entry ni (T.T). ure such a lovely mom...!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails