personal grooming habits

3 4 hari ni aku bengong sikit. Berpinau dah mata dok tengok nota "personal grooming and social etiquette". Tak siap-siap. Letih juga mengarang nih rupanya. Dengan nak tambah fakta-fakta terkini, update dan sesuaikan semua dengan sasaran pendengar nanti... letih juga lah!


Aku ni, jenis yang kalau dah start buat research, tak tahu nak berenti takat mana. Research dan research dan research, sampai se dalam-dalamnya aku korek. Itu memang habit aku sejak kat MRSM lagi, [astu melarat ke universiti. Sebab tu kalau subject atau topik yang perlu personal research, kajian, dan pembentangan, aku mesti berkobar lain macam. Biasanya subjek gini aku memang dapat A lah. hehehee~~~ bukan nak kerek ke ape, tapi serius, aku suka buat research.


Untuk tajuk ni, basic nota aku memang dah ada. Follow yang aku belajar dan nota-nota dulu je. Tapi aku rasa nak mantapkan lagi nota aku tu bagi strong. Aku nak nota aku tu lengkap dan menyeluruh. Baru puas hati aku. Tapi bila fikir balik, sasaran aku nanti dapat ke tangkap apa yang aku bentangkan kalau ia menjadi terlalu mendalam dan menyeluruh? hmm.... mungkin aku perlu ringankan sedikit, kurangkan sedikit level knowledge tu agar difahami sekalian umat. hehehe~~~


Owh.. tajuk kali ni personal grooming habit. Aku sebenarnya tak tau dah nak tulis entry pasal apa lagi, sebab dok mengadap nota ni je sepanjang hari. So, aku ingat nak kongsi sikit la pasal personal grooming habit nih.


Personal grooming habits.

apa yang korang tau pasal personal grooming habits?

personal grooming habits ni maknanya amalan kebersihan dan tatarias peribadi. Maksudnya bagaimana korang jaga diri, kebersihan dan kecantikan korang lah..


Apa yang dimaksudkan dengan good grooming?

basically, ada 5.

rambut, gigi, kuku, muka/ make-up, dan uniform/ pakaian.

senang cerita lah, penjagaan badan keseluruhan supaya kita bersih, kemas, cantik, dan wangi.


Kenapa?

1. supaya kita akan nampak kemas dah teratur
2. supaya kita nampak lebih berkeyakinan dan boleh dipercayai (orang percaya nak bagi kita kerja)
3. supaya kita disenangi orang lain dan mudah didampingi
4. menimbulkan keyakinan pada diri sendiri
5. nampak lebih professional/ elegance/ berkarisma
6. akan lebih dihormati dan didengari


Oleh itu wahai wanita-wanita diluar sana, jagalah penampilan diri anda. Bekerja atau tidak bekerja, kepejabat atau tidak, berkahwin atau belum, ada anak atau tidak...tak kira. Semua wanita perlu menjaga penampilan diri.

Tidak ada alasan untuk mengelak dari tidak cantik. Tidak ada wanita yang buruk dalam dunia ini, yang ada hanyalah wanita yang malas.

Malas mandi,

malas gosok gigi,

malas syampoo rambut,

malas pakai masker,

malas sapu toner

malas cuci muka,

malas cuci make-up,

malas pakai lotion,

malas iron baju

malas pakai lipstik

malas pilih tudung

malas pilih kasut

malas buffer kuku

malas buang bulu ketiak

..................


adakah anda rasa anda tidak cantik?

atau sebenarnya anda tergolong dalam kumpulan yang malas?


jenggg jenggg jenggggggggggggggggggg~~~~~~~~~~~~~~


fikir-fikirkanlah.......

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....